Showing posts with label supermom. Show all posts
Showing posts with label supermom. Show all posts

Wednesday, February 26, 2020

It's PAY DAY


Alhamdulillah for today. 

Harini tak menang tangan jawabnya. 
Dan keadaan ni Nad dah expect dari awal bulan Februari haritu. Sebab hujung bulan, memang customer kejar kita dari pagi sampai ke malam untuk orderπŸƒπŸ»‍♀️


Daripada pagi, mata celik je terus teringat besarnya ya Allah tanggungjawab kena pikul. Bukan sekadar ibu kepada 2 orang anak, tapi ibu dan leader pada anak-anak didik Bisnes Family ❤️ tapi Wallahi, mereka kekuatan Nad. 

Nad happy sangat dikelilingi oleh anak-anak didik yang makin hari makin bertambah semangat & very komited dalam business SHOM. Kami bukan sekadar business partner, tapi sebagai ukhwah family. 

Syukur Alhamdulillah, ni lah business yang paling dekat dengan hati Nad. 

Ada sesiapa sini WAHM ? Work at home mom ? Boleh Nad tau siapa ?☺️Pegi mana-mana phone always ada dekat tangan untuk business. Bukan berkepit saja-saja, tapi zaman sekarang ni phone lah tempat mencari rezeki kan. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀
Tapi bila dekat rumah sebenarnya Nad cuba limitkan tak pakai phone depan anak-anak lagi-lagi bila dah berkumpul waktu malam bila dah balik. Kadang anak pandang serba salah walaupun kita tengah saat-saat cemas nak close deal dengan customer πŸ™ˆ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Jadi waktu betul-betul boleh pulun kerja ialah time waktu anak2 dah tidur. Korang macam mana pulak ? Title “housewife” tapi rasanya housewife sekarang pun sama busy macam orang bekerja dekat luar.

Alhamdulillah permulaan hari Rabu yang sangat productive!!! 

Sebab ? 
IT'S PAY DAY PAY DAY ! 😁

Hari gaji tiba lagi! 
Hari makan maggi sudah berakhir. Hihi

Hari gaji ni orang kata hari untuk shopping seduniaaaa, ye keeee ? Maklumlah poket tengah tebal kann hehe. Rasa semua benda pun nak beli.

Jom shopping dengan iols. Sila istighfar dulu banyak-banyak sebab terlampau banyak item best yang ada special discount harini sempena PAY DAY! 

Follow siap-siap instagram :

@nadiahahmad__
@nadiahahmad__
@nadiahahmad__

Happy shopping guys! πŸ’–

Thursday, September 19, 2019

Businesswoman yang Persistent


Assalamualaikum guys.

Nad nak share sedikit tips khas buat mereka  yang teringin nak buat bisnes..

Benda pertama yang kita kena ada untuk mulakan bisnes adalah SEJENIS HATI YANG KENTAL ♥️

Mental dan fizikal apatah lagi kan? Of course kena kuat! πŸ’ͺ🏼

Sebab apa?

Sebab kita akan bekerja untuk diri sendiri. Kalau kita buat ikut mood. Hasilnya pun akan ikut mood. Silap haribulan, hasil langsung TAK ADA! 😱
 
Dan lebih teruk lagi, kita akan berhadapan dengan REJECTION kanan dan kiri! 

Fasa nilah sebenarnya ramai orang yang tak sanggup lalui sebab tak ramai yang bersedia dari segi mental untuk terima penolakan & kekecewaan..

So sebagai businesswoman yang persistent, kita kena bersedia untuk terima benda-benda yang mencabar diri! Kadang-kadang yang tak terfikir dek akal pun selalu jee muncul..

Kuatkan hati dengan selalu memohon ilham & petunjuk dari ALLAH.

Sentiasa banyakkan BERDOA & USAHA SUNGGUH-SUNGGUH pada 3 fasa yang mana sangat sangat mencabar bagi Nad iaitu pada fasa :

✅ PERMULAAN BISNES

✅ PERTENGAHAN BISNES 

✅ SESUDAH BERJAYA


Mohon doa daripada ALLAH, supaya kuatkan hati, cekalkan hati. Doa minta kuat semangat. Doa minta diberi sabar. Doa minta diberi ilham dan idea. Doa minta diberi customer yang mampu membeli. Doa minta dikurniakan team yang proaktif. Doa minta kita konsisten. Doa minta kita bangkit walau kecewa berkali-kali. Doa minta setiap satu perkara yang kita mahu.

Berdoalah bersungguh-sungguh setiap hari setiap kali selepas solat. 

Jangan minta pada manusia, tapi minta pada ALLAH. Hati semua manusia di dunia ini dalam genggaman ALLAH.

Sampai masa kita akan “KEBAL”.
Sampai masa kita akan KUAT.
Sampai masa kita akan LALI DENGAN PELBAGAI CABARAN.

Bila dulu, bila kena reject daripada customer, berminggu-minggu baru nak MOVE ON, but now, sekejap jee rasa tu, terus bersangka baik dengan ALLAH & teruskan kehidupan seperti biasa 😊

Teruskan berusaha! 
Teruskan berdoa! 
Teruskan membina sebuah kejayaan dengan bersungguh-sungguh! 
Kejayaan akan hadir selepas kita berusaha, berdoa & tawakal kepada ALLAH ♥️

#NadSharing

Tuesday, March 26, 2019

POSITIVE MAGNET


FOR BUSINESS PERSON.

Kalau kita fikir macam SUSAH SANGAT SALES NAK MASUK, even dah buat macam macam Marketing strategy, cuba check balik DUA BENDA ni.

✅ Amalan rohani dan hubungan kita dengan Allah.
✅ Mindset

Untuk amalan rohani, cuba check kita solat macamana? Ada lopong-lopong ke? Kalau ada, sempurnakan dulu solat yang WAJIB tu. Then, bila yang wajib dah terjaga & consistent, cuba pula amalkan amalan-amalan yang boleh menjemput rezeki, sebab ianya bukan sahaja untuk menjemput rezeki, malah sebenarnya secara tak langsung untuk MENDEKATKAN hubungan kita dengan Allah, dan mencari keredhaanNya, dimana Allah ni lah yang memegang hati manusia, memegang hati team & customers anda ☺️

Untuk MINDSET, ni pun sangat sangat lah penting. Mindset ni umpama magnet. Dia attract apa yang korang fikir. Kalau kita fikir NEGATIVE maka perkara negative lah akan datang contoh benda negative dalam busienss seperti sales sendu, customer ramai tanya tapi banyak reject and tak beli, customer negatif, macam macam masalah dalam kehidupan harian you akan hadapi dan orang orang negative pun akan datang mengelilingi anda dek kerana NEGATIVITY MAGNET you too strong πŸ™‚

Malah sebaliknya, if kita fikir POSITIF, kita usaha dan cuba fikir positif, maka the POSITIVE VIBES tu mengelilingi kita dan akan attract benda benda positif sama. Sales sentiasa ada, customers semua positif, customers semua membeli, team yang positive dan orang orang positif pun akan datang mengelilingi kita πŸ™‚

Seriously, cubalah. Cuba ubah MINDSET you and setup midset you to be POSITIVE as always, slowly. Slowly, you akan nampak perubahan kepada kehidupan you sebab KUASA MINDA ni sangat hebat dan kuat sebenarnya. Sebab mereka lah mengawal minda separa sedar kita yang meng-attract benda benda Positif atau Negatif ni mengikut MINDSET dalam fikiran kita 😊


Premium Beautiful Expert
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

@nadiahahmad__

Monday, March 4, 2019

SHE’S ON AIR! NO MONDAY BLUES!



Assalamualaikum and Happy Monday ❤️

Nad perasan lately ni memang lambat on air dekat Instagram hahaha sebabnya masih khusyuk dengan Instagram Marketing yang memang best πŸ˜‚πŸ˜‚ Ampun kan daku sebab dah mengabaikan mu sedikit hahahaha. InshaAllah cuba untuk balance InshaaAllah!

So Nad just nak inform since sekarang ni ramai je yang baru follow and friends dengan Nad kan.


For those yang ada masalah seperti,

* Badan gemuk, taktahu nak slim down macamana ? SHOM ada menyediakan Supplement untuk MENURUNKAN BERAT BADAN tauu.

* Muka teruk? Breakouts sebab pakai skincare local? SHOM ada menyediakan nutrisi untuk memperbaiki masalah kulit tersebut πŸ™‚

* Muka Berjerawat? Jerawat naik macam cendawan lepas hujan? SHOM ada menyediakan skincare untuk membunuh jerawat yang banyak tuh.

* Tengah Pregnant? SHOM ada menyediakan minuman kesihatan untuk melengkapkan nutrisi ibu hamil dan bayi.

* Tengah berpantang? Atau bakal melahirkan bayi nanti? SHOM ada menyediakan jamu untuk ibu berpantang dan menyusukan.

* Serta banyak banyak lagi SHOM  ni ada! 

Boleh je terus contact Nad, and Nad akan berikan you FREE EXCLUSIVE CONSULTATION berkenaan supplement SHOM yang sesuai untuk you 😊

Dan special untuk customers yang membeli dengan Nad you akan dapatkan SOMETHING SPECIAL dengan pembelian melalui  Nad 😘

COD : All over Kulim & sekitar Bukit Mertajam 🚘
POSTAGE : All over the world and everyday!

Whatsapp jer for fast response.

Health And Beauty Consultant,
Nadiah Ahmad
019.523.5560 | @nadiahahmad__

Friday, February 15, 2019

Sentiasa bersedia untuk BELAJAR dan BERUBAH



KUALI YANG TAK BERSIH.

Pernah tak rasa buat macam-macam rezeki masih susah nak lekat ?
Dah pergi kelas marketing, dah buat marketing, tapi susah betul nak dapat sales banyak-banyak ? Ataupun, rezeki sales tu ada je, tapi selalu rasa tak cukup.

My wise mentor once said ; segala apa yang kita dapat sebenarnya bukanlah sebab Marketing, apa semua. Tapi kita kena “Surrender” dulu.

Step yang selalu dilupakan oleh most of us (even me!) bila nak dapat kebahagiaan dan kejayaan. Without this step segala hasil kita semua berkeladak, itupun kalau dapat hasil. Usually susahlah nak nampak atau dapat hasil tu. Usaha macam-macam tapi tak jadi, sama je.

Ianya ibarat kita ada kuali lah contohnya.
Kita nak masak sup ayam, tapi kuali kita tu bekas masakkan kita semalam - Kari Ayam kita tak basuh. Tuptup terus je guna untuk masak sup ayam huhu. Menjadi tak agak-agak sup ayam kita tu ?

Yes, tak menjadi. Kalau menjadi pun tak sedap, rasa pelik and buruk hasil dia.
Macamtu juga konsep REZEKI kita yang kita nak dapat. Kita nak rezeki yang macamni, macamtu, tapi kuali kita tu kotor, tak bersih, kita tak basuh. Sebab tu lah Rezeki yang “bersih, cantik” tak masuk-masuk tak datang-datang.

So if kita nak rezeki cantik, bersih, kita kena “Bersihkan” dulu kuali kita tu sebersih-bersihnya. Barulah terhasil “Sup Ayam” yang sedap tu 😊😘

Faham ?

BELAJAR UNTUK BERUBAH ✅

My wise mentor once said, if nak berjaya kita kena sentiasa bersedia dan belajar untuk berubah sekiranya ianya yang terbaik untuk perniagaan kita.

Now, cuba kita tengok business kita, or life kita, is it semakin berjaya ? Semakin berkembang ? Or stuck kat satu level sama, stagnant sahaja ?
If berkembang semakin pesat dan berjaya, means we are on the right track.
But if it has been a long time, berbulan-bulan kita stuck and stagnant kat satu level sama, means kita KENA BERUBAH. Kena buat sesuatu !

Kena reacts and buat sesuatu secepat mungkin sebelum business/diri you mati! Try to check and identify apa yang you kurang, apa kesilapan yang you repeat everymonth, apa method you yang you stick on buat masa ini, and then, LEARN TO CHANGE IT.

Nak taknak kena solve it, cari solusi and strategi untuk ubah!
Untuk ubah jadi yang lebih baik dan jauh kehadapan.
InshaAllah you can do it!
InshaAllah i can do it!


Nak berubah memang bukan mudah, but if kita betul-betul ada target yang besar, kita perlu berubah!

Nad dah list out segala “cons” and “kelemahan” Nad sendiri and im ready to change it! How about you ?

May Allah ease our journey untuk jadi Wanita, Usahawan yang berjaya dunia akhirat, amin amin InshaAllah! Sesungguhnya, semua ini demi Masa Depan Anak-anakku ❤️

 What i wrote is usually a Self Reminder to myself 🌸
Bismillah and have a Goodmorning!

Health and Beauty Consultant,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

@nadiahahmad__

Tuesday, January 1, 2019

Bismillahirahmanirrahim, 2019 ❤️


HAPPY NEW YEAR! ✨✨✨

Assalamualaikum korang, selamat tahun baru ! 

Semoga 2019 akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya dan jangan lupa set vision plan untuk this year. Kita start fight untuk achieve target this year pula!

Untuk Nad, of course my SHOM business masih menjadi keutamaan.

 Azam baru, keyakinan baru, ekonomi baru, wajah baru. Kuatkan azam kepada diri sendiri untuk menjadi wanita hebat, berjaya dan Kaya. 

Percaya akan satu ini. 

TINDAKAN ANDA ADALAH PENENTU KEJAYAAN 

Lambat bertindak. Lambat hasilnya. 

Nad doakan semua rakan rakan Nad di dalam ini dapat mulakan tindakan seawal mungkin. Ubah. Ubah. Ubah. Jadikan 2019 titik tolak perubahan diri kearah lebih sihat dan bergaya. 



Maju wanita maju ❤️

Shake Me, breakfast yang Nad minum setiap pagi. Memang serious tak cepat lapar, pukul 2-3pm baru lunch. Paling best sebab Shake Me ni buat kulit muka Nad improved sangat! Lebih halus dan licin 😘

SIAPA TAK SUKA MINUM SUSU MACAM NAD ANGKAT TANGAN ? πŸ™‹πŸ»‍♀️

Sebenarnya sejak kecik Nad tak pernah suka susu dan segala jenis susu termasuklah susu soya. Tak pernah suka. Nad ingat lagi masa tadika, waktu tu pagi-pagi kena minum susu tau. Then Nad memang tak suka lah nak minum susu-susu ni.

Pernah one time, masa nak hantar pinggan balik kat singki, Nad saja tinggal 1 cawan susu yang tak terminum dekat lantai. Bila cikgu tanya siapa punya, Nad senyap je. Tapi entah macam mana ntah boleh pulak kantoi dengan cikgu yang cawan tu Nad punya πŸ˜‚πŸ€¦πŸ»‍♀️

Kena paksa minum susu tu sampai habis, then lepas tu habis lah Nad muntah-muntah sampai lembik. 😩

Kalau dekat rumah pun sama. Malam-malam mak buatkan susu suruh minum sebelum tidur. Tapi Nad bagi dekat adik Nad tu, sebab dia memang suka minum susu. 

Jadinya memang Nad BUKAN PEMINAT SUSU πŸ™…πŸ»‍♀️ Even soy milk pun sebelum ni kalau minum mesti muntah balik.

Tapi dengan Shake Me ni lain..

Even Nad tahu dia daripada SOYA, and warna pun putih macam susu, SURPRISINGLY Nad boleh telan.

Bukan setakat telan, tapi memang SUKA πŸ‘πŸ»

Takde masalah langsung nak minum Shake Me. Tup-tup dah nak masuk berapa tahun dah pun haaa jadi peminum Shake Me tegar hehehe

Efek pada Nad ?

πŸ₯›Kulit makin CERAH GEBUS
πŸ₯›Badan BERTENAGA
πŸ₯›Kalau minum masa breakfast, kenyang sampai ke petang, lunch jadi makan sikit dah cukup
πŸ₯›Sembelit lansung tak pernah ada dah
πŸ₯›Kulit jadi halus dan lembap
πŸ₯›Parut jerawat cepat hilang

Kenapa efek dia kat kulit banyak ?

Sebab dia adalah PROTEIN. PROTEIN ni bahan asas binaan sel badan kita tau.

Ibarat orang nak buat rumah, protein ni ibarat BATU BATA la. Kalau cukup, haaa, kukuh lah rumah. Takdelah lompong-lompong hehhehe

Siapa yang jenis tak suka minum susu macam Nad, jangan risau naaaa. Sebab kalau Nad boleh minum, korang pun BOLEH πŸ’ͺ🏻 and good things is Shake Me jugak ada flavour baru kalau yang memang tak boleh telan sangat susu iaitu Flavour Cocoa !!!! Rasa macam perisa coklat-coklat. Memang senang sangat kalau minum dah tak perlu nak mix dengan lain-lain minuman dah tau. Mungkin kalau sebelum ni order Shake Me soy flavour campurkan dengan milo kan, kali ni tak payah dah ! 



Bulan ni Nad nak bagi harga special yang purchase Shake Me tau. Harga murah nak mampuih ! So make sure hampa grabbbbb naaa. Whatsapp je Nad, Nad dok tunggu depan kedai nak entertain hampa nih πŸ€—

Nadiah Ahmad
Health and Beauty Consultant
019.523.556

✨ Postage setiap hari seluruh Malaysia
✨ COD seluruh Kulim & sekitar Bukit Mertajam


p/s : Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan rangkaian PRODUCT SHOM, boleh contact Nad ya untuk order. Ataupun nak lebih senang boleh terus follow INSTAGRAM Nad di @nadiahahmad__ . Dekat instagram lebih complete dengan set-set SHOM yang ditawarkan. 


Friday, August 24, 2018

Favourite cleanser to look younger longer


Assalamualaikum readers semua ! 



Bila berjam-jam dekat luar kan mula lah muka berkilat, melekit  bagai, tudung pun jadi kelepot-kelepot. Spoil mood nak beraya, sebab apa jadi macam tu ? Sebab muka tu berminyak. Minyak tu dah sama dengan banyaknya minyak dekat kuah kacang. Hewhew.

Bila muka berminyak memang  rimas sangat tau. Pergi je mana-mana habuk di udara cepat sangat melekat dekat muka, dengan debu-debu dan asap singgah menyinggah kat kulit muka. Bila lap dengan tisu, ha ! Berdaki tisu tu. 😩

Bila debu-debu kotor tu singgah kat muka yang berminyak tu, apalagi senang la muka ni nak tumbuh pulak noda jerawat. Seri kat muka pun jadi non hado ! Ishhh memang rimas kalau dapat pesen jenis muka berminyak kan ?

Yup, Nad dah alaminya beberapa tahun lalu, sebab tu Nad berani sembang sampai pokok pun boleh tumbang.

So apa solution bagi Nad ? Boleh cuba cleanser infinence yang berfungsi menyerap minyak dimuka tu. Fungsi seakan span yang menyerap air gitu. Dan cleanser ini sesuai bagi yang punyai masalah jerawat berpasir. Jerawat yang halus-halus tu. 

Ya cleanser ini Nad guna masa muka Nad berminyak dulu. Sekarang kulit muka Nad dah okay. Sentiasa nampak berseri macam pengantin baru pulak. Hehe πŸ™ˆ



FAVOURITE CLEANSER NAD 😘

Kenapa Nad suka sangat ? Sebab :

❤️ JIMAT
🌼 guna sebesar 5 sen je, kurang lagi sebenarnya πŸ˜‰ Bersih muka menyeluruh

❤️ MEMBERSIH
🌼 Of course lah sebab cleanser. Yang best ia BERBUIH, TIADA PARABEN, TIADA CAMPURAN KIMIA, TIADA BAHAN MERBAHAYA.

❤️ EXFOLIATE
🌼 Membuang sel-sel kulit mati 

❤️ AWET MUDA
🌼 Ramuan utama yang mengandungi antioksidan yg tinggi. Sangat bagus untuk membuang radikal bebas yang melekat pada kulit muka. Radikal bebas ni lah yang boleh cepatkan tanda-tanda penuaan pada wajah tau. Jaga-jaga uolls.

❤️MENANGGALKAN MAKEUP
🌼 Base diperbuat daripada minyak, sesuai untuk menanggalkan makeup tipis. 





Jujur ni, memang best tau ! Rasa bersih dan segar lepas cuci muka.

Bau dia wangiiiiii natural sangat.

Tahan 5 bulan juga setakat ni πŸ‘ 

Worth the money spent !

Nak look younger longer dengan Cleanser infinence macam Nad guna ni boleh whatsapp Nad okay πŸ‘‡

Or follow official instagram Nad untuk kedai online Nad @nadiahahmad__ banyak info tentang beauty and Health untuk hangpa dekat situ okay


Okay, jumpa next entry pulak. Thanks for reading guys ! Tata πŸ˜‰



Friday, August 10, 2018

Jadilah wanita yang sentiasa nampak hebat untuk tatapan suami

Assalamualaikum semua

 Nad nak cerita mengenai sesetengah wanita yang 'malas' dan tidak sedar akan kepentingan menjaga penampilan diri, terutama aset dalaman.

Nad secara peribadi rasa agak sedih sebab terlalu ramai wanita yang lalai dan lupa tentang penjagaan diri . Mungkin agaknya kerana terlalu selesa dengan apa yang ada pada hari ini.

Untuk semua wanita yang di luar sana, janganlah anggap hal menjaga dalaman ini remeh.

Rasa macam kita ini sentiasa muda sentiasa.
Masa terus berjalan. Semakin hari semakin berusia. Cantik di luar tak semestinya ' aset dalaman ' bagus.

Kebanyakan wanita yang hubungi Nad untuk consult masalah masing-masing  kebanyakannya yang nampak moden dan Vogue lagi ramai bermasalah . Hal masalah dalaman, penampilan, saiz badan. Perkara tu macam sudah seperti menjadi kebiasaan. Maaf Nad cakap dekat sini tapi itu lah realiti nya. 

Kebanyakan wanita terutama yang bergelar isteri selagi suami tak buat perangai semua terasa selesa sangat. 

' Saya malas lah makan supplement, leceh'

'Sy malas lah telan herba ni, tadak masa' 

Itu lah ini lah ..

Terlalu banyak alasan.

Sehingga tersentap, bila dapat menghidu suami ada berhubungan dengan orang lain.
Barulah sibuk hendak memperbaiki diri.

Pesanan Nad, sebaik mana pun suami kita. LELAKI TETAP LELAKI.
Mungkin suami kita tidak dalam kategori spesis menggatal, tetapi ada jenis perempuan di luar sana tu yang sentiasa suka kepada suami kita terutamanya tittle 'suami orang'. Mana kita tahu kan. Lama-lama.. boleh cair jugak.

Zaman sekarang yang serba moden dan terlalu moden. Suami tidak keluar rumah tetapi handphone di tangan. Lagi  lah nak mengundang pelbagai. Fikir-fikir lah sendiri. 
 Nad bukan mahu nak kita semua bersangka buruk pada suami. Nad hanya mahu kita sebagai isteri agar peka dalam menjaga dalaman diri.  Jangan sampai nasi menjadi hangit. Kalau jadi bubur masih sedap untuk di makan lagi. Tapi kalau hangit, terpaksa la buang. 

Jangan sampai suami menghidu kelemahan dan kekurangan yang ada isteri. Isteri harus lah hebat dalam menjaga semua aspek bukan setakat makan pakai suami sahaja tapi diri sendiri terabai untuk di belai. Suami biasanya takkan bagitahu isteri, bila dia merasakan sesuatu yang kurang pada isteri. Jarang sangat nak bagitahu, mungkin untuk elak kan perkara yang tak diingini atau pertengkaran. So sebagai isteri, kita yang harus peka sendiri.

Suami mana tidak suka kalau isteri hebat dalam bab penjagaan diri, penampilan, lebih-lebih lagi dalaman. Susah sangat ke nak buang sifat malas ?
Kita sebagai perempuan semakin hari makin berusia akan nampak tua. Lelaki pulak makin tua makin segak bergaya. Setuju tak ? Fikir-fikirkan lah dan renungkan.

Cuba selami hati seorang lelaki. 

Oleh itu, jadilah seorang wanita yang bijak.
Jadi lah wanita yang mencintai amalan mencegah dari mengubati.




Love,
Nadiah Ahmad

Beauty and Health Consultant


@nadiahahmad

Tuesday, August 7, 2018

Sometimes you just gotta look around and appreciate what you have


" Boleh tolong tak ? Bagi la supplement atau collogen apa-apa dekat isteri saya tu. Dia bermasalah"

Ini antara ayat yang Nad pernah terima dari seorang lelaki . Dia whatsapp Nad, tanpa apa-apa terus tanya macam tu dekat Nad. Nasib tak tercekik lempeng cicah serawa durian Nad dibuatnya.

Mula mula tu Nad fahamlah kan, orang lelaki manalah tahu bab-bab supplement bagai ni, dalam fikiran tu mungkin nak isteri tu sihat, cergas atau mantap, ha giteww.

Tapi sebelum Nad suggest apa-apa supplement untuk isteri dia, Nad perlulah tahu apa sebenarnya masalah isteri dia tu, keadaan isteri dia dan lain lain lah. Sebab Nad tak boleh suggest sebarang supplement, Nad kena tengok dulu dan teliti masalah sesorang tu, then barulah suggest apa yang patut ikut individu.

Nad pun tanya lah dekat lelaki tu " Apa masalah isteri encik ? Boleh saya tahu kalau encik tak keberatan? ".

Okay dia pun bagitau, " Isteri saya tu teruk sangat dah, masalah dia ni asyik tak ada mood je, balik-balik kata penat, balik-balik kata tak larat. Kadang-kadang bengang jugalah, tapi bila dah tengok muka dia tu pucat semacam je, tak bermaya, kesian la pulak, kot ada masalah kesihatan ke apa kan, yelah orang perempuan ni macam macam-macam."

Nad pun tanyalah dia lagi, " Isteri encik pernah bersalin ? " dia pun jawab " Eh pernah la, anak kami dah 4 orang, yang besar darjah 3 , paling kecil lelaki umur 11 bulan, isteri saya tak kerja, jadi dialah yang jaga semua anak-anak. Saya kerja, tak sempat".

Dia kata tak sempat, apa yang tak sempat tu tak tau lah Nad, kot tak sempat dia nak jaga anak kot, wallahualam. Ok dia tanya Nad lagi " Ada tak supplement ke yang boleh bagi isteri saya tu bersemangat? Muka berseri, cergas sikit ? Kalau boleh bagitau saya harga, tapi tak nak la mahal-mahal punya, nak yang bajet ada ? " 

Nad pun tanya dekat dia, " Encik, lain-lain masalah ada tak? " dia pun jawab. " Lain masalah tak ada sangat, tapi tu lah, dia tak macam awal-awal kahwin dulu la, dia ni asyik nak ngelat je. Saya balik kerja, dia sibuk je nak kemas itu ini, sampai saya dah tertidur, dia tak nak tidur lagi".

" Kadang geram juga saya, dia ni nak layan saya ke tak nak ni, asyik pegang penyapu ke hulur hilir, lepas tu pegang kuali senduk, bila saya pegang tangan dia, dia tepis, buat muka masam, walau memang muka dia sememangnya kusam.

" Haisshh sebab saya sayangkan dia lah saya whatsapp awak. Dapat nombor awak pun dari isteri kawan saya, dia kata awak jual supplement untuk sihat cantik tu.Tolong saya, tolong bagi supplement yang okay untuk isteri saya".

Nad dah start tepuk dahi dah masa ni. Adududu..dalam hati Nad, ya nampak suami memang prihatin dengan isteri, nak pulihkan isteri, risau.

Nad pun mulakan tazkirah sikit dekat lekaki itu " Encik, maaf ya, saya rasa isteri encik cuma PENAT, dan tiada masa untuk uruskan diri dia sendiri, bayangkan 4 orang anak, 24 jam dia di rumah, handle anak2 yang sedang aktif membesar, kemas rumah, masak, tu belum bab lain lagi tu, anak perlukan perhatian, merengek, adududu, ingat mudah kerja jadi ibu dan isteri ?"

" Mana boleh Encik nak samakan isteri encik sekarang dengan masa bujang atau baru kahwin? Cuba tengok sekarang, dikeliling isteri encik ada siapa sekarang ?" Dia pun jawab, " Sekarang dia dengan anak-anak kami lah awak, 24jam dengan anak-anak, dah dia mak budak-budak tu jugak kan".

Geram Nad, tapi Nad masih boleh tarik nafas dalam-dalam lagi masa menaip. " Okay sekarang encik sendiri dah tengok, isteri encik tak ada masa untuk diri dia, entah makan pun entah sempat atau tak, mandi koboi ke tak, inikan pula nak melaram di rumah untuk encik. Cuba tenung isteri tu, perhatikan dia, dia penat, bila dia mengadu dia penat, maka betul lah dia penat, bukan dia reka cerita."

" Cuba cari punca masalah dia sebelum cari solution, barulah betul caranya, bincang betul-betul dengar masalah dia, kalau macam ni, saya bagi selori supplement pun suruh isteri encik makan, belum tentu masalah akan selesai. 

ISTERI BUKAN ROBOT, mereka bukan robot yang perlu dimasukkan bateri bila tenaga dah habis. Isteri ada perasaan, ada hati, selami hatinya, fahamilah masalahnya.

Kebanyak kan masalah berpunca dari sekecil-kecil semut lalu menjadi sebesar gajah bila ia tak diselidik dari akar umbi. Segala masalah harus ditangani dengan betul dan caranya.

Untuk masalah seperti ini, suami wanita itu terus terkedu seketika tanpa membalas whatspp saya. Selepas 1 jam baru dia balas.

" Maaf tadi saya bergegas pulang ke rumah, saya intai isteri dari jauh, dia tersandar keletihan di sofa sambil diapit oleh dua orang anak kecil kami, ya dia nampak macam masih memakai pakaian malam tadi. Allah terima kasih kerana awak dah sedarkan saya.

''Isteri saya bukan perlukan apa-apa, dia hanya perlukan saya di waktu lelahnya"






Love, 
Nadiah Ahmad

Beauty and Health Consultant

@nadiahahmad__
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...