Showing posts with label G8Unity. Show all posts
Showing posts with label G8Unity. Show all posts

Friday, October 26, 2018

Kedai online Nad open 24/7


‘Ketika hari kamu terlalu berharap pada seseorang, maka Allah timpakan pada kamu pedihnya sebuah pengharapan.

Supaya kamu tahu, Allah sangat mencemburui pada hati yang berharap selain Dia’.

-Imam Asy Syafie R.A-

Sebaik-baik mana pun niat kita, manusia tetap menilai luaran kita. Sedangkan sehebat mana sekalipun luaran kita, Allah tetap menilai niat kita.

Disebabkan oleh itu, kita utamakan penilaian Allah berbanding manusia.

Manusia ni suka menilai kita dengan apa yang kita buat. Kalau kita bersedekah sekali pun mereka akan ‘judge’ kita. Kita ikhlas ke tak ikhlas ke mereka yg tentukan.

Sedangkan, Allah selalu membalas setiap kebaikkan yang kita lakukan. Kalau kita buat jahat sekalipun, bila kita memohon keampunan Allah still maafkan kita tanpa menoleh dosa lalu yg dah kita lakukan.

Sebab itu, selalu letakkan niat ‘KERANA ALLAH’ dalam apa pun yang kita lakukan.

Assalamualaikum & Selamat Berhujung Minggu semua 😊

Sebelum bukak kedai online Nad tadi, ada 2-3 orang customer dah start merisik-merisik Supplement Kecantikan dan Slimming kan badan 😊

Dan ramai juga customer Nad dalam minggu ni kebanyakannya tanya soalan, 

"Assalamualaikum Nad. Saya nak tanya macam saya ni lagi 2-3 bulan nak berkawen,  product apa yang paling sesuai dengan saya ye ? Risau sangat. Kalau boleh saya nak product yang bagus untuk kulit, dalaman dan kalau Allah izinkan lepas kawin teringin nak dapat baby, tak nak tangguh-tangguh. Ada tak product yang sesuai dengan keadaan saya ni"

Comel sangat soalan customer 💕 Feel free to ask anything dengan Nad okay ? InshaAllah Nad akan bagi guide dan consultation yg terbaik. 

Kedai Online Nad dah buka dan postage jalan seperti biasa 👍🏻



Walaupun weekend, tapi Kedai Online Nad hari Jumaat, Sabtu & Ahad memang beroperasi mcm biasa tau. Hehe. Alhamdulillah order daripada new customer dan regular customer sentiasa masuk. 

Antara product yang selalu mendapat permintaan customer ialah :-

✅ AURA KECANTIKAN - For those yang ada masalah skin berjerawat, jeragat,parut,kulit kusam, sunburn.

✅ TENAGA & KESIHATAN - For those yang ada masalah mudah letih dan mencari supplement untuk boostkan energy.

✅ NUTRISI HAMIL  - Pregnant 1st-3rd trimester.

✅ IKHTIAR HAMIL  - Untuk pasangan yang Ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata. 

✅BERPANTANG MODEN  - For those yang baru sahaja bersalin mencari bengkong moden.

✅ATASI MASALAH KEPUTIHAN 

✅ATASI MASALAH ANGIN DALAM BADAN

✅ ATASI HORMON/PERIOD YANG TAK STABIL 

Boleh follow Instagram Nad kalau nak lihat lebih banyak product-product beserta supplement lengkap. INSTAGRAM : @nadiahahmad--

NADIAH AHMAD | 019.523.5560
Your Most Wanted 
PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT
#nadiahahmad

Tuesday, October 16, 2018

Forever in Love with SHOM


Assalamualaikum buat yang baru kenali Nad , especially buat sahabat-sahabat baru dalam blog Nad ni.




Secara ringkas tentang pengenalan diri, Nad ibu kepada seorang cahaya mata and akan menyusul yang kedua pada tahun depan, InshaAllah. Bekerja sendiri dengan bussines family tapi juga fully WORK AT HOME MOM. Nad menjalankan bisnes SHOM sepenuhnya, dan segalanya hanya dengan duduk dirumah sahaja 😊

Sebelum ni banyak jugak lah bisnes yang Nad dah pernah buat bermacam-macam dan pelbagai. Alhamdulillah sambutannya hangat, kadang-kadang sales cecah 3-4 angka setiap bulan. Tapi renyah. Biasalah bisnes baju, plus Nad gerak sendiri dulu 100%. Nad slow down bisnes tu sebab time tu yang tak terdaya nak teruskan.

Macam mana terjebak dengan SHOM ?

Nad kenal SHOM lama dah, almost 10 tahun lepas. Masa tu still study lagi. Dari zaman single, berkahwin sampailah mengandungkan Hannan pun Nad still consume product SHOM daripada PB Corset, Min Kaffe, Herba Maharani, Garlic and everything Nad consume untuk kesihatan Nad.

 Disebabkan Nad lemah sangat sebab alahan teruk sepanjang mengandung, dan Hb tak naik-naik walaupon paksa telan ubat-ubat KK dan farmasi. Penat sebab selalu penat, tak bertenaga.

Kehidupan Nad berubah selepas itu. Nad bertenaga, Nad boleh drive ke sana ke mari sendirian, Nad tak kerap muntah sangat dah kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni. Nad tak cepat penat dan Hb (sel darah merah) makin cantik dan naik.

Selepas tu Nad berpantang sepenuhnya dgn PREMIUM BEAUTIFUL CORSET, lagilah Nad rasa AWESOME !




Fasa berpantang Nad 👇🏻

✔SIMPLE
✔MUDAH
✔TAK RENYAH
✔SIHAT
✔BERTENAGA
✔TAKDE SEMBELIT
✔TAKDE SAKIT SENGAL BADAN
✔SUSU MELIMPAH-LIMPAH

Nad nak tanyalah, kalau awak rasa benda ni semua masa berpatang, rasa best ke tak ?

Sure bestkan ?

Kita tak rasa stress melalui fasa berpantang.

FYI, Nad berpantang SENDIRI. Suami jaga, plus anak pun ada sekali. 😊

Itulah TITIK PERMULAAN Nad buat bisnes betul-betul.

Nad nak sebarkan kebaikan yang NAD DAH RASAI dengan wanita bergelar ibu diluar sana.

Nad nak share kebaikan produk yang baik ini.
SHOM bukan calang-calang produk tau, berpuluh tahun dah dipasaran DUNIA ! Kalau bertahan begini lama, memang kualiti tiada keraguan dah 😊

Inilah sebab utama Nad pilih SHOM.

Kerana ia adalah produk yang :

💜 SAFE
💜 PROVEN
💜 EFFECTIVE
💜 Ada LANDMARK STUDY

Nad seronok bantu orang dengan cara ini, ramai yang dah rasai kesannya yang positif. 

Dan Nad nak wanita lain pun rasa. Tak salah laburkan duit sikit untuk kesihatan diri kita. Sakit sengal kita mungkin boleh kongsi cerita dengan suami. Tapi sakitnya badan kita yang tanggung. Dan ofcourse kita nak kekalkan kesihatan badan sampai berumur.

✔ Nak main kejar2 dengan cucu

✔ Nak melancong dengan anak-anak

✔ Nak kerjakan Umrah dan Haji dengan kudrat yg sihat

✔ Nak laksanakan ibadat solat dengan sesempurna yang mampu

Betul tak ? 😊😊😊

InsyaAllah, kita berikhtiar dengan produk yang betul, insyaAllah hasilnya dapat membantu kita buat semua checklist diatas dengan baik.

Jika sesiapa yang nak dapatkan konsultasi tentang produk yang bersesuian dengan masalah kesihatan, boleh hubungi Nad. InsyaAllah Nad akan bantu guide produk yang bersesuian dengan awak semua 😉


NADIAH AHMAD
WhatsApp 019.523.5560

Follow official instagram Nad untuk info-info yang lebih menarik
@nadiahahmad__

Forever in love with SHOM

Friday, September 21, 2018

EXTRA MONEY


BETUL KE SEBULAN DENGAN G8UNITY JUMLAH UNTUNG CASH + BONUS + REWARD ALMOST RM4K ?



Alhamdulillah, sepanjang berbisnes dengan SHOM Nad berjaya melayakkan diri untuk dapat bermacam-macam reward dan hadiah penghargaan.

Total bonus + untung + reward  almost RM4K tu ? Cuma anggaran.

Sebab sebenarnya, bonus SHOM + untung jualan Nad sendiri dalam SHOM ni dah terlebih dari RM3K++. Jumlah yang memang dah menghampiri ke arah RM4K. Kalau boleh campur semua reward + hadiah misteri ? Sepatutnya memang tak berkuranglah jumlahnya.

✅ Boleh jadi kurang, tapi sudah tentu tak berkuranganlah dari jumlah bonus + untung jualan yang Nad dapat.

✅ Boleh jadi lebih RM4K ! Hadiah dari upline boleh di katakan tak pernah mengecewakan. 

Pendek kata. Alhamdulillah. Satu kesyukuran amat besar. Bila seorang suri rumah, ummi anak satu yang super duper aktif & manja pun boleh tau kalau nak jana income. Yang dikira agak lumayan lah.

Walaupun semuanya cuma bermula dari rumah. Walaupun bermula dari seorang yang tak pernah tahu cara buat bisnes yang sepatutnya.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Join bisnes bersama SHOM takkan merugikan. Terutama kalau pilih mentor yang betul boleh membimbing. Macam kes Nad sendiri. Asbab diterima masuk group upline Nad, automatically dapat menuntut dari ramai upline yang berjaya.

Pendek kata. Bila dapat join bisnes SHOM ni dalam group yang betul ? Lebih ramai mentor, upline & leader yang akan membantu guide buat bisnes ni.

Gabungan tips yang mantap !

Ditambah lagi kalau betul-betul nak berjaya dalam G8UNITY.

Menuntut ilmu & tips daripada orang terbukti berjaya, insyaAllah takkan merugikan kalau diaplikasi betul-betul.

Nak jana income SHOM dengan Nad ?

Kalau awak daripada kalangan,

Yang betul-betul serius.
Yang nak bersungguh-sungguh.
Yang nak mengubah keadaan hidup.
Yang bersemangat nak naikkan taraf hidup keluarga ?
Yang nak keluar dari kepompong bebanan kepada orang lain ?
Yang nak capai sesuatu dengan hasil usaha keras tanpa kenal berputus asa ?

Whatsapp Nad sekarang.

Nad dah tak sabar nak guide awak supaya kita sama-sama boleh berjaya dalam bisnes SHOM 🔥 InsyaAllah, dengan niat yang betul, cara yang betul, kesungguhan & pengharapan yang tinggi. SESIAPA pun awak sekarang ni, awak boleh berjaya.


Sebab Nad sangat percaya & berpegang; tak ada kejayaan pun yang mustahil kalau betul-betul mahu ! 🔥

NADIAH AHMAD | 019.523.5560 | @nadiahahmad__
PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

Friday, September 14, 2018

Hanya perlukan modal bisnes Rm47. ON tak ?

Hai semua !



Alhamdulillah, senyum manis sikit harini. Duduk rumah pun ada gaji side income masuk setiap bulan 😊

Rasa beruntung sangat sebab dalam banyak bisnes yang Nad pernah buat, dengan SHOM mudah sangat, tapi sistem dan management sangat awesome ! Kita tinggal usaha buat sales je sebenarnya.



Tapi kadang kalau ada seller online punya iklan lalu di wall. Nad rasa macam nak je bagitau dekat mereka, awak cara macamtu tak betul untuk buat iklan. Silap hari bulan awak jadi penat nak teruskan bisnes awak.

Nad tertanya-tanya, awak join bisnes tu tak ada yang guide cara buat ayat ke ? Tak ada yang coaching ke ? Sampai bila nak buat sorang tanpa ada yang ajar ? Macam yang pernah Nad kata, kalau ada ilmu, duit tak ada pun kita boleh buat duit dengan ilmu yang ada, tapi kalau ada duit berkepuk kalau tak ada ilmu tak mustahil awak akan jadi zero.

Nak buat sesuatu biar ada result. Biar ada yang tunjuk bagaimana cara nak dapatkan result.


Bila bisnes menyatukan kita. 
Bisnes dalam mood kekeluargaan. Tolong sana tolong sini. 

Next project : wanita BERJAYA is wanita KAYA

Banyak lagi activiti sihat yang akan kita bina dalam bisnes deal ni. Untuk wanita di luar sana. 

Ini BUKAN M.L.M Okay.
Kita kerja duduk rumah, duduk office, kira stock, kira duit. 

Bagi yang masih mencari peluang perniagaan melalui kaedah online, kami menyediakan satu platform untuk membantu awak memulakan perniagaan. 

Melalui konsep berkumpulan. Kami akan mendedahkan peluang untuk membuka pasaran dengan lebih luas melalui teknik dan sistem yang telah terbukti berjaya. Produk disediakan , latihan diberi, marketing tools, online support group, personal coaching dan sebagainya untuk membantu awak memulakan perniagaan pertama awak.

Nad sangat berbesar hati untuk membantu awak semua untuk bermula dan seterusnya memiliki perniagaan awak sendiri bermula hari ini.

Nad memang sentiasa bercakap dengan diri sendiri dan niat dalam hati berbisnes ni bukan nak kejar duit semata-mata tapi lebih kepada nak menolong orang. Niat tu penting. Ya, duit dekat mana-mana boleh cari tapi bila kita tolong kaum sejenis kita ni happy dia tak dapat nak ungkap macam mana. Dapat beli beras bagi anak makan, tu pun dah buat rasa sebak tau.

Sebab tu Nad selalu belai team Nad. Sentiasa suapkan ilmu sebab mereka dahaga kan ilmu marketing. Dari zero sekarang semua dah jadi hero. Ada yang bangun pagi tengok  wasap masuk berderet-deret. Ada yang tak menang tangan layan customer. Alhamdulillah.



 Awak nak join sekali ? 
Modal bisnes Rm47 jer. ON tak ?

Okay, rilek. Now Nad nak tunjuk cara mudah untuk berniaga. Tak kisah online atau offline insyaAllah boleh berniaga. 

Paling simple kita ambil contoh macam ni, kalau awak bergaji RM1,000 tak payah nak beriya nak berjimat cermat sangat. Hidup saja macam orang bergaji RM1,000. Zaman sekarang ni memang dah tak boleh cut cost apa dah.

Cuma Nad boleh cadangkan, awak buat side income yang boleh dapat RM500 atau jumlah lebih lagi daripada tu. Kekal kan cara hidup orang bergaji RM1,000 dan awak pasti mampu simpan semua RM500 atau any jumlah side side income awak tu.

Saja Nad nak bagitau, kalau awak tak boleh berjimat, awak kena tambah pendapatan. Sampai bila nak terus dengan gaji RM1,000 belanja RM1,000 dan simpan RM0, kan.

Jom mula berniaga bersama G8unity. 

Kami ada Marketing Plan yg tip top dan awak boleh dapat bermacam-macam insentif : 

👍 jana income RM2,000-5,000 setiap bulan.
👍 mentor berpengalaman dan strategy disediakan
👍 berpeluang melancong ke luar negara secara percuma 2x setahun, dengan layanan VVIP
👍 tabung kereta
👍 bonus payout up to 67%
👍 teamwork project

Di G8Unity ni ramai contoh kejayaan di depan mata yang dah capai 'time freedom' and 'money freedom'. Yang income RM50,000 ke atas sangat ramai. Yang income 6 angka pun ramai. Malah yang dah resign pun ramai. 

Bukan income saja banyak tapi paling seronok banyak masa berkualiti. Hidup tak terikat dengan beban kerja, masa kerja yang panjang dan beban hutang. Masa bersama family sangat banyak dan masa untuk business pun lebih mudah. Dengan hanya bekerja 4 - 6 jam sehari tak akan ada lagi istilah merungut stress bekerja. Biar kita 'work smart' dengan kerja keras 1 - 3 tahun dari kerja keras sampai 20 - 30 tahun.

Nad yakin ramai di luar sana impikan hidup yang selesa dari segi masa, kewangan dan minda kan ? Mulakan dengan langkah pertama anda hari ini. Tak kisah langkah itu besar atau kecil sekurang-kurangnya awak. makin hampir dengan kehidupan yang lebih selesa. Business ni bukan untuk jangka pendek tapi untuk jangka panjang. Make your wise decision for your future.

Berminat ? Boleh terus hubungi Nad. Mulakan dengan langkah pertama. Setiap langkah akan di tunjukkan. Hanya tinggal buat sahaja. Why wait when u can change your life now. Rugi sangat kalau tak buat . Hubungi Nad dan Nad akan tunjukkan awak semua macam mana untuk jadi wanita yang hebat.

 Come and join us with G8unity team, Be our next G8Preneurs.

NADIAH AHMAD | 019.523.5560
@nadiahahmad__

Beauty and Health Consultant

Friday, August 10, 2018

Jadilah wanita yang sentiasa nampak hebat untuk tatapan suami

Assalamualaikum semua

 Nad nak cerita mengenai sesetengah wanita yang 'malas' dan tidak sedar akan kepentingan menjaga penampilan diri, terutama aset dalaman.

Nad secara peribadi rasa agak sedih sebab terlalu ramai wanita yang lalai dan lupa tentang penjagaan diri . Mungkin agaknya kerana terlalu selesa dengan apa yang ada pada hari ini.

Untuk semua wanita yang di luar sana, janganlah anggap hal menjaga dalaman ini remeh.

Rasa macam kita ini sentiasa muda sentiasa.
Masa terus berjalan. Semakin hari semakin berusia. Cantik di luar tak semestinya ' aset dalaman ' bagus.

Kebanyakan wanita yang hubungi Nad untuk consult masalah masing-masing  kebanyakannya yang nampak moden dan Vogue lagi ramai bermasalah . Hal masalah dalaman, penampilan, saiz badan. Perkara tu macam sudah seperti menjadi kebiasaan. Maaf Nad cakap dekat sini tapi itu lah realiti nya. 

Kebanyakan wanita terutama yang bergelar isteri selagi suami tak buat perangai semua terasa selesa sangat. 

' Saya malas lah makan supplement, leceh'

'Sy malas lah telan herba ni, tadak masa' 

Itu lah ini lah ..

Terlalu banyak alasan.

Sehingga tersentap, bila dapat menghidu suami ada berhubungan dengan orang lain.
Barulah sibuk hendak memperbaiki diri.

Pesanan Nad, sebaik mana pun suami kita. LELAKI TETAP LELAKI.
Mungkin suami kita tidak dalam kategori spesis menggatal, tetapi ada jenis perempuan di luar sana tu yang sentiasa suka kepada suami kita terutamanya tittle 'suami orang'. Mana kita tahu kan. Lama-lama.. boleh cair jugak.

Zaman sekarang yang serba moden dan terlalu moden. Suami tidak keluar rumah tetapi handphone di tangan. Lagi  lah nak mengundang pelbagai. Fikir-fikir lah sendiri. 
 Nad bukan mahu nak kita semua bersangka buruk pada suami. Nad hanya mahu kita sebagai isteri agar peka dalam menjaga dalaman diri.  Jangan sampai nasi menjadi hangit. Kalau jadi bubur masih sedap untuk di makan lagi. Tapi kalau hangit, terpaksa la buang. 

Jangan sampai suami menghidu kelemahan dan kekurangan yang ada isteri. Isteri harus lah hebat dalam menjaga semua aspek bukan setakat makan pakai suami sahaja tapi diri sendiri terabai untuk di belai. Suami biasanya takkan bagitahu isteri, bila dia merasakan sesuatu yang kurang pada isteri. Jarang sangat nak bagitahu, mungkin untuk elak kan perkara yang tak diingini atau pertengkaran. So sebagai isteri, kita yang harus peka sendiri.

Suami mana tidak suka kalau isteri hebat dalam bab penjagaan diri, penampilan, lebih-lebih lagi dalaman. Susah sangat ke nak buang sifat malas ?
Kita sebagai perempuan semakin hari makin berusia akan nampak tua. Lelaki pulak makin tua makin segak bergaya. Setuju tak ? Fikir-fikirkan lah dan renungkan.

Cuba selami hati seorang lelaki. 

Oleh itu, jadilah seorang wanita yang bijak.
Jadi lah wanita yang mencintai amalan mencegah dari mengubati.




Love,
Nadiah Ahmad

Beauty and Health Consultant


@nadiahahmad

Tuesday, August 7, 2018

Sometimes you just gotta look around and appreciate what you have


" Boleh tolong tak ? Bagi la supplement atau collogen apa-apa dekat isteri saya tu. Dia bermasalah"

Ini antara ayat yang Nad pernah terima dari seorang lelaki . Dia whatsapp Nad, tanpa apa-apa terus tanya macam tu dekat Nad. Nasib tak tercekik lempeng cicah serawa durian Nad dibuatnya.

Mula mula tu Nad fahamlah kan, orang lelaki manalah tahu bab-bab supplement bagai ni, dalam fikiran tu mungkin nak isteri tu sihat, cergas atau mantap, ha giteww.

Tapi sebelum Nad suggest apa-apa supplement untuk isteri dia, Nad perlulah tahu apa sebenarnya masalah isteri dia tu, keadaan isteri dia dan lain lain lah. Sebab Nad tak boleh suggest sebarang supplement, Nad kena tengok dulu dan teliti masalah sesorang tu, then barulah suggest apa yang patut ikut individu.

Nad pun tanya lah dekat lelaki tu " Apa masalah isteri encik ? Boleh saya tahu kalau encik tak keberatan? ".

Okay dia pun bagitau, " Isteri saya tu teruk sangat dah, masalah dia ni asyik tak ada mood je, balik-balik kata penat, balik-balik kata tak larat. Kadang-kadang bengang jugalah, tapi bila dah tengok muka dia tu pucat semacam je, tak bermaya, kesian la pulak, kot ada masalah kesihatan ke apa kan, yelah orang perempuan ni macam macam-macam."

Nad pun tanyalah dia lagi, " Isteri encik pernah bersalin ? " dia pun jawab " Eh pernah la, anak kami dah 4 orang, yang besar darjah 3 , paling kecil lelaki umur 11 bulan, isteri saya tak kerja, jadi dialah yang jaga semua anak-anak. Saya kerja, tak sempat".

Dia kata tak sempat, apa yang tak sempat tu tak tau lah Nad, kot tak sempat dia nak jaga anak kot, wallahualam. Ok dia tanya Nad lagi " Ada tak supplement ke yang boleh bagi isteri saya tu bersemangat? Muka berseri, cergas sikit ? Kalau boleh bagitau saya harga, tapi tak nak la mahal-mahal punya, nak yang bajet ada ? " 

Nad pun tanya dekat dia, " Encik, lain-lain masalah ada tak? " dia pun jawab. " Lain masalah tak ada sangat, tapi tu lah, dia tak macam awal-awal kahwin dulu la, dia ni asyik nak ngelat je. Saya balik kerja, dia sibuk je nak kemas itu ini, sampai saya dah tertidur, dia tak nak tidur lagi".

" Kadang geram juga saya, dia ni nak layan saya ke tak nak ni, asyik pegang penyapu ke hulur hilir, lepas tu pegang kuali senduk, bila saya pegang tangan dia, dia tepis, buat muka masam, walau memang muka dia sememangnya kusam.

" Haisshh sebab saya sayangkan dia lah saya whatsapp awak. Dapat nombor awak pun dari isteri kawan saya, dia kata awak jual supplement untuk sihat cantik tu.Tolong saya, tolong bagi supplement yang okay untuk isteri saya".

Nad dah start tepuk dahi dah masa ni. Adududu..dalam hati Nad, ya nampak suami memang prihatin dengan isteri, nak pulihkan isteri, risau.

Nad pun mulakan tazkirah sikit dekat lekaki itu " Encik, maaf ya, saya rasa isteri encik cuma PENAT, dan tiada masa untuk uruskan diri dia sendiri, bayangkan 4 orang anak, 24 jam dia di rumah, handle anak2 yang sedang aktif membesar, kemas rumah, masak, tu belum bab lain lagi tu, anak perlukan perhatian, merengek, adududu, ingat mudah kerja jadi ibu dan isteri ?"

" Mana boleh Encik nak samakan isteri encik sekarang dengan masa bujang atau baru kahwin? Cuba tengok sekarang, dikeliling isteri encik ada siapa sekarang ?" Dia pun jawab, " Sekarang dia dengan anak-anak kami lah awak, 24jam dengan anak-anak, dah dia mak budak-budak tu jugak kan".

Geram Nad, tapi Nad masih boleh tarik nafas dalam-dalam lagi masa menaip. " Okay sekarang encik sendiri dah tengok, isteri encik tak ada masa untuk diri dia, entah makan pun entah sempat atau tak, mandi koboi ke tak, inikan pula nak melaram di rumah untuk encik. Cuba tenung isteri tu, perhatikan dia, dia penat, bila dia mengadu dia penat, maka betul lah dia penat, bukan dia reka cerita."

" Cuba cari punca masalah dia sebelum cari solution, barulah betul caranya, bincang betul-betul dengar masalah dia, kalau macam ni, saya bagi selori supplement pun suruh isteri encik makan, belum tentu masalah akan selesai. 

ISTERI BUKAN ROBOT, mereka bukan robot yang perlu dimasukkan bateri bila tenaga dah habis. Isteri ada perasaan, ada hati, selami hatinya, fahamilah masalahnya.

Kebanyak kan masalah berpunca dari sekecil-kecil semut lalu menjadi sebesar gajah bila ia tak diselidik dari akar umbi. Segala masalah harus ditangani dengan betul dan caranya.

Untuk masalah seperti ini, suami wanita itu terus terkedu seketika tanpa membalas whatspp saya. Selepas 1 jam baru dia balas.

" Maaf tadi saya bergegas pulang ke rumah, saya intai isteri dari jauh, dia tersandar keletihan di sofa sambil diapit oleh dua orang anak kecil kami, ya dia nampak macam masih memakai pakaian malam tadi. Allah terima kasih kerana awak dah sedarkan saya.

''Isteri saya bukan perlukan apa-apa, dia hanya perlukan saya di waktu lelahnya"






Love, 
Nadiah Ahmad

Beauty and Health Consultant

@nadiahahmad__

Monday, August 6, 2018

Never say die before you try


Assalamualaikum semua 

Sebelum tidur ni Nad nak cerita satu perkara, boleh tak kita ni kalau nak berjaya buang perasaan takut untuk gagal ? 

Takut nak cuba sesuatu kerana takut nak hadapi kegagalan.

Beritahu Nad, adakah orang berjaya semuanya terus berjaya? Adakah orang kaya terus kaya ? Adakah kita kecil-kecil dulu terus berjaya berjalan tanpa bertatih dan jatuh ? Adakah kita tak pernah langsung menangis meminta sesuatu pada ibu bapa kita dahulu sebelum kita melompat gembira apabila berjaya mendapatkannya ?

Tak ada orang yang berjaya di dunia ini yang berjaya tanpa pernah alami kegagalan. Dan tak ada orang yang berjaya jika ada rasa takut untuk mencuba kerana tidak mahu menempuh kegagalan.

Baru-baru ini Nad ada buka untuk peluang bisnes bersama team G8Unity, ada yang whatsapp beri jawapan 

" Takut tak mampu buat". 

" Takut gagal"

" Takut tak boleh nak capai target".

Sedih betul Nad dengar. Ingatkan masalah apa, rupanya masing ada rasa tak percaya pada diri sendiri. Ada rasa diri itu kecil dan diri sendiri yang merendahkan apa yang dirinya boleh atau tak boleh buat.

Actually, over-thinking ruins you.
 Ruins the situation, twists things around, makes you worry and just makes everything much worse than it actually is.

Bangunlah .. sampai bila nak kata tak boleh ? Sampai bila nak maju jika takut untuk terima cabaran ? Yakinlah dengan niat yang baik, seiring dengan langkah yang betul insyaAllah dipermudahkan usaha anda.

Nad akan bimbing, Nad akan beri semangat, Nad akan bantu jika tak faham.

Marketing di ajar setiap hari
Info product disalurkan.
Product banyak permintaan.

Masih rasa tak mampu lakukan untuk berjaya? Masih rasa takut untuk maju selangkah untuk kehidupan?

Tak usaha, tak dapat. InsyaAllah awak buat, awak dapat.✌




Cubalah kuat untuk jadi Hebat
Bukan menafikan yang kita mampu jadi Hebat ! 💪🏻





Selamat Malam.


Love,
Nadiah Ahmad
Health and Beauty Consultant

@nadiahahmad__
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...