Showing posts with label bb plus. Show all posts
Showing posts with label bb plus. Show all posts

Tuesday, August 7, 2018

Sometimes you just gotta look around and appreciate what you have


" Boleh tolong tak ? Bagi la supplement atau collogen apa-apa dekat isteri saya tu. Dia bermasalah"

Ini antara ayat yang Nad pernah terima dari seorang lelaki . Dia whatsapp Nad, tanpa apa-apa terus tanya macam tu dekat Nad. Nasib tak tercekik lempeng cicah serawa durian Nad dibuatnya.

Mula mula tu Nad fahamlah kan, orang lelaki manalah tahu bab-bab supplement bagai ni, dalam fikiran tu mungkin nak isteri tu sihat, cergas atau mantap, ha giteww.

Tapi sebelum Nad suggest apa-apa supplement untuk isteri dia, Nad perlulah tahu apa sebenarnya masalah isteri dia tu, keadaan isteri dia dan lain lain lah. Sebab Nad tak boleh suggest sebarang supplement, Nad kena tengok dulu dan teliti masalah sesorang tu, then barulah suggest apa yang patut ikut individu.

Nad pun tanya lah dekat lelaki tu " Apa masalah isteri encik ? Boleh saya tahu kalau encik tak keberatan? ".

Okay dia pun bagitau, " Isteri saya tu teruk sangat dah, masalah dia ni asyik tak ada mood je, balik-balik kata penat, balik-balik kata tak larat. Kadang-kadang bengang jugalah, tapi bila dah tengok muka dia tu pucat semacam je, tak bermaya, kesian la pulak, kot ada masalah kesihatan ke apa kan, yelah orang perempuan ni macam macam-macam."

Nad pun tanyalah dia lagi, " Isteri encik pernah bersalin ? " dia pun jawab " Eh pernah la, anak kami dah 4 orang, yang besar darjah 3 , paling kecil lelaki umur 11 bulan, isteri saya tak kerja, jadi dialah yang jaga semua anak-anak. Saya kerja, tak sempat".

Dia kata tak sempat, apa yang tak sempat tu tak tau lah Nad, kot tak sempat dia nak jaga anak kot, wallahualam. Ok dia tanya Nad lagi " Ada tak supplement ke yang boleh bagi isteri saya tu bersemangat? Muka berseri, cergas sikit ? Kalau boleh bagitau saya harga, tapi tak nak la mahal-mahal punya, nak yang bajet ada ? " 

Nad pun tanya dekat dia, " Encik, lain-lain masalah ada tak? " dia pun jawab. " Lain masalah tak ada sangat, tapi tu lah, dia tak macam awal-awal kahwin dulu la, dia ni asyik nak ngelat je. Saya balik kerja, dia sibuk je nak kemas itu ini, sampai saya dah tertidur, dia tak nak tidur lagi".

" Kadang geram juga saya, dia ni nak layan saya ke tak nak ni, asyik pegang penyapu ke hulur hilir, lepas tu pegang kuali senduk, bila saya pegang tangan dia, dia tepis, buat muka masam, walau memang muka dia sememangnya kusam.

" Haisshh sebab saya sayangkan dia lah saya whatsapp awak. Dapat nombor awak pun dari isteri kawan saya, dia kata awak jual supplement untuk sihat cantik tu.Tolong saya, tolong bagi supplement yang okay untuk isteri saya".

Nad dah start tepuk dahi dah masa ni. Adududu..dalam hati Nad, ya nampak suami memang prihatin dengan isteri, nak pulihkan isteri, risau.

Nad pun mulakan tazkirah sikit dekat lekaki itu " Encik, maaf ya, saya rasa isteri encik cuma PENAT, dan tiada masa untuk uruskan diri dia sendiri, bayangkan 4 orang anak, 24 jam dia di rumah, handle anak2 yang sedang aktif membesar, kemas rumah, masak, tu belum bab lain lagi tu, anak perlukan perhatian, merengek, adududu, ingat mudah kerja jadi ibu dan isteri ?"

" Mana boleh Encik nak samakan isteri encik sekarang dengan masa bujang atau baru kahwin? Cuba tengok sekarang, dikeliling isteri encik ada siapa sekarang ?" Dia pun jawab, " Sekarang dia dengan anak-anak kami lah awak, 24jam dengan anak-anak, dah dia mak budak-budak tu jugak kan".

Geram Nad, tapi Nad masih boleh tarik nafas dalam-dalam lagi masa menaip. " Okay sekarang encik sendiri dah tengok, isteri encik tak ada masa untuk diri dia, entah makan pun entah sempat atau tak, mandi koboi ke tak, inikan pula nak melaram di rumah untuk encik. Cuba tenung isteri tu, perhatikan dia, dia penat, bila dia mengadu dia penat, maka betul lah dia penat, bukan dia reka cerita."

" Cuba cari punca masalah dia sebelum cari solution, barulah betul caranya, bincang betul-betul dengar masalah dia, kalau macam ni, saya bagi selori supplement pun suruh isteri encik makan, belum tentu masalah akan selesai. 

ISTERI BUKAN ROBOT, mereka bukan robot yang perlu dimasukkan bateri bila tenaga dah habis. Isteri ada perasaan, ada hati, selami hatinya, fahamilah masalahnya.

Kebanyak kan masalah berpunca dari sekecil-kecil semut lalu menjadi sebesar gajah bila ia tak diselidik dari akar umbi. Segala masalah harus ditangani dengan betul dan caranya.

Untuk masalah seperti ini, suami wanita itu terus terkedu seketika tanpa membalas whatspp saya. Selepas 1 jam baru dia balas.

" Maaf tadi saya bergegas pulang ke rumah, saya intai isteri dari jauh, dia tersandar keletihan di sofa sambil diapit oleh dua orang anak kecil kami, ya dia nampak macam masih memakai pakaian malam tadi. Allah terima kasih kerana awak dah sedarkan saya.

''Isteri saya bukan perlukan apa-apa, dia hanya perlukan saya di waktu lelahnya"






Love, 
Nadiah Ahmad

Beauty and Health Consultant

@nadiahahmad__

Wednesday, October 1, 2014

Ramuan Utama Bbplus collagen


Hari ni nad nak share tentang ramuan utama atau kandungan yang terdapat dalam BBPlus Collagen.

Yes, yang super duper yummy collagen drink! 




Ramuan utama untuk BBPlus Collagen adalah:


1) Kolagen ikan terhidrolisis

BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. 

Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. 

Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. 

2) Jus buah blackcurrant

Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. 

3) Ekstrak biji anggur

Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. 

4) Vitamin C & jus bunga roselle

Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis.

5) Serat epal & inulin

Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

BBPlus Collagen bertindak Memulih, Membina, dan Memperbaharui kulit kita. 




Nak yang trial pack pun ada :) Nad Jual ja..


Dan juga ada promotion sehingga februari 2015.  Anda beli 4 kotak BBPlus Collagen, dan anda akan dapat free 1 kotak BBPlus Collagen. Ingat ya, promotion end 31st Feb 2015. So, hurry up my lovelies!!!! 


Contact nad to order :

Nadiah Ahmad
Hp : +019-5235560
Email : sitinadiahmad@gmail.com



Wednesday, June 25, 2014

BB Plus



Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit
Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.

Mengapa memilih BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik.

Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                      rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.

Saturday, January 11, 2014

BB PLUS COLLAGEN..


Morning alls,

Today nadd nak kongsi salah satu produk kegilaan ramai wanita-wanita di luar sana. 

WANITA + KECANTIKKAN = KEMBAR

Yup, memang  betul, semua wanita nak cantik, nak look good. Memang kecantikkan tu banyak maksud either kecantikkan rohani, kecantikkan luaran, kecantikkan dalam bentuk pemakaian and apa semua tu la. Now, nadd nak kongsi pasal kecantikkan kulit. Haaa..nampak tak apa motif kat sini!!

Tapi sebelum tu, kenapa kita perlukan kolagen untuk diet tambahan kita, lets check it out!!



BB Plus Repair Rebuild Renew


For your information, BB Plus kolagen adalah dari kolagen ikan. So, apa kelebihan kolagen ikan ni compare dengan others kolagen. Refer kat bawah:


How its work???


BB Plus ni akan mengambil masa about 21 hari ke 3 bulan untuk nampak hasilnya mengikut keseriusan masalah kulit itu sendiri. Hasilnya:


Kenapa nadd sangat-sangat syorkan BB Plus untuk membaik pulih kulit kita ni, sebab ia sangat unik:


Selain itu BB Plus juga boleh menolong mengurangkan/menyembuhkan:


Juga sesuai untuk penghidap pesakit arthritis:


Apa pun tujuan kita adalah untuk menjaga amanah yang Allah beri dan juga untuk mengikat hati orang yang tersayang kan!! 

Nadd dah cuba, sangat best rasa dia. Jom cuba, apa tunggu lagi, contact Nadd sekarang for best price!!

With Love
Siti Nadiah Binti Ahmad
019-5235560


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...