Showing posts with label income extra. Show all posts
Showing posts with label income extra. Show all posts

Thursday, September 19, 2019

Businesswoman yang Persistent


Assalamualaikum guys.

Nad nak share sedikit tips khas buat mereka  yang teringin nak buat bisnes..

Benda pertama yang kita kena ada untuk mulakan bisnes adalah SEJENIS HATI YANG KENTAL ♥️

Mental dan fizikal apatah lagi kan? Of course kena kuat! 💪🏼

Sebab apa?

Sebab kita akan bekerja untuk diri sendiri. Kalau kita buat ikut mood. Hasilnya pun akan ikut mood. Silap haribulan, hasil langsung TAK ADA! 😱
 
Dan lebih teruk lagi, kita akan berhadapan dengan REJECTION kanan dan kiri! 

Fasa nilah sebenarnya ramai orang yang tak sanggup lalui sebab tak ramai yang bersedia dari segi mental untuk terima penolakan & kekecewaan..

So sebagai businesswoman yang persistent, kita kena bersedia untuk terima benda-benda yang mencabar diri! Kadang-kadang yang tak terfikir dek akal pun selalu jee muncul..

Kuatkan hati dengan selalu memohon ilham & petunjuk dari ALLAH.

Sentiasa banyakkan BERDOA & USAHA SUNGGUH-SUNGGUH pada 3 fasa yang mana sangat sangat mencabar bagi Nad iaitu pada fasa :

✅ PERMULAAN BISNES

✅ PERTENGAHAN BISNES 

✅ SESUDAH BERJAYA


Mohon doa daripada ALLAH, supaya kuatkan hati, cekalkan hati. Doa minta kuat semangat. Doa minta diberi sabar. Doa minta diberi ilham dan idea. Doa minta diberi customer yang mampu membeli. Doa minta dikurniakan team yang proaktif. Doa minta kita konsisten. Doa minta kita bangkit walau kecewa berkali-kali. Doa minta setiap satu perkara yang kita mahu.

Berdoalah bersungguh-sungguh setiap hari setiap kali selepas solat. 

Jangan minta pada manusia, tapi minta pada ALLAH. Hati semua manusia di dunia ini dalam genggaman ALLAH.

Sampai masa kita akan “KEBAL”.
Sampai masa kita akan KUAT.
Sampai masa kita akan LALI DENGAN PELBAGAI CABARAN.

Bila dulu, bila kena reject daripada customer, berminggu-minggu baru nak MOVE ON, but now, sekejap jee rasa tu, terus bersangka baik dengan ALLAH & teruskan kehidupan seperti biasa 😊

Teruskan berusaha! 
Teruskan berdoa! 
Teruskan membina sebuah kejayaan dengan bersungguh-sungguh! 
Kejayaan akan hadir selepas kita berusaha, berdoa & tawakal kepada ALLAH ♥️

#NadSharing

Saturday, July 20, 2019

Keep moving forward


Macam mana nak kekalkan momentum and keep moving forward dalam bisnes?

Rahsia Nad, Nad suka stalk orang yang jauh lebih advance daripada Nad. 

Kita tengok cara dia, kejayaan dia kita jadikan sebagai inspirasi kita.

Lagi satu, keep away negative people from your sight. 

Sebab orang yang negative nih boleh ganggu focus kita, so menghindari adalah lebih baik.

Nak maju dan berjaya tak boleh ada rasa cepat selesa dengan apa yang kita sedia ada. 

Walau pun sebenarnya Nad tau Nad achieve lebih daripada target asal Nad, tapi Yana takkan pernah letakkan diri Yana dalam comfort zone.

Sebab apa?

Sebab Nad tau masih ramai orang yang perlu Nad bantu terutama sekali anak didik Nad. 

Kalau Nad rasa selesa, how about them?

Berbalik pada niat asal kita untuk buat bisnes, kita nak beri manfaat pada orang lain dengan bisnes yang kita buat.

Jadi walau tinggi mana tahap kita dan berjaya, we still need to keep moving forward!

Dunia bisnes nih takde limitation, kita yang set target kita sendiri.

Kalau kita dah achieve apa yang kita set tu? 

Start balik fresh, set lagi higher target dan kejar lagi.

Bersyukur tetap bersyukur, tapi jangan pernah rasa selesa sebab kita hidup nih sementara jer.

Keep on spreading the good ones, moga manfaat yang kita beri boleh dijadikan sebagai bekalan akhirat untuk kita nanti.


Assalamualaikum dan selamat pagi, moga Allah permudahkan segala urusan kita pada hari ini. 

Jangan lupa mulakan hari anda dengan Min Kaffe, inshaaAllah kekal bertenaga sepanjang hari 💪🏻💪🏻

✨Postage hari hari
✨COD Kulim & sekitar Bukit Mertajam

SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Instagram : @nadiahahmad__

#SalamDhuha

Friday, May 3, 2019

Saat 'Me Time'


Bila anak dah tidur, ini lah saatnya ‘ME TIME ‘ bagi Nad setelah seharian sibuk dengan bisnes dan kerja kerja rumah.

Naf akan duduk depan cermin lama lama, belek muka, apply skincare step by step. Kalau rajin siap tepek mask sebelum tidur ❤️

Untuk malam nih Nad apply 4 items :

Cleanser -> Toner -> Serum -> Night Cream

10-15 minit siap, tapi boleh jadi setengah jam kalau rajin nak membelek muka 😌

Dulu Nad terkejar kejar, ingat lagi nak tunggu ‘me time’ kena tunggu pukul 1-2 pagi. Almaklum lah semua kena buat sendiri time Husband masih bekerja so tidur pun lambat banyak!

Sekarang dah makin relax sikit, sebab Husband ada sama sama.

Bila Nad kenang balik 5 tahun lepas, betapa Nad bersyukur Allah temukan jalan hidup Nad dengan bisnes SHOM.

Dari niat asal nak jadi Work At Home Mom.

Allah bagi pulak Husband jadi Work At Home Dad, walau siang dia kena keluar ke sana sini. But still, masa dia lebih banyak dengan kami :’) 

Dapat jaga Hannan, nak beli barang dapur anytime, nak cuti balik kampung ikut masa kami dan nak pergi mana mana pun lebih bebas.

Maka nikmat Allah yang mana lagi harus kami dustakan?

Syukur Alhamdulillah, for everything. Jalan hidup kami Allah aturkan sangat cantik, walau diselangi dengan ujian tu perkara biasa. Mana ada manusia yang tak diuji kan? :’)

Okay dah, jom tidur. Sebelum tu belajar untuk lapangkan minda dan hati kita, belajar untuk maafkan semua. InshaaAllah kita akan rasa lebih tenang, hidup lebih bahagia, rezeki pun mudah masuk 💕


Sweet dreams, Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...