Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Tuesday, December 31, 2019

KENAPA ISTERI KENA ADA BACKUP INCOME?


KENAPA ISTERI KENA ADA BACKUP INCOME? 

Terbaca satu posting daripada seorang hamba Allah, dia tak setuju isteri zaman sekarang kena ada income sendiri dengan alasan nak berjaga-jaga takut kalau jadi apa-apa dekat suami in future.

Katanya :

"Kenapa nak doakan suami yang buruk-buruk? InsyaAllah takde apa-apa jadi. Tugas suami memang cari nafkah untuk family."

Sejujurnya Nad sendiri kurang bersetuju dengan beliau. Sebab apa?

Kalau kita fikir logik akal, ada ke isteri-isteri ni nak doakan benda buruk jadi dekat suami? 

Kita sendiri bukan tuhan yang boleh tentukan kehidupan masa depan kita nanti macam mana, confirm dah ke suami kita nanti akan selamanya sihat, selamanya mampu nak cari nafkah, betul ke suami kita confirm panjang umur sampai ke tua sama-sama dengan kita. 

Walhal hari-hari kita ni memang doakan yang baik-baik untuk suami, tapi sampai satu masa Allah nak uji kita, suami tiba-tiba jatuh sakit, suami tiba-tiba hilang kemampuan nak bekerja, suami tiba-tiba tak mampu nak urus diri sendiri, suami yang kita sayang tiba-tiba hilang ingatan tak ingat anak isteri.

Bila benda tu akan jadi? 

Esok? Lusa? 
10 tahun lagi?
20 tahun lagi? 

Nobody knows.

Bayangkan? Apa jadi dekat kita waktu itu kalau kita sendiri tak bersedia mental & fizikal?

Taknak cakap orang lain, realitinya benda ni memang benar-benar terjadi.

Memang kita tak sangka suami yang sihat walafiat, suami yang sangat kuat bekerja cari nafkah untuk anak isteri siang malam, tiba-tiba Allah uji jatuh sakit.

Bayangkanlah kalau kita tak bersedia? 

Kita mungkin akan jatuh terjelepuk, down teruk meratap nasib tak sudah-sudah, mula persoalkan "kenapa aku diuji begini?"....

Sebab tulah kita orang perempuan tak boleh manja-manja dah. Kena berdikari, tapi bukanlah maknanya berdikari tu sampai kena ambil alih tugas suami cari nafkah semua tu bukan. Jangan salah faham pulak. When something happen in future, atleast you tak jadi orang yang panic, yang blur tak tahu nak buat apa dulu. Time tu lah anak-anak kita sangat sangat perlukan kita.

Macam mana kita nak manage situasi tu dalam keadaan emosi serabut, duit takde, suami sakit, anak-anak lagi?

Nak masuk 2020 dah ni, common girls!

Do something! 😊


Akhir kalam, moga yang baik-baik ajee untuk kita, suami kita & keluarga kita.

Ameen. 

SHOM Biz Mompreneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

@nadiahahmad__

Thursday, September 19, 2019

Businesswoman yang Persistent


Assalamualaikum guys.

Nad nak share sedikit tips khas buat mereka  yang teringin nak buat bisnes..

Benda pertama yang kita kena ada untuk mulakan bisnes adalah SEJENIS HATI YANG KENTAL ♥️

Mental dan fizikal apatah lagi kan? Of course kena kuat! 💪🏼

Sebab apa?

Sebab kita akan bekerja untuk diri sendiri. Kalau kita buat ikut mood. Hasilnya pun akan ikut mood. Silap haribulan, hasil langsung TAK ADA! 😱
 
Dan lebih teruk lagi, kita akan berhadapan dengan REJECTION kanan dan kiri! 

Fasa nilah sebenarnya ramai orang yang tak sanggup lalui sebab tak ramai yang bersedia dari segi mental untuk terima penolakan & kekecewaan..

So sebagai businesswoman yang persistent, kita kena bersedia untuk terima benda-benda yang mencabar diri! Kadang-kadang yang tak terfikir dek akal pun selalu jee muncul..

Kuatkan hati dengan selalu memohon ilham & petunjuk dari ALLAH.

Sentiasa banyakkan BERDOA & USAHA SUNGGUH-SUNGGUH pada 3 fasa yang mana sangat sangat mencabar bagi Nad iaitu pada fasa :

✅ PERMULAAN BISNES

✅ PERTENGAHAN BISNES 

✅ SESUDAH BERJAYA


Mohon doa daripada ALLAH, supaya kuatkan hati, cekalkan hati. Doa minta kuat semangat. Doa minta diberi sabar. Doa minta diberi ilham dan idea. Doa minta diberi customer yang mampu membeli. Doa minta dikurniakan team yang proaktif. Doa minta kita konsisten. Doa minta kita bangkit walau kecewa berkali-kali. Doa minta setiap satu perkara yang kita mahu.

Berdoalah bersungguh-sungguh setiap hari setiap kali selepas solat. 

Jangan minta pada manusia, tapi minta pada ALLAH. Hati semua manusia di dunia ini dalam genggaman ALLAH.

Sampai masa kita akan “KEBAL”.
Sampai masa kita akan KUAT.
Sampai masa kita akan LALI DENGAN PELBAGAI CABARAN.

Bila dulu, bila kena reject daripada customer, berminggu-minggu baru nak MOVE ON, but now, sekejap jee rasa tu, terus bersangka baik dengan ALLAH & teruskan kehidupan seperti biasa 😊

Teruskan berusaha! 
Teruskan berdoa! 
Teruskan membina sebuah kejayaan dengan bersungguh-sungguh! 
Kejayaan akan hadir selepas kita berusaha, berdoa & tawakal kepada ALLAH ♥️

#NadSharing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...