Showing posts with label Premium Beautiful. Show all posts
Showing posts with label Premium Beautiful. Show all posts

Saturday, September 21, 2019

OPEN 🌼


SABTU PUN KEDAI ONLINE BUKA 💕

Tiada istilah “CUTI” bila kita berniaga secara alam maya. Semuanya hanya di hujung jari sahaja! Kalau tutup kedai, alamatnya rugi lah customer ku lari pada orang lain. HIHI 😛

Kalau korang nak tau kan, setiap hari Nad akan jumpa dengan macam macam jenis customers yang juga datang dari pelbagai lapisan umur.

Paling muda so far 16 tahun dan yang paling berusia berumur sekitar 60-an.

✅ Ada customer yang mencari supplement untuk kulit cantik, cerah, gebuu dan flawless.

✅ Ada customer yang mencari supplement untuk maintain / turunkan berat badan.

✅ Ada customer yang mencari supplement untuk improve kesihatan mereka ke tahap yang lebih baik.

✅ Ada customer yang mencari supplement untuk badan lebih bertenaga sepanjang hari.

✅ Ada customer yang mencari supplement untuk tingkatkan kesuburan dan ikhtiar untuk hamil.

✅ Ada customer yang mencari supplement untuk sepanjang kehamilan, juga untuk baby gebuu gebas 😍

✅ Ada customer yang mencari supplement untuk merawat masalah dalaman wanita selepas berkahwin dan melahirkan anak.

✅ Ada juga yang mencari supplement untuk kesihatan tulang dan sendi.

So for those yang mencari produk SHOM tapi tak sure yang mana satu yang sesuai dengan keperluan dan masalah uols, boleh terus whatsapp Nad okay 👍🏼

Insya ALLAH Nad akan bantu untuk berikan guide yang sebaiknya, consultation akan diberikan khusus untuk customers Nad 😊

📲 www.wasap.my/60195235560

▪️Postage setiap hari
▪️COD SHOM Kulim & Sekitar Bukit Mertajam

SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Instagram : @nadiahahmad__

Tuesday, April 16, 2019

Diet & Slimming


ENERGY BOOSTER SETIAP PAGI, SETIAP HARI! 

Since awal tahun haritu, bila mana Nad start untuk DIET & SLIMMING, Nad pilih kedua-duanya untuk dijadikan sarapan lengkap yang sedap setiap pagi! 

Shake Me dengan multifuntion supplement dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki termasuk membantu untuk KAWAL SELERA MAKAN & KURUS.

Manakala, 

Pemakaian PREMIUM BEAUTIFUL CORSET sangat high recommend untuk FITKAN BADAN / ELAKKAN KESAN GELEBEHAN semasa proses diet dan slimming. Oh ya, Premium Beautiful Corset jugak membantu untuk PENGURANGAN INCHI TUBUH BADAN terutama pada bahagian lengan, perut, punggung dan peha. 

Dan percaya tak, asbab dengan pengambilan dedua  ni, Nad berjaya DIET TANPA NASI selama hampir 21 hari tanpa gagal 💪🏼

Sebagai seorang surirumahtangga, merangkap seorang Mommies & seorang Business Leader, Nad memerlukan Min Kaffe + PremIum Beautiful Corset untuk booster energy booster! 


Oh ya, sebelum terlupa buat mereka diluar sana yang sedang IKHTIAR DIET & SLIMMING, Nad suggest and high recommend masukkan sekali supplement ESP + pemakaian Premium Beautiful Corset dalam diet uolss! 👍🏻

Masih sempat lagi nak grab sebelum menjelang Bulan Ramadhan & Hari Raya! 

Nadiah Ahmad
Premium Beautiful Expert
019.523.5560 | @nadiahahmad__

Have a nice day semua 😘

Friday, April 5, 2019

Positive FEEDBACK


IMPAK POSITIF SELEPAS MENGAMALKAN SUPPLEMENT SHOM SECARA KONSISTEN & BERJADUAL 😊

Sepanjang Nad berkecimpung dalam bisnes SHOM ni, perkara yang paling memberikan rasa kepuasan ialah bila mana Nad dapat bantu customers Nad  untuk improve in terms of kesihatan dan  juga kecantikan masing-masing.

Antara feedback customers yang Nad  always terima -- 

💖 Kulit makin cerah secara keseluruhan dan tona jadi lebih sekata.
💖 Rasa confident untuk berhadapan dengan orang lain selepas alami breakout teruk.
💖 Kulit semakin licin dan bebas jerawat, jeragat serta parut.
💖 Badan makin slim and perut makin flat especially yang baru lepas bersalin.
💖 Badan rasa lebih bertenaga dan tak cepat letih.
💖 Berjaya hamil selepas TTC agak lama.
💖 Kesihatan lebih baik di sepanjang kehamilan, everytime check up pun semuanya okay terutama sekali bacaan HB, bebas GDM.
💖 Kulit baby lebih cantik, gebuu dan tulang baby lebih kuat.
💖 Berpantang dengan supplement SHOM luka cepat sembuh and badan rasa lebih bertenaga, susu badan pun Alhamdulillah banyak and pekat.
💖 Sakit sakit badan makin berkurang, tidur malam lebih lena.

And banyak lagi #SHOMEffect lain-lain which mostly semuanya yang positive Alhamdulillah 😘


Mudah-mudahan ALLAH permudahkan urusan & niat Nad untuk membantu lebih ramai lagi orang lain di luar sana. Insya ALLAH.

Nad sendiri dah merasai keberkesanan SHOM yang banyak berikan impak pada kesihatan luaran & dalaman sepanjang 5 tahun mengamalkan supplement SHOM ! ♥️

So u alls yang nak mendapatkan guide supplement SHOM atau Infinence skincare boleh terus whatsapp Nad untuk detail.

Nad juga buat cod sekitar area;

🚗 Kulim
🚗 Bukit Mertajam

Malas nak tunggu posmen datang, Nad boleh cod depan rumah anda. Tapi kalau nak pick up sendiri supplement pun boleh juga👍🏻.

Jangan lupa whatsapp Nad okey !

Nadiah Ahmad 
019.523.5560 | @nadiahahmad__
Premium Beautiful Expert 

Wednesday, February 27, 2019

MINDSET

55kg to 45kg 😘

Ingat lagi waktu ambil gambar Husband konon-konon candid gambar Nad.. Sekali dia tunjuk kat Nad, dalam hati “AKU KE NI?”

MashaAllah nampak “BERAT” sungguh nak bawak badan dalam gambar tu 😂😂 faham-faham jela kan.

Sudahnya tak guna pun gambar tu untuk pos ke mana-mana.. Buek malu den yooo..

Satu benda pasal nana, kalau Nad naik berat badan sikit. Dia paling nampak ketara sebab naik kt bahagian punggung n perut.

Dah nampak macam gagah gila je kan, pulak tu Nad jenis badan kecik .. Memang kalau naik badan tu nampak macam hapeee je.. Obvious sangat, tak mampu nak sorok..

Kalau perut buncit ke apa takpe la jugak, boleh sorok pakai korset Premium Beautiful.

Kalau besar kat lengan and bahu, nak cover macam mana?? 😂😂

Mujur Alhamdulillah Nad dapat kesedaran sikit sejak bulan lepas..

Masa tu buat makan-makan dengan family. Masa sembang-sembang dengan family semua, Nad cerita la Nad nak beli treadmills la kononnya.

Sekali adik beradik Nad semua cakap “Tuuuu basikal tu ada, guna jela buat apa nak beli treadmill”

Dalam mindset Nad selama ni, kalau kayuh basikal tu yang akan kurus cuma kaki dan pinggul.. Habis kalau besar kt lengan n bahu ?  😭

Sekali adik Nad  cakap, boleh je naik basikal kurus satu badan.

Amboi bila kena motivate kanan dan kiri tu, tetiba jadi semangat gilaaa nak turun berat badan! 😤


Nana mula consistent gila pakai Premium Beautiful Corset  .. Kalau sebelum ni pakai bila teringat, this time memang disiplin gila.

Exercise pun wajibbbb setiap hari tak boleh miss.

Setiap hari minima 5km Nad akan jogging.. 

Yang PALING PENTING sangat-sangat, is MINDSET!


Nampak macam mana mindset boleh mengubah segalanya? Selama ni dalam mindset dok rasa rileks apa benda semua, even exercise sikit-sikit and minum detox premier drink waktu pagi and minum N'licious untuk pecah lemak jugak, tp macam samaaa je takde beza.. Tapi once nekad nak turun berat, bolehhhhh punnnnn turun! 

Tak sampai seminggu pun Nad buat semua tu, berat turun ke 53kg 💕

Inch loss sangat especially bahagian pinggang, punggung n lengan..

Happyyyy sangat bila pakai baju dah tak ketat kat lengan 😂😂

Legaaaa sangat hati mak nak 😜

Now nak keep consistent.. Nak capai target 45kg InshaAllah.. 

Korang doakan yeee moga mencapai matlamat Nad.. 

Siapa nak join sekali, and nak Nad guide sama meh whatsapp tepi.. 
kita kuwussss sama-sama dengan sihat dan jelita 😘

Nadiah Ahmad
Premium Beautiful Expert
019.523.5560 | @nadiahahmad__

Tuesday, September 18, 2018

Lets be a happy and productive Mommy


Hai guys,
Nad tak tahu ibu-ibu lain macam mana, tapi ini pengalaman Nad sendiri.

Bila dah ada anak ni, tiada istilah tidur nyenyak pada waktu malam, bangun 2/3 kali sebab nak menyusu anak atau anak meragam, kadang-kadang tak tidur langsung kalau anak sakit.

Siang sibuk selesaikan urusan kerja rumah, then masuk dapur je 2-3x sehari. Sedar-sedar dah petang. Kadang-kadang makan pun ikut dan je. 

Tak termasuk keluar balik rumah pergi meeting dan buat urusan bisness.

Waktu malam pula, dah dinner, selesai makan basuh pinggan semua tengok jam dah pukul 9 malam dah.

Honestly, bila kitaran ni berlaku non stop, badan akan rasa cepat penat, lesu, tak bertenaga. Bangun tidur badan akan rasa lenguh sana sini. Tak segar sebab tidur terganggu.

Tapi setelah Nad konsisten beberapa supplemen seperti garam buluh detox, Min Kaffe, Garlic tablet, Bv alfalfa, Shake me, jujur lagi sekali, kelemahan yang dulu tak dirasakan sangat. 

Tipu lah tak sakit badan, sebab tidur pun pusing kanan kiri sebab menyusu. Tapi bisa sakit otot tu kurang. Bangun tidur pun takdelah rasa lemau sangat.

Lapar pagi-pagi Nad just grab Min Kaffe dan minum. Memang exactly ENERGY BOOSTER & KENYANG. Lega perut sementara nak memasak buat breakfast.

Bila kita rasa sihat, badan tak sakit, mood kita lain. Kita happy. Kalau badan sakit, mental penat, mood cepat kearah negatif, dan ia akan terkesan pada keluarga lebih-lebih lagi pada anak.

Bagusnya Vitamin dan mineral yang cukup dalam badan sebab ia bantu proses fisiologi badan dengan baik. Bila proses berlaku dengan sempurna, maka ia tidak merembeskan hormon stress yang boleh mengganggu kita dari pelbagai segi.

Lets be a happy and productive Mommy ! ❤️



NADIAH AHMAD | 019.523.5560 | @nadiahahmad__
Premium Beautiful Expert 

Saturday, September 8, 2018

Sabtu Ahad pun open | Kedai online Nad always open


Assalamualaikum & salam menjemput rezeki semua ❤️



Saya Nadiah Ahmad. Awak semua boleh panggil Nad sahaja. Lebih mesra lebih positif.

Status : Anak sorang tapi tolong panggil "CIK". Haha
Perasan muda. Sila muntah ! Hehe. Tapi memang kalau kita amalkan pemakanan sihat dan cara gaya hidup sihat, jiwa tu rasa muda. Orang panggil kakak pun rasa macam tak kena. Padahal tua dah rasa tapi minda kita rasa tubuh kita masih muda. Still boleh angkat berat itu ini. Masih boleh berlari anak naik tangga, boleh buat bermacam kerja dan boleh berfikir selangkah kehadapan dari sahabat lain. Gila tak rasa muda kan. Hehe.

Pagi ni kedai Nad dah bukak tau. Seawal 7.30 pagi tadi Nad dah bukak pintu kedai. Kehkehh. Kedai online je pun. Hihi.

Anyway nak cakap, kadang-kadang Nad terlepas untuk update aktiviti seharian dengan uolls. Yela, kadang-kadang rushing bila anak meragam. Dari pagi sampai ke petang, kadang tu bawak jugak ke malam. Huhu. Sampai Nad sendiri tak boleh nak pegang phone sangat. Tapi alhamdulillah rezeki order daripada customer still masuk bertubi-tubi. Thank you very much semuaa sudi berurusan jual beli dengan Nad.

Okay tanak update panjang-panjang sangat harini, kita make it simple for today.
And basically, customer yang order dengan @nadiahahmad__ ialah,

🌼 Customer yang mencari supplement untuk kulit cantik, cerah dan flawless
🌼 Customer yang mencari supplement untuk turunkan berat badan
🌼 Customer yang mencari supplement untuk improve kesihatan ke tahap lebih baik
🌼 Customer yang mencari supplement untuk tingkatkan kesuburan dan ikhtiar hamil
🌼 Customer yang mencari corset untuk merawat masalah dalaman wanita selepas berkahwin dan melahirkan anak
🌼 Juga yang mencari untuk atasi kesihatan tulang dan sendi
🌼 Ada yang cari untuk atasi masalah keputihan

Kalau awak confuse, boleh terus whatsapp Nad okay.

Anyway satu je nak cakap, INGAT SHOM, INGATLAH NADIAH AHMAD 😉

POSTAGE EVERYDAY,
COD AVAILABLE @ KULIM & BUKIT MERTAJAM

NADIAH AHMAD | 019.523.5550



Bukan berangan muda. Nad cakap Nad buktikan 💪🏻

Tata ! 

Sunday, August 26, 2018

Positive mind | Positive Vibes | Positive Life


Hai guys ! 



Jenis Nad, kalau Nad rasa nak marah, mood kelaut, mesti Nad akan tengok keadaan sekeliling Nad. Biasanya, Nad akan menjadi bertambah tak ada mood kalau tengok rumah macam tongkang pecah. Rumah yang berselerak akan membawa aura negatif.

So Nad pun akan tarik nafas dalam-dalam, lepas tu hembuss, tarikkk dan hembus. Okay kutip mainan anak, ambil penyapu, lepas tu ambil mop dan ajax fabulaso dan mop lantai.

Lepas dah siap semua, tup tup Nad rasa lega. Walaupun penat, tapi Nad akan rasa macam sesuatu yang " Ahhh .. lari dah aura negatif dalam diri aku. Tapi bila tengok rumah bersih dan kemas buat kita rasa lega dan aura positif tu mai masuk dalam badan kita.

Tak kiralah marah pasal apa pun. Merajuk dengan suami ke, marah dengan dengan diri sendiri ke atau pasal kerja. Tapi bila Nad selesai kemas rumah, Nad akan rasa cool tiba-tiba. Yes, tenang dengan tengok suasana yang kemas tersusun, kalau tidak lagi bertambah serabut and kusut.

Dan lagi satu, yang ni pun selalu Nad buat kalau Nad bad mood, rasa serabut atau sedih. Nad akan pi toilet, Nad akan mandi ! Sejuk kan badan dan harap hati pun akan sejuk sekali.



 Nad ambil scrub Marine Essence. Nad pakai satu badan, then scrub slow-slow. Bau scrub yang wangi dan lembut buat Nad rasa nyaman. Sental celah-celah bedah tu lama-lama sikit. Biar hilang semua daki-daki. Time macam ni la nak manjakan diri pun. Hilang sekejap masalah dekat kepala. Macam therapy. 



Sambil-sambil tu berus gigi dengan ubat gigi Marine Essence. Segarkan sikit nafas dan tak  nak ada bau yang tak menyenangkan. Nak bercakap nak senyum pun lebih confident sebab nafas dah rasa lebih segar. Orang pun tak adalah nak lari bila nak bercakap dengan kita kalau tak selesa dengan bau mulut kita kan. Lagi malu kalau dia cakap dengan kita sambil tutup hidung kan. Aduduu.



Rasa yang sangat relax bila pakai pulak pakai body shower Marine Essence. Sabun macam biasa satu badan. Lembut and licin je rasa kulit dengan sabun ni. Tak kasar pun. Tengok buih-buih sabun pun tiba-tiba hati jadi tenang and boleh senyum sensorang. Lupa dah apa yang serabut sangat tadi tu. Tepuk dahi sat haha 🤦🏻‍♀️ 




Lepas tu Nad akan pakai syampu serta conditioner Marine Essence atas kepala. Oh la la segar tak terkata, 1 toilet bau wangi, ya wangi yang buat kita rasa beraura nyaman dan calm down. Rambut pun dah tak gugur macam dulu. Kelumumur pun takut nak hinggap. Kulit kepala pun rasa segar.  Lepas tu ambil wuduk pula.


Siap mandi cepat-cepat  Nad pakaikan muka pula dengan set skincare infinence. Sapu sikit toner, calit sikit serum then krim siang. Nipis-nipis je pakai pun untuk nampak beraura positif dan rasa segar. Nad tak suka kalau dikelilingi dengan aura negatif, sangat tak bagus untuk persekitaran. Haa naik berseri la sikit daripada awan berarak mendung kelabu tadi tu. 



Last sekali ini adalah part paling best, Nad rasa nak berehat santai dengan secawan Min Kaffe dan cookies chocolate chips. Bau aroma dia pun dah boleh buat Nad senyum tenang. Lapang terus rasa dada, kepala pun rasa ringan, tak ada dah serabut-serabut. Secawan Min Kaffe jugak buat Nad bertenaga segar berganda dan charge tenaga untuk aktiviti seharian.

Ya itulah cara Nad nak positifkan diri jika serabut, kalut. Lain orang lain cara. Kemas, bersih, harum, akan buat Nad rasa lega.

Hidup ini perlu lebih positif. Elakkan dari sifat syak wasangka. Kenapa orang itu begitu, kenapa orang ini begini. 

Contoh,

Kita hantar msg kepada sesorang. Orang tu lambat reply atau tak reply, tak perlulah kita nak sakit hati sangat, nak sentap bagai. Kita mungkin tak tahu yang orang tu ada masalah lain, lupa ? Sibuk ? Tak sempat balas even dah seen msg anda, itu benda biasa yang tak perlu nak diheboh atau dicanangkan.

 Bawak bersabar, jangan terlalu memikirkan benda-benda yang negatif. Pi buat benda lain dulu, kemas rumah ke, makan ke, sementara tunggu orang tu reply msg kita. Relax, lain orang lain masalahnya. Benda-benda simple tak perlu kita nak ambil port sangat sampai nak menyumpah seranah.

Elakkan jugak dari terlalu mendengar cerita-cerita negatif seperti cerita-cerita yang boleh menjerumuskan kita dari 'membawang' secara sengaja atau tak. Tak puas hati dengan orang tu, hang canang kat orang ni, tak puas hati dengan orang ni hang pi canang kat orang tu. 

Tak dapat apa pun membawang berjemaah ni, tak ada faedah melainkan ia membawa aura negatif masuk ke dalam tubuh anda dan ianya terang-terang salah di sisi agama.

Cuba lah coolkan hati. Belajar menerima tanpa asyik nak cari salah. Adatlah manusia ni ada pelbagai jenis, ada pelbagai cara yang kadang-kadang tak sama jenis atau feel dengan cara kita. Nak sama ? Tak mungkin sama, dalam adik beradik pun ada perangai yang berlainan, inikan pula dalam kelompok kumpulan sekawan.



Elakkan dengar cerita dari seorang saja jika ada kawan tak puas hati dengan kawan lain. Kalau kawan tu sekadar nak luahkan rasa tak puas hati, kau dengarlah dengan hati terbuka tanpa menangkan mana-mana pihak dengan membabi buta. Tak semesti namanya dia itu kawan kita, kita harus percaya dan menangkan dia 100%. Jadilah pendengar yang setia sahaja dan bukan juri acara yang berat sebelah umpama diberi rasuah.

Cara kita selesaikan sesuatu masalah boleh membawa impak dalam kehidupan kita, samada positif atau negatif. Untuk bahagia, carilah cara yang lebih positif. Bayangkan jika asyik nak berbalah, nak ada yang menang dan kalah, rasanya masalah itu tetap menjadi satu masalah yang tak sudah.

Bayangkan kalau kita beralah ? Positif dan insyaAllah ianya pasti barakah. Hidup ini sangat-sangat simple, tetapi terpulang pada kita sendiri untuk hadap semua masalah. Kadang benda kecil pun boleh buat hidup kita 1 hari jadi tak tentu arah hingga naik darah.

Nak ceria, jadilah positif
Nak bahagia, selesaikan masalah dengan mudah tanpa berbalah.
Hidup terlalu simple, tak perlulah cari siapa menang atau kalah.
Jalani semua ini dengan niat mendapat berkat dari Allah.

InsyaAllah



Btw guys, Kedai online Nad sentiasa OPEN 😉

Healthy & Beauty inside out with Me ❤️

Untuk pertanyaan dan pembelian, boleh whatsapp Nad👇

Dan hangpa boleh check out banyak info-info menarik dekat Instagram Nad @nadiahahmad__

Okay, jumpa lagi ! Tata 😘



Love,
Nadiah Ahmad

Beauty and Health Consultant

Saturday, August 4, 2018

Apa itu set kombo kurus ?


Assalamualaikum semua 😊


Sepanjang bulan lepas alhamdulillah banyak sangat permintaan and order untuk set kombo kurus.
Sampaikan sampai 3 kali seminggu kena ulang alik HQ untuk restock product yang customer order. Nasib baik datang awal dekat HQ, sebab nak borong banyak. Kalau lambat sikit mesti habis. Terbukti produk SHOM banyak permintaan and makin dipercayai sejak daripada dulu lagi. 





Okay harini nak cerita and explain details lagi tentang set kombo kurus yang sentiasa ON DEMAND dan BEST SELLER 😊

Sat sat, sebelum tu Nad nak cakap siap siap ye yang set kurus ni BUKAN UNTUK YANG NAK KURUS SAHAJA ! 

Jangan salah faham.
Set ni sesuai untuk semuaaa. Yang belum kahwin, dah kahwin, orang-orang tua, even lelaki ke perempuan pun boleh minum. So kalau isteri beli, boleh laa kongsi dengan anak and suami. Complete 😉




Set kombo kurus ni gabungan product SHAKE ME, N'LICIOUS dan KAFFE.
Tapi hangpa jangan lah set dalam kepala ubat kurus semata-mata tapi set ni sebenarnya set yang sesuai untuk keperluan diet yang seimbang untuk keperluan harian. Tapi tambahan kepada yang nak turunkan berat badan.

Kenapa ramai yang sukakan set Kombo kurus dan menjadi hot produk ? 

1) Ia menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri
2) Is menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikan payudara anda
3) Ia memberikan tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
4) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, is sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milk booster yang hebat
5) Ia membantu menghasikan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesan nya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
6) Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan
7) Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein untuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati

So ramai je yang nak kurus secara sihat kan tapi asyik gagal nak dapatkan hasil yang memuaskan hati sebab belum jumpa cara yang sesuai. Nak kurus secara sihat pulak kena amalkan diet yang seimbang dan sihat secara semula jadi. Tapi yang penting tanpa makan pil kurus yang bersepah dekat pasaran luar tu, in fact membahayakan kesihatan diri pulak tu.

Jadi hangpa tak payah penting-pening tak payah risau sebab set kombo kurus ni memang produk semulajadi tanpa bahan kimia dan selamat 100% untuk dimakan. Boleh bantu hangpa lagi untuk turunkan berat badan and mengurangkan inci pada badan secara semulajadi dan selamat. Impian hangpa untuk memiliki badan idaman pun dapat direalisasikan dengan set kombo kurus ni. 

Apa itu SHAKE ME ?

🌼 Ianya minuman kesihatan campuran soya dan garam buluh yang membekalkan proteian serta mengandungi kalori yang rendah ( 90 Kcal). Shake Me membekalkan sumner kalsium, magnesium dari garam buluh serta diperkaya dengan L-Carnitine, vitamin dan mineral. Shake Me membantu pembakaran lemak, meningkatkan metabolism badan, membekalkan amoni asid untuk pembentukan otot badan yang lebih sempurna.

Selain tu, shake me ni banyak khasiat dan kebaikan tau. Antara nya rendah kalori, tiada gula tambahan, tiada bahan pengawet and banyak lagi. Best bila jadi kan shake me ni rutin harian. Badan rasa lebih ringan and bertenaga.

Ada jugak yang tanya Nad, shake me ni rasa susu ke ?
Tak, tak rasa macam susu. Jangan risau, shake ni dia rasa lain dari yang lain. Rasa lain yang macam mana tu ? Haa, tu hangpa kena try. Di jamin sedap and tak rasa pun macam susu biasa tu. Tapi kalau nak lagi sedap, boleh campur dengan buah ke, haa buat macam smoothie tu. Nad pulak peminat tegar Minn Kaffe so Nad campurkan shake me ni dengan Min Kaffe. Rasa apa ? Of course la rasa sedap, muehehe.





Apa itu N'LICIOUS ?

🌼 Sejenis minuman yang enzyme di rumus khas daripada 118 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran terpilih. Ianya dapat membantu proses pencernaan dan penghadaman makanan dalam perut. Serta membantu menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan oleh badan. N'licious turut membantu membekalkan tenaga tenaga, bertindak sebagai anti-obsidian, meningkatkan imuniti badan, mengurangkan risiko kanser, mengelakan obesiti serta menggalakan penuaan secara sihat.

Kalau hangpa nak tau, semakin umur kita meningkat semakin berkurang enzim dalam badan kita. Bila badan kurang enzyme sebab tu kita kadang-kadang rasa kembung perut, sembelit, muntah, pedih ulu hati, senak perut, said badan meningkat dan lemak badan pun makin banyak terkumpul.

So hangpa yang tak suka makan sayur or makan buah tu elok sangat laa minum 1 sachet N'licious sehari untuk enzim dalam tubuh. Simple je sehari just 1 sachet kan. Plus dapat consume 118 buah dan sayuran sehari.  Rasa dia macam mana pulak ? N'licious ni sangat sedap, rasa masam-madam manis, sekali hirup nak lagi dan lagi. Haa gituu. Tapi yang best nya lepas minum je terus nak ke tandas membuang segala lelemak jahat dekat perut, dekat peha, dekat lengan hangpa tu tauu.




Apa itu MIN KAFFE ? 

 🌼 Satu-satu nya kopi campuran dari biji kopi "robusta" dan "garam buluh". Garam buluh di dalam Min Kaffe bertindak membekalkan lebih 70 mineral dalam badan kita. Ia juga sumber magnesium yang tinggi dan dapat membantu membekalkan nya kepada badan. Lebih menarik, Min Kaffe tidak mengandungi gula di dalam nya dan selamat di jadi kan minuman pembekal tenaga harian kita.

Selain tu, Min Kaffe ni bagus untuk kesihatan yang mana dapat membantu masalah seperti migrain, sengugut, haemoglobin rendah, stress, kencing manis, tekanan darah tinggi, gout, insomnia, sembelit, milk booster dan bannyakk lagi tau. Ni bukan rasa macam kopi biasa-biasa tu tapi rasa sedap sampai bila dah minum mesti teringat-ingat.




Ramai yang tanya Nad, cara penyediaan macam mana pulak. Soalan paling famous.

Breakfast minum secawan Min Kaffe. Tengahari telan N'licious lepas lunch. Malam pulak lepas dinner yang tak berat sangat minum shake me. Serious kenyang sampai pagi esok tau. Lepas 10 hari confirm badan rasa ringan. 

Okay yang hangpa perlu tau, set kurus ni semua dalam bentuk serbuk ye. So boleh bancuh dengan air suam or air sejuk. Ikut citarasa masing-masing.

Walau apa pun juga supplements yang hangpa ambil, hangpa jugak kena jaga pemakanan seharian. Jangan main hentam je makan sesuka hati kan, hehe. Jangan mengharapkan keputusan dan perubahan bulat-bulat pada supplements, tapi kena seiring dengan cara harian kita, rajin bersenam dan yang penting minum air masak banyak-banyak okay ? 

Hangpa yang nak turun berkilo-kilo dengan sihat, selamat, berkesan dan tanpa risau tu boleh dah nak cuba minuman kesihatan yang sedap dan beri anda rasa kenyang ni. Nak tunggu bila lagi untuk alami perubahan diri dan tampil berkeyakinan ?
Bila badan dah kurus 
, secara automatic badan akan terasa lebih ringan. Nak buat kerja apa pun mudah. Tapi kalau badan berat pergerakan pun jadi terhad and cepat letih, betul tak ?

Apa ? Tak percaya ? 
Okay lah, Nad share sikit testimoni yang dah berjaya ye tapi hangpa jangan terkejut pulak. Wiwiwii 




Teruja tak tengok ? Ehehe. Ke hangpa nak tengok je tanpa mula kan langkah pertama ? 😏



 Ni bukan cubaan, ni betul-betul yaa 😍






 Suka makan nasi pun tadak hal la, hi hi. Makan la banyak mana pun hangpa nak makan, dah tak payah risau sebab set kurus ni dapat membantu mengawal portion makan and takde lagi dah masalah perut buncit. Suka ke idokk ? 😬


Hangpa yang nak kurus nak sihat tu boleh dapat kan semua product ni dengan HARGA PROMOSI ! 
Yes ! Grab cepat okay. Sebab memang dapat sambutan hangat promo ni. Untuk kurus sebelum raya haji still sempat ni. Bukan sedap je, magic lagi tu boleh slim and cun melecun😁


Boleh dapatkan produk ni dengan Nad and follow official instagram Nad untuk info lebih lanjut

@nadiahahmad__

Ataupun kalau nak direct order, boleh je terus whatsapp Nad




Wednesday, August 1, 2018

Skin care yang sesuai untuk semua jenis kulit

Assalamualaikum.

Okay entry kalini nak share serba sikit skin care yang best bagi Nad.
Terus terang cakap, kulit Nad dulu jenis teruk and sensitive sangat. Sejarah silam punya cerita, memang ada masalah kulit. Kulit yang jenis tumbuh jerawat yang berketul-ketul bersepah-sepah dekat dahi. Sebab tu dulu bila ada adik beradik yang nampak Nad lalu depan depa, terus panggil "meh sini sat, nak picit kan jerawat yang tu, geram aku tengok". 😑

Haaa sampai macam tu sekali. Bukan takat tu je, bila dah picit tu baru ha is satu kisah. Kisah seterusnya pulak nak memghadap kesan daripada picit tinggal perut hitam dekat muka. Ya ampuun, rasa stress sampai tak ada mood nak jumpa orang, malu punya pasal. 
Kalau ada parut pun jenis yang akan tinggal kan kesan bekas hitam dan akan hilang sebulan, bukan sehari dan bukan seminggu ye adik-adik.

Tapi tu waktu saman sekolah dan zaman belajar dulu. Lama jugak lah. 
Start dari nak kahwin, tak silap la, skin dah start kurang dan jarang tumbuh jerawat. Yang Nad perasan, masa pregnant Hannan tu yang jerawat malu-malu nak hinggap.
Dia macam takut-takut je nak singgah. Hahah. Ada orang cakap sebab hormon dan ada orang cakap siapa yang masa zaman nak membesar which is zaman sekolah rendah ke menengah ke or awal-awal dah ada sejarah jerawat teruk, nanti in future tak ada masalah skin lagi dah. Kalau kecik-kecik kulit licin je macam telur, masa zaman yang sekarang ni kulit dia ada masalah. Haha. Macam kejam je pulak bunyinya. Wallahuallam.
Siapa yang tak ada jerawat tu sila bersyukur cepat ! 😬
Jadi untung lah kot siapa yang dah mengalami hormon teruk-teruk masa zaman-zaman sekolah. Lullzz.

Jadi masa pregnant Hannan dulu, selain daripada amalkan minum bb plus cologen, Nad pakai skin care infinence ni. Nad jenis kalau nak pakai skin care, suka jenis produk yang ada day cream and night cream sekali selain daripada sabun and serum tu kira bonus la. 
Selepas Nad cuba skin care ni memang best dan kalau sesuatu product tu sesuai dengan Nad, 2-3 hari lepas tu tak ada jerawat-jerawat kecik timbul maksudnya sesuai. Kalau tak ada tu, maksudnya kulit Nad approve lah produk tu. Haha.


Ni haaa product infinence skin care. Satu set ada lima items.

Which is :

1. Hydrating Duo Cleansing Mousse




2. 24H Hydrating Toning Essence








3. Intensive Triple Reviving Serum









4. Essential Illuminating Day Cream









5. Advanced Overnight Regeneration Cream









For me, sabun dia memang best ! Bila pakai tu nikmat je banyak buihh and tak cepat habis.  Full set infinence ni boleh tahan 4-5 bulan, bergantung jugak ke pada cara penggunaan.  So dah boleh jimat sangat kan. Tambah pulak dah tak payah nak beli make up remover bagai dah sebab cleanser dapat tanggalkan makeup and kotoran muka. Lembut pulak tu muka lepas cuci muka. 

Macam biasa lah, pagi-pagi pakai day cream. Day cream ni kalau rajin and displin mesti kena pakai tiap hari. Day cream ni dia akan protect skin and elak kan sunburn. Malam pulak memang paling suka sebelum tido tu, Nad akan cuci muka dengan cleansing dia siap-siap kasih muka sejuk sikit, lepas tu sapu toner. 

Macam Nad, Nad suka letak serum tu lebih sikit sebab dia ala-ala moisturizer gitu, lembap dan sejuk je muka. Untuk serum dia ni Nad ada cerita dekat entry yang lepas. Hangpa bole tekan link dekat bawah ni if nak checkout apa yang best.
   

 Agak-agak dah rata serum dekat muka tu and dah kering tak melekit, last sekali sapu night cream. Itu sajee, lepastu pegi tido lahh. Haha. 

Nad dapat compare kan, kalau malam tak pakai cream ni dengan pakai memang rasa berbeza jugak lah. First rasa macam sebelum tidur tu kulit kering lepas tu bangun esok macam kulit tak best. Kalau pakai pulak rasa sebaliknya lah ! Hehe.

Kalau hangpa tak faham boleh refer gambar dekat bawah ni cara untuk pakai macam mana 




Setakat ni, dua product yang Nad pakai untuk kecantikan and kesihatan. Satu, minuman Bb plus Cologen dan untuk skin care pakai Infinence ni. Tu je lah yang rajin takat ni, hehe.
Infinence skin care ni TANPA MERCURY ye, so selamat dipakai. Formulation untuk semua jenis kulit, sesuai untuk wanita, nak bagi lelaki pakai pun boleh, ibu tengah pregnant selamat di pakai and remaja pun sesuai pakai.

Okay ni details yang lain boleh uolls refer dan baca-baca kalau was-was.

✅ Selamat, lembut dan TANPA BAHAN KIMIA BERBAHAYA 
✅ Tanpa alkohol
✅ Tanpa minyak mineral/minyak silicon 
✅ Tanpa Petrolatum
✅ Tanpa surfactant surfact ( SLS/ALS/SLES/ALES)
✅ Tanpa DEA/MEA ( diethanomine/monoethan, olamine )
✅ Tanpa Parabens
✅ Tanpa bahan pengawet MIT / MICT
✅ Tanpa pewarna tiruan


Kalau nak beli, boleh order dengan Nad sebab Nad pun ada jual product ni.

Follow instagram Nad @nadiahahmad__

Atau WhatsApp Nad terus



Selamat menjadi cantik ! Ehekhek.
Nad share je apa yang Nad rasa sesuai dan berkesan. Hehe. 
Ramai dah customer yang bagi feedback yang bagus-bagus. So why not you try kan ? 😉



Tuesday, July 31, 2018

Betul ke lelaki tak suka perempuan pakai make up ?






Ada lah tengok video lelaki-lelaki yang cakap tak suka perempuan pakai make up. Suka yang natural tak pakai make up katanya. Bila tunjuk gambar perempuan naked face tak ada make up langsung, dan dann lah suruh tepek bedak sikit lah, pakai lipstick sikit lah. Pooodaah. Tang tu lah nak betul kan statement cakap perempuan pakai make up. Insan keliru betul lah depa ni. Tak payah cover-cover. Cakap je  lah kau nak perempuan cantik sebenarnya kan ? Ehehe.

Natural beauty konon. Dah kalau perempuan tu "natural" je, bukan "natural beauty" di mata hang macam mana ? Lelaki ni cakap je tak suka perempuan make up. Tapi bila keluar, perempuan cun yang pakai make up tu lah yang ditolehnya. Cakap je lah nak yang putih glowing mulus gebu gebas tanpa make up. Tak payah cakap nak natural beauty sangat lah. Cakap je lah nak yang BEAUTY. 😏

Kalau lelaki cakap, "tak suka perempuan make up." Macam tipu je. Ehehe. Tapi kalau lelaki cakap "tak suka perempuan mekap tebal." Itu boleh lah jugak nak percaya. Maksud depa ni sebenarnya nak yang natural tu yang make up tak heavy. Tak ada lah make up tebal gila sampai tampar muka tu jerebu satu kampung. Haha.

Ada jugak suami yang tak bagi isteri make up. Maybe sebab wife dia kalau make up lagi nampak huduh dari muka natural sebab wife tak pandai make up. Atau pun maybe dia malas nak habiskan duit beli kan isteri dia barang make up. Atau pun malas nak tunggu wife bersiap mekap lama sangat. Atau pun dia memang jenis tak suka langsung tengok perempuan pakai make up, memang jenis suka naked face. Tapi kalau suami macam ni bagus ah, Tak payah membazir nak beli mekap. Cuma jangan bila keluar, si suami ni kepala berpusing toleh perempuan yang make up fun sampai mata tak berkelip sudah. Cakap biar serupa bikin lah kan. Hehe. Atau pun yang tak suka perempuan pakai make up  tu mungkin jenis lelaki yang dari kategori sedar diri tak berapa handsome. Daripada tak ada terus, kang membujang pulak sampai ke tua. So dia pun suka perempuan sejenis macam dia. Yang simple. Tak melawa.


Yang lelaki tak tahu, it takes MAKEUP to look NATURAL.

Perempuan ni naluri dia memang suka kan kecantikan dan sentiasa nak nampak cantik. Terserlah pada tuan badan dan make up tebal ke nipis ke atau naked face. Bukan semua perempuan dilahirkan dengan kecantikan yang semulajadi jadi. Kalau dah memang jenis natural beauty tu memang untungg lahh. Tak calit apa apa pun lawa. Nad kalau keluar pun calit-calit jugak lah muka ni. Paling basic pun pakai bedak dengan lipstick. Kalau ada event, baru makeup lebih sikit. Pada pendapat Nad, elok lah biar nampak kemas sikit muka tu. Tak lah berubah sangat pun dari muka asal cuma nak nampak fresh dan tak sememeh je muka tu. Cukup lah sekadar menaikkan seri wajah dan nampak lebih menarik.

Bagi Nad, penting sebenarnya pandai jaga penampilan diri ni. Pandai make up Kira bagus jugak. Kena pandai serasikan dengan keadaan jugak lah. Kalau setakat pergi pasar kenal je pun Tak payah make up pun tak apa. Kalau ada event or job interview ke apa, calit lah sikit muka tu. Tapi Tak payah over. Jangan makeup macam opera cinta pulak. Tampar pipi berdebu kata kau. Hahaha. Simple dah la. Yang penting sedap mata memandang. Tebal sangat pun tak lawa.

Tapi reality nya ada jugak perempuan yang iput condemn orang pakai make up ni. Bagi aku, kalau nak makeup, makeup je lah. Kalau tak nak makeup sudah. Semua tu terpulang. Janji happy tak kacau hidup orang sudah.

Kebanyakan perempuan makeup ni depa buat bukan untuk lelaki pun. Sebab depa nak rasa yakin dan ad self-confidence je. So tak ada masalah pun nak grooming diri tapi make sure kita happy dengan diri kita. Yang penting, jaga solat, jaga diri, jaga kebersihan, jaga pemakanan, dan kemas. Cantik itu akan datang sendiri nya bila kita jaga benda-benda ni. Be yourself ! Setiap orang ada kecantikan yang tersendiri. 😘

Pendapat hangpa macam mana ? Hangpa rasa betul ke lelaki tak suka perempuan pakai makeup ? 🤔








Cakk ! Hehe. Selain makeup hangpa jugak kena jaga kulit untuk kulit sentiasa nampak sihat. Product infinence ni antara product penjagaan kulit and rahsia kejelitaan wajah sentiasa cantik. So boleh cepat-cepat dapat kan produk terbaik ni dengan Nad tau 😉



Boleh hubungi Nad untuk lebih lanjut,

Nadiah Ahmad
Whatsapp : 019.523.5560
Instagram : @nadiahahmad__



Thank you for reading guys ! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...