Showing posts with label Positive vibes. Show all posts
Showing posts with label Positive vibes. Show all posts

Sunday, June 21, 2020

🙃


Kalau dahulu, mak ayah kita susah.. Ayah kerja sorang-sorang nak tampung perbelanjaan keluarga..

Mak tak bekerja.. Duduk rumah jaga anak je.. Nak kerja macam mana, anak ada ramai.. Kalau mak kerja siapa nak jaga anak-anak ? Nak hantar pengasuh, duit lagi.. 

Anak-anak pun, kalau teringin apa-apa tu pendam jelah. Nak suarakan pun rasanya memang takkan pernah dapat..

Teringin nak makan apa-apa, telan air liur jela..
Tengok kawan-kawan pergi bercuti dengan keluarga, mampu tersenyum jela..

Teringin banyak sangat benda.. Tapi tak mampu suarakan sebab taknak susah kan mak ayah..

😔😔

Tapi tu DULU.. Dulu takde internet.. Dulu tak boleh buat kerja tambahan.. Dulu tak berpeluang nak meniaga online..

Maka kita boleh maafkan Mak Ayah kita yang mana tak mampu nak sediakan lebih untuk kita..

Kita boleh maafkan mak ayah kita yang tak mampu beri kita apa yang kita ingin sangat dalam hidup kita..

Kita faham.. Kita mengerti.. Sebab dulu takde kemudahan macam sekarang..

Dulu nak berniaga pun dari rumah ke rumah je.. Macam mana nak angkut anak-anak sekali ?

Tapi SEKARANG, peluang nak berniaga berlambak-lambak depan mata.. Sama ada kita NAK atau TIDAK ?

Sanggup ke kita cakap pada anak kita yang kita tak mampu, tak cukup duit.. 

Sedangkan peluang nak jana duit, peluang nak buat bisnes penuh depan mata..

Pilih je nak berniaga apa.

Agak-agak kita masih tak boleh beri alasan pada anak yang kita ni TAKDE DUIT sedangkan kita ada telefon dekat tangan.. Kita mampu langgani internet.. Kita ada komputer dan sebagainya..

Paling paling takde laptop pun, ada seketol smartphone pun jadi la..

Tak payah keluar rumah pun. Bisnes dari rumah pun boleh.. Tambah kalau bisnes SHOM, pergi pejabat pos pun tak payah! Semua SHOM uruskan.. 

Jangan asyik salahkan takdir yang beri kehidupan susah kepada kita.. Tapi tengok balik, adakah kita ini manusia yang BERSYUKUR, BIJAK AMBIL PELUANG, 

Ataupun asyik memberi ALASAN..

Esok esok jangan sampai anak cakap balik dekat kita..

"Mama/papa cakap takde duit, tapi main facebook boleh. Kenapa tak buat bisnes online ? "

🙃

Kalau kita ada BIG WHY yang jelas untuk berjaya, InsyaAllah tak akan ada satu pun yang boleh halang.

Semuanya terletak atas diri kita 😊
Kita yang drive hidup kita 😉

Sunday, May 17, 2020

KEBERKATAN


Morning Assalamualaikum & happy weekend❤️

Terkadang kita rasa tertekan sangat.
Allah beri hambaNya rasa tertekan dengan ujian supaya hambaNya kembali merintih dan merayu padaNya.

Kita terasa hati kita kosong. Tapi adakah kita berusaha untuk hati kita agar tidak kosong? Kita sahaja yang sombong, yang angkuh, yang tidak peduli akan hal itu. Terlalu biarkan perkara itu sehingga menjadi duri dalam hati. Terlalu lupakan Allah. Terlalu asyik dengan dunia. 

Muhasabah diri kita ini balik. Sejauh mana kita letak Allah dalam hati kita berbanding hal keduniaan ini.

‎لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang yang zalim.

❤️❤️


Sejak 8 tahun Nad bersama dengan bisnes SHOM, ada satu hikmah terbesar yang paling terkesan di jiwa Nad selain of course peningkatan hidup dari segi kewangan.. 

Hikmah terbesar buat diri Nad personally ialah dari segi sikap dan attitude Nad sendiri.. 

Kalau nak tahu, Nad ni sejenis berdarah panas.. Al maklum lah, darah pahlawan kan 😜 Memang panas baran, memang garang sejak kecik..

Family Nad pun tahu, Nad memang jenis garang gila sejak kecik.. Bab-bab bergaduh tu memang serah padaku lah kiranya hahaha

Cukup lah segala rasa pedas pedih semua.. Memang pendek kata, sekali kau pasal dengan aku, aku akan balas seribu kali ganda sampai kau kenal apa itu erti penyesalan 😏😏

Tapi keadaan berubah sejak lapan tahun yang lalu.. Sejak Nad mula terjebak dalam satu bisnes ni. Entah apa lah bisnes ni buat pada Nad, satu persatu kehidupan Nad berubah. Selain daripada hijrah dari segi pemakaian, Nad turut usahakan untuk hijrah dari segi mendidik hati.

Semuanya sebab nakkan BERKAT.. Sebab nakkkkk sangat berjaya dalam bisnes nih.. Maka takutt sangat kalau tak berkat, nanti Allah marah, Allah tak sayang dan Allah sekat rezeki 😢😢😢

Dari situ Nad mula menjaga hati.. Menjaga pertuturan.. Menjaga adab..

Nad didik diri untuk selalu bersabar.. Even dikutuk, dihina, dianiaya, diperli, Nad tahan diri untuk tidak akan sesekali balas. Dan yang paling penting sekali, struggle yang paling payah Nad kira ialah menjaga hati untuk selalu baik sangka pada orang.

Nad cuba jaga semuanya.

Taknak buruk sangka pada orang.
Taknak mengata orang.
Taknak balas kalau orang kutuk atau hina atau perli Nad.

Pendek kata, Nad sangat takut nak buat something yang boleh efek kepada keberkatan hidup Nad. Takut sangat kalau Allah marah, nanti Allah tarik balik keberkatan dalam rezeki 😭

Dan walaupun mula-mula Nad hanya buat kerana nak berjaya, tapi lama-lama sifat tu jadi sebati dalam diri..

Hikmahnya, Nad rasa hidup nana lebih tenang dan bahagia 😊

Nad tak pernah respon any provocation dekat social media, tak kira lah pasal isu apa sekalipun.. Kutuk pi lah, hina pi lah, perli pi lah.. Tak akan pernah ku balas.. 

Bukan apa, takut tersilap menghukum.. 

Dosa kita dengan Allah kita boleh mintak ampun dengan Allah.. Tapi dosa kita dengan manusia, kita hanya boleh minta maaf dengan manusia. Unless perkara itu diselesaikan one to one, tanpa buat di public yang tidak terlepas dari judgement orang lain.. 

Takut sangat sebenarnya, sebab umur kita ni tak panjang mana pun 😢

Setiap hari ada je berita kematian.. 

Takut sangat andai saat Allah cabut nyawa kita, waktu tu kita tak sempat nak minta ampun dengan setiap manusia yang terluka dengan perbuatan kita.. 

Alhamdulillah syukur pada Allah..

Sebab salah satu hikmah terbesar dalam hidup nana ialah bila dijumpakan dengan bisnes sehebat ini..

Nad jadi lebih positif..
Nad jadi lebih tenang..
Nad jadi lebih bahagia..
Nad lebih mudah memaafkan..
Nad ajar diri tak simpan dendam..
Nad paksa diri berbaik sangka sentiasa dengan Allah dan manusia..


Walaupun hanya bermula kerana NAKKAN KEBERKATAN SEBAB NAK BERJAYA.. Tapi bila satu-satu benda itu kita jadikan amalan dan habit, lama-lama ia akan tertanam dalam minda separa sedar dan membentuk siapa diri kita..

Dan Nad percaya, bila mana satu-satu bisnes atau pekerjaan itu mendekatkan lagi kita dengan Allah, maka itu mungkin bisnes atau pekerjaan yang terbaik yang Allah dah takdirkan untuk kita..

For that, InshaAllah selagi mana direzekikan.. Selagi mana masih diizinkan.. Nad akan selalu berjuang yang terbaik dalam bisnes ini. Pada Nad, bisnes ini bukan sekadar mencari duit sahaja.. Hikmahnya lebih besar dari itu..

Ianya ibarat LADANG PAHALA untuk kita..

Melalui bisnes ini, kita dapat sebarkan dakwah dan kebaikan.. Mengajak manusia berhijrah ke arah yang lebih baik lagi..

Hijrah dari segi kewangan..
Hijrah dari segi menutup aurat.
Hijrah dari segi sifat..
Hijrah dari segi kehidupan yang lebih baik..

Alhamdulillah Ya Allah..

Sesungguhnya segala nikmatMu kusyukuri :’)

Besar sangat hikmah, rahmat dan kasih sayang Allah pada nana melalui bisnes ini..

Diberikan kehidupan yang baik dari segi kewangan..
Diberikan kebebasan masa untuk atur jadual kerja..
Diberi kebebasan untuk sentiasa bersama dengan keluarga tersayang..
Dijumpakan dengan insan-insan hebat..

MashaAllah tabarakallah.. 

Allah Maha Baik.. Allah Maha Besar..

Moga perkongsian nana harini memberi sendikit inspirasi kepada semua untuk cuba ubah diri ke arah yang lebih baik lagi..

Kalau Nad yang darah panasss, panas baran ni boleh cuba ubah diri demi keberkatan.. Yang dulu pantang dicuit pasti nak mengamuk.. Yang dulu boleh kata kategori makcik bawang, tak segan silu nak hentam orang..

Nad boleh ubah.. Sebab Nad paksa diri berubah kerana Allah..

Nescaya anda pun boleh jugak 😊

Hidup tak lama mana.. Satu masa nanti kita pasti kembali bertemu Dia. Wujudkan sifat HAMBA dalam diri.. Yang selalu rendah diri, yang selalu sedar kita ini bukan siapa-siapa pun.

Kalau kita rasa kita hebat, pasti ada orang yang lebih hebat dari kita..
Kalau kita rasa kita pandai, pasti ada orang yang lebih pandai daripada kita..

Elakkan sifat suka argue, suka berbalah, suka bergaduh atau mencetuskan pergaduhan.. Elakkan perasaan dengki dan iri hati sampai asyik rasa nak jatuhkan orang lain.. 

Pada zaman fitnah dajal ni, ujian terbesar bukan ujian dari luar.. Tapi ujian mendidik hati..

Ajar diri untuk selalu berbaik sangka kepada Allah dan manusia..
Elakkan menjadi orang yang mencetuskan perbalahan dengan berkata buruk mengenai orang lain.. 

InshaAllah kita mampu ubah, kerana Allah 😊

Salam 24 Ramadhan daripada Nad sekeluarga..

Moga ramadhan kali ini mengubah diri kita menjadi hamba Allah yang lebih baik lagi dari sebelumnya ❤️

Salam sayang,
Nadiah Ahmad

Tuesday, February 18, 2020

BUSINESS NAK IKUT MOOD, BOLEH TAK ?



Bila most of people tanya, macamana followers Nad boleh daripada 100 orang jadi ribu ribu hari ini, and ada customers ramai everyday minima 3-5 orang whatsapps and pernah je cecah 40-50-60-70 orang whatsapps in a day for new customers.

Macamana Nad boleh achieve itu ini dalam Business SHOM.
Macamana team Nad boleh berkembang besar.
Macamana Nad boleh bangkit daripada Business almost nak jatuh dulu.
Macamana Nad boleh dapat and achieve apa Nad ada hari ini.
Macamana Nad boleh itu... ini... bla bla bla.

Macamana Nad buat is actually sebab I TAKE MY BUSINESS SERIOUSLY.

And never buat Business “Ikut Mood” “Ikut Suka”

Seriously if you want “INCOME RM10K” you must work hard for that 10K. Make sure you work to Worth the 10K tuuuu bukannya kita nak RM10K income tapi....

Kita sempat je nak membawang.
Sempat je nak layan movie Korea.
Sempat je nak layan emosi.
Tidur banyak.

While posting untuk Business and all, sehari sekali.
Dua hari sekali. Seminggu sekali ? Ohmy.....

Do you really want it or not sebenarnya ?

Cause Nad, everyday. I work damn hard for my Business. Seriously. Even korang tengok Nad dah level macamni and level macam Hardworking gila tapi sejujurnya Nad cakap, Nad belum cukup hardworking and everyday i always push push myself gila-gila.

Cause if boleh buat lebih and dapat lebih, why not?

And lagi satu, I TAKE MY BUSINESS SERIOUSLY SINCE DAY 1 Nad join SHOM. Setakat ni takpernah lah Nad tenggelam like Sebulan dua tak buat ke Setahun tak buat , then tuptup okay bila rasa nak buat Nad cakap Nad COMEBACK.... Never.

I never done any comeback sebab i never stopped.
Dari dulu sampai harini, Nad buat Business SHOM seriously.

Eventho pernah je jatuh dalam Business but i get up more stronger with it! 💪

Nad jaga my reputation in my business. Nad tatang business SHOM ni macamana Nad anak kandung Nad.

Anak kita lah contohnya. Kalau dia baru berusia 1-2 bulan, boleh ke kita abaikan dia ? Even anak if dah masuk 3-4 tahun pun still makan kadang kena suap, kita still kena urus keperluan dia mandikan dia semua, kan ?

Same goes to your business ! 

Apetah lagi kalau “BARU” lagi. Ibarat baby kecil yang sangat sangat perlukan banyak benda, memang 100% kita kena bagi perhatian sepenuhnya sebab mereka pada usia ni tak mampu lagi nak jalan ke gerak ke pegang benda ke apa.

Sama juga business kita lah.

So, take your business seriously. Put on effort gila-gila & work hard for your business, and jaga & besarkan business kita penuh kasih sayang, perhatian just like how we would do to our kids.

Sebab first 2-3 Years of business is the toughest.


Dapat sesuatu ? 😘

SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Good night ! 💋

Friday, September 13, 2019

YOUR FUTURE IS IN YOUR HAND


Satu benda yang Nad selalu “psiko” diri sendiri setiap kali ada rasa malas, ada rasa taknak fight, ada rasa malas nak fikir, ada rasa selesa.. 

“Kalau aku buat apa yang aku RASA NAK BUAT sekarang ni, (bagi alasan, banyak tidur, malas nak fikir pasal bisnes), apa akan jadi pada diri aku bulan depan? Tahun depan?”

Kita kadang-kadang tak sedar, apa yang kita buat hari ini impak dia pada masa depan kita..

Kalau harini kita pilih untuk bermalasan.. Taknak fikir pasal masa depan.. Selesa apa yang kita ada.. 

Agak-agak ada tak masa depan yang lebih baik daripada kehidupan yang kita ada sekarang?

Dalam hidup ni, Allah beri kita MANDAT untuk pilih kehidupan macam mana yang kita mahu..

Kenapa Allah merahsiakan takdir ?

Kerana tanpa kita sedar takdir adalah apa yang kita PINTA dari Allah tanpa kita sedar ataupun tidak..

Takdir adalah SANGKAAN kita pada Allah yang tanpa kita sedar adalah DOA..

Takdir ialah apa yang ada di hati kita, yang tanpa kita sedar itulah DOA YANG PASTI TERMAKBUL..

Kalau hari ini, yang ada di fikiran kita ialah malas nak fikir, selesa, berserah apa adanya, itulah DOA YANG TANPA KITA SEDAR, KITA PINTA UNTUK JADI DALAM HIDUP KITA SAMPAI BILA-BILA.

Andai hari ini, yang ada dalam fikiran kita ialah IMPIAN, KEJAYAAN, PERASAAN NAKKKK SANGAT-SANGAT BERJAYA, SANGGUP BUAT APA SAHAJA DEMI BERJAYA, maka itu lah doa yang kita pinta tanpa kita sedar.

Untuk sentiasa berjaya, untuk ada kehidupan macam mana yang kita suka 😊

Again, 

YOUR FUTURE IS IN YOUR HAND.


Apa sahaja tindakan kita hari ini, tentukan siapa kita, kehidupan macam mana yang bakal kita ada, pada masa depan ❤️

SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Instagram : @nadiahahmad__

#InspirasiNadiahAhmad

Wednesday, August 7, 2019

PUSH FACTOR and BIG WHY.

Assalamualaikum and Happy Wednesday ❤️

Dalam kehidupan seharian nih tak kisah sama ada kita bekerja makan gaji ke atau kita bisnes sendiri ke, kita perlu ada PUSH FACTOR and BIG WHY.

Kenapa penting untuk kita kena ada push factor and big why nih?

Sebab akan ada masa down atau masa stagnant tak naik naik, yang mana kalau kita layan dengan emosi memang kita boleh rasa give up tak nak teruskan.

Push factor and big why tu sebenarnya yang akan menjadikan hati kita lebih kuat dan kental, so bila masa down ke ingat balik apa push factor and big why kita inshaaAllah kita boleh atasi segala ujian yang datang 😊

Take some time and think, apa push factor and big why you.

Okay Nad bagi contoh.

Untuk Nad sendiri, salah satu push factor Nad dari awal Nad buat join SHOM dulu ialah Ad nak jadi Work At Home Mom.

Big why Nad nak jadi Work At Home Mom?


Sebab Nad nak jaga anak Nad sendiri, Nad nak anak Nad ada depan mata sentiasa tanpa Nad perlu hantar pada orang lain untuk jaga.

Bila Nad dah berjaya jadi Work At Home Mom, Nad masih letakkan anak as my main push factor jugak.

Big why anak jadi sebagai push factor?

Sebab Nad nak sediakan yang terbaik untuk dia dan beli semua keperluan dia tanpa Nadfv perlu minta pada Husband.

It’s normal la mak mak nak shopping baju, seluar, kasut dan lain lain yang smart bergaya untuk anak kan? Nak belikan toys yang anak suka. And of course untuk masa depan dia Nad nak berikan pendidikan yang terbaik untuk dia.

Dengan gaji Nad kerja, sejujurnya Nad tak mampu. Sebab tu juga Nad cari peluang untuk bisnes dan Alhamdulillah Allah jumpakan Nad dengan Shom lebih kurang 6 tahun lepas dan bisnes SHOM  lah yang banyak mengubah kehidupan Nad 360 darjah! :’)

“Think big and don’t listen to people who tell you it can’t be done. Life’s too short to think small.”


SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Instagram : @nadiahahmad__

Saturday, June 22, 2019

#NadSharing


“DAH ADA ISI KE?”

Tahun tahun sebelum ni, setiap kali raya selalu rasa malas nak pergi beraya.. Bukan taknak jumpa orang.. Bukan malas nak jumpa sanak saudara.. Bukan tak suka mengeratkan silaturrahim..

Tapi sebab nak elak ditanya soalan tentang yang satu itu..

"Dah berisi ke belum?"
"Bila nak raya bertiga?"

Lagi mengguris hati bila ada yang siap raba perut.. Kot-kot dah buncit tapi taknak cerita.

Orang yang tak pernah alami mungkin tak faham.. Mungkin akan suruh "berlapang dadalahhhh"

Hakikatnya, diri sendiri yang kena hadap dah naik kebas muka menahan rasa. Nak telan terasa kelat di tekak.

Hanya Allah yang tahu perasaan nak menghadap segala mak nenek soalan tu. Lagi pedih dari menanggung derita menanti kehadiran zuriat.

Kalau jumpa hat yang mulut takde insurans tu lagi laa.

"Ko tak subur la tu"
"Cuba check doktor, kot kot mandul"

Belum lagi dengan gurauan gurauan yang tak sopan. Yang diorang ingat lawak lah sangat! 

Alhamdulillah tahun ini tahun ke 3 sebagai ummi.

Hanya pada Allah tempat kami panjatkan kesyukuran.. 

Buat yang sedang menanti, jangan pernah putus asa. Teruskan usaha dan doa mintak sungguh-sungguh pada Allah.

Kat sini Nad nak kongsi antara apa yang Nad selalu amalkan satu masa dahulu.

❤️ Banyakkan sedekah pada anak yatim.Kalau dapat jumpa anak yatim, usap kepala diorang. Mintak anak-anak yatim tolong doakan.. Doa mereka InshaAllah tiada hijab.

❤️ Setiap kali dengar berita gembira kelahiran baby baru sama ada sedara mara atau kawan2, tumpang gembira. Jangan sedih jangan rasa down pulak. Belikan hadiah buat ibu dan baby. Gembirakan hati mereka. Masa melawat baby baru lahir tu, bisik kat telinga baby tu mintak doakan kita.. 

❤️ Solat Hajat setiap hari. Lagi baik kalau dapat bangun tahajjud, mintak pada Allah sungguh-sungguh di satu pertiga malam. Doa sampai menangis. Doa sungguh-sungguh. 

❤️ Lepas solat subuh, baca zikir "Ya Mussawwir" berulang ulang kali sampai letih. Kemudian dalam hati niatkan, "Ya Allah, kurniakan aku zuriat yang lahir dari rahimku sendiri"

❤️ Setiap kali makan supplement, selawat dan niatkan "Ya Allah, semoga supplement ini asbab untuk Kau kurniakan aku zuriat"

❤️ Bila dengar sahabat-sahabat nak ke Mekah dan Madinah tunaikan Umrah, kirim doa pada mereka. Minta didoakan depan Kaabah.

❤️ DOA DOA DOA.. Doalah sentiasa.. Terutamanya di waktu mustahab doa.. Waktu sebelum berbuka puasa, ketika musafir, hari jumaat, lepas solat zuhur hari khamis dan sebagainya.. Mana tahu, salah satu doa yang anda pohon itu disambut malaikat, diaminkan malaikat dan diangkat terus ke langit.


Semoga barakah bulan yang mulia ini, Allah permudahkan urusan kita semua.. Nad ikhlas hati mendoakan semua sahabat-sahabat TTC yang membaca post ini, semoga dipermudahkan mendapat zuriat.

Amin Ya Rabbal Alamin..

P/s: Feel free to SHARE this post. Tak perlu mintak kebenaran ye ❤️

SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Instagram : @nadiahahmad__

Tuesday, March 26, 2019

POSITIVE MAGNET


FOR BUSINESS PERSON.

Kalau kita fikir macam SUSAH SANGAT SALES NAK MASUK, even dah buat macam macam Marketing strategy, cuba check balik DUA BENDA ni.

✅ Amalan rohani dan hubungan kita dengan Allah.
✅ Mindset

Untuk amalan rohani, cuba check kita solat macamana? Ada lopong-lopong ke? Kalau ada, sempurnakan dulu solat yang WAJIB tu. Then, bila yang wajib dah terjaga & consistent, cuba pula amalkan amalan-amalan yang boleh menjemput rezeki, sebab ianya bukan sahaja untuk menjemput rezeki, malah sebenarnya secara tak langsung untuk MENDEKATKAN hubungan kita dengan Allah, dan mencari keredhaanNya, dimana Allah ni lah yang memegang hati manusia, memegang hati team & customers anda ☺️

Untuk MINDSET, ni pun sangat sangat lah penting. Mindset ni umpama magnet. Dia attract apa yang korang fikir. Kalau kita fikir NEGATIVE maka perkara negative lah akan datang contoh benda negative dalam busienss seperti sales sendu, customer ramai tanya tapi banyak reject and tak beli, customer negatif, macam macam masalah dalam kehidupan harian you akan hadapi dan orang orang negative pun akan datang mengelilingi anda dek kerana NEGATIVITY MAGNET you too strong 🙂

Malah sebaliknya, if kita fikir POSITIF, kita usaha dan cuba fikir positif, maka the POSITIVE VIBES tu mengelilingi kita dan akan attract benda benda positif sama. Sales sentiasa ada, customers semua positif, customers semua membeli, team yang positive dan orang orang positif pun akan datang mengelilingi kita 🙂

Seriously, cubalah. Cuba ubah MINDSET you and setup midset you to be POSITIVE as always, slowly. Slowly, you akan nampak perubahan kepada kehidupan you sebab KUASA MINDA ni sangat hebat dan kuat sebenarnya. Sebab mereka lah mengawal minda separa sedar kita yang meng-attract benda benda Positif atau Negatif ni mengikut MINDSET dalam fikiran kita 😊


Premium Beautiful Expert
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

@nadiahahmad__

Friday, February 15, 2019

Sentiasa bersedia untuk BELAJAR dan BERUBAH



KUALI YANG TAK BERSIH.

Pernah tak rasa buat macam-macam rezeki masih susah nak lekat ?
Dah pergi kelas marketing, dah buat marketing, tapi susah betul nak dapat sales banyak-banyak ? Ataupun, rezeki sales tu ada je, tapi selalu rasa tak cukup.

My wise mentor once said ; segala apa yang kita dapat sebenarnya bukanlah sebab Marketing, apa semua. Tapi kita kena “Surrender” dulu.

Step yang selalu dilupakan oleh most of us (even me!) bila nak dapat kebahagiaan dan kejayaan. Without this step segala hasil kita semua berkeladak, itupun kalau dapat hasil. Usually susahlah nak nampak atau dapat hasil tu. Usaha macam-macam tapi tak jadi, sama je.

Ianya ibarat kita ada kuali lah contohnya.
Kita nak masak sup ayam, tapi kuali kita tu bekas masakkan kita semalam - Kari Ayam kita tak basuh. Tuptup terus je guna untuk masak sup ayam huhu. Menjadi tak agak-agak sup ayam kita tu ?

Yes, tak menjadi. Kalau menjadi pun tak sedap, rasa pelik and buruk hasil dia.
Macamtu juga konsep REZEKI kita yang kita nak dapat. Kita nak rezeki yang macamni, macamtu, tapi kuali kita tu kotor, tak bersih, kita tak basuh. Sebab tu lah Rezeki yang “bersih, cantik” tak masuk-masuk tak datang-datang.

So if kita nak rezeki cantik, bersih, kita kena “Bersihkan” dulu kuali kita tu sebersih-bersihnya. Barulah terhasil “Sup Ayam” yang sedap tu 😊😘

Faham ?

BELAJAR UNTUK BERUBAH ✅

My wise mentor once said, if nak berjaya kita kena sentiasa bersedia dan belajar untuk berubah sekiranya ianya yang terbaik untuk perniagaan kita.

Now, cuba kita tengok business kita, or life kita, is it semakin berjaya ? Semakin berkembang ? Or stuck kat satu level sama, stagnant sahaja ?
If berkembang semakin pesat dan berjaya, means we are on the right track.
But if it has been a long time, berbulan-bulan kita stuck and stagnant kat satu level sama, means kita KENA BERUBAH. Kena buat sesuatu !

Kena reacts and buat sesuatu secepat mungkin sebelum business/diri you mati! Try to check and identify apa yang you kurang, apa kesilapan yang you repeat everymonth, apa method you yang you stick on buat masa ini, and then, LEARN TO CHANGE IT.

Nak taknak kena solve it, cari solusi and strategi untuk ubah!
Untuk ubah jadi yang lebih baik dan jauh kehadapan.
InshaAllah you can do it!
InshaAllah i can do it!


Nak berubah memang bukan mudah, but if kita betul-betul ada target yang besar, kita perlu berubah!

Nad dah list out segala “cons” and “kelemahan” Nad sendiri and im ready to change it! How about you ?

May Allah ease our journey untuk jadi Wanita, Usahawan yang berjaya dunia akhirat, amin amin InshaAllah! Sesungguhnya, semua ini demi Masa Depan Anak-anakku ❤️

 What i wrote is usually a Self Reminder to myself 🌸
Bismillah and have a Goodmorning!

Health and Beauty Consultant,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

@nadiahahmad__

Sunday, October 14, 2018

Pinjaman


Apa perasaan kita, jika bunga atau buah yang kita tanam, yang kita jaga, yang kita sayang, yang kita rawat, tiba-tiba besoknya ketika sudah masak, ketika sudah mekar, ada orang yang memetiknya, ada haiwan yang mengambilnya. Apa yang kita rasakan ?

Kita marah, kita kecewa, kita sedih. Susah payah aku menjaganya, kenapa orang lain yang menikmatinya ? Sama halnya dengan perasaan. Ketika ada seseorang yang kita suka, saat dia sedih, kita jadi tempat dia berbagi kesedihan. Kita memberi semangat untuk dia, kita pun menjaga perasaannya. Disaat dia kembali bersemangat, kembali ceria, kembali tenang, tiba-tiba suatu hari, dia jatuh cinta pada orang lain.

Kecewa ? Pastinya. Kecewa, marah. sedih. Kenapa aku yang susah payah menjaga perasaan dia, orang lain yang medapatkan cintanya ?

Sama juga dengan konsep REZEKI. Orang datang kepada kita tanya tanya berapa harga dan nilai barang tersebut, tetapi bila dah susah payah melayannya dengan baik, rupa-rupanya customer tersebut beli pada peniaga lain. Maka tiada rezeki kita di situ, dah tertulis di situ rezeki peniaga lain. Tapi tak bermakna kita perlu putus asa sampai bila-bila kan ? 

Tarik nafas. Pejamkan mata, Istighfar.

Dekat sini kita melupakan sesuatu. Bunga dan buah yang kita tanam itu, tanahnya milik siapa ? Orang yang kita sayang dan jaga perasaannya itu, hatinya siapa yang pegang ? Orang yang beli barang dengan kita siapa yang gerakkan hati mereka ?

Tak ada yang lain kecuali Allah, pemilik segala apa yang ada dilangit dan dibumi. Jadi ikhlas lah dalam berbuat kebaikan. mungkin Allah ingin mengajarkan sesuatu pada kita. Kalau Allah berkehendak jadi milik kita, pasti akan jadi milik kita akhirnya. Belajar untuk berlapang dada 😊



Assalamualaikum & Happy Sunday. Selamat menjemput rezeki :)

Love,
NADIAH AHMAD
PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...