Showing posts with label Inspirasi Nad. Show all posts
Showing posts with label Inspirasi Nad. Show all posts

Sunday, May 17, 2020

KEBERKATAN


Morning Assalamualaikum & happy weekend❤️

Terkadang kita rasa tertekan sangat.
Allah beri hambaNya rasa tertekan dengan ujian supaya hambaNya kembali merintih dan merayu padaNya.

Kita terasa hati kita kosong. Tapi adakah kita berusaha untuk hati kita agar tidak kosong? Kita sahaja yang sombong, yang angkuh, yang tidak peduli akan hal itu. Terlalu biarkan perkara itu sehingga menjadi duri dalam hati. Terlalu lupakan Allah. Terlalu asyik dengan dunia. 

Muhasabah diri kita ini balik. Sejauh mana kita letak Allah dalam hati kita berbanding hal keduniaan ini.

‎لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang yang zalim.

❤️❤️


Sejak 8 tahun Nad bersama dengan bisnes SHOM, ada satu hikmah terbesar yang paling terkesan di jiwa Nad selain of course peningkatan hidup dari segi kewangan.. 

Hikmah terbesar buat diri Nad personally ialah dari segi sikap dan attitude Nad sendiri.. 

Kalau nak tahu, Nad ni sejenis berdarah panas.. Al maklum lah, darah pahlawan kan 😜 Memang panas baran, memang garang sejak kecik..

Family Nad pun tahu, Nad memang jenis garang gila sejak kecik.. Bab-bab bergaduh tu memang serah padaku lah kiranya hahaha

Cukup lah segala rasa pedas pedih semua.. Memang pendek kata, sekali kau pasal dengan aku, aku akan balas seribu kali ganda sampai kau kenal apa itu erti penyesalan 😏😏

Tapi keadaan berubah sejak lapan tahun yang lalu.. Sejak Nad mula terjebak dalam satu bisnes ni. Entah apa lah bisnes ni buat pada Nad, satu persatu kehidupan Nad berubah. Selain daripada hijrah dari segi pemakaian, Nad turut usahakan untuk hijrah dari segi mendidik hati.

Semuanya sebab nakkan BERKAT.. Sebab nakkkkk sangat berjaya dalam bisnes nih.. Maka takutt sangat kalau tak berkat, nanti Allah marah, Allah tak sayang dan Allah sekat rezeki 😢😢😢

Dari situ Nad mula menjaga hati.. Menjaga pertuturan.. Menjaga adab..

Nad didik diri untuk selalu bersabar.. Even dikutuk, dihina, dianiaya, diperli, Nad tahan diri untuk tidak akan sesekali balas. Dan yang paling penting sekali, struggle yang paling payah Nad kira ialah menjaga hati untuk selalu baik sangka pada orang.

Nad cuba jaga semuanya.

Taknak buruk sangka pada orang.
Taknak mengata orang.
Taknak balas kalau orang kutuk atau hina atau perli Nad.

Pendek kata, Nad sangat takut nak buat something yang boleh efek kepada keberkatan hidup Nad. Takut sangat kalau Allah marah, nanti Allah tarik balik keberkatan dalam rezeki 😭

Dan walaupun mula-mula Nad hanya buat kerana nak berjaya, tapi lama-lama sifat tu jadi sebati dalam diri..

Hikmahnya, Nad rasa hidup nana lebih tenang dan bahagia 😊

Nad tak pernah respon any provocation dekat social media, tak kira lah pasal isu apa sekalipun.. Kutuk pi lah, hina pi lah, perli pi lah.. Tak akan pernah ku balas.. 

Bukan apa, takut tersilap menghukum.. 

Dosa kita dengan Allah kita boleh mintak ampun dengan Allah.. Tapi dosa kita dengan manusia, kita hanya boleh minta maaf dengan manusia. Unless perkara itu diselesaikan one to one, tanpa buat di public yang tidak terlepas dari judgement orang lain.. 

Takut sangat sebenarnya, sebab umur kita ni tak panjang mana pun 😢

Setiap hari ada je berita kematian.. 

Takut sangat andai saat Allah cabut nyawa kita, waktu tu kita tak sempat nak minta ampun dengan setiap manusia yang terluka dengan perbuatan kita.. 

Alhamdulillah syukur pada Allah..

Sebab salah satu hikmah terbesar dalam hidup nana ialah bila dijumpakan dengan bisnes sehebat ini..

Nad jadi lebih positif..
Nad jadi lebih tenang..
Nad jadi lebih bahagia..
Nad lebih mudah memaafkan..
Nad ajar diri tak simpan dendam..
Nad paksa diri berbaik sangka sentiasa dengan Allah dan manusia..


Walaupun hanya bermula kerana NAKKAN KEBERKATAN SEBAB NAK BERJAYA.. Tapi bila satu-satu benda itu kita jadikan amalan dan habit, lama-lama ia akan tertanam dalam minda separa sedar dan membentuk siapa diri kita..

Dan Nad percaya, bila mana satu-satu bisnes atau pekerjaan itu mendekatkan lagi kita dengan Allah, maka itu mungkin bisnes atau pekerjaan yang terbaik yang Allah dah takdirkan untuk kita..

For that, InshaAllah selagi mana direzekikan.. Selagi mana masih diizinkan.. Nad akan selalu berjuang yang terbaik dalam bisnes ini. Pada Nad, bisnes ini bukan sekadar mencari duit sahaja.. Hikmahnya lebih besar dari itu..

Ianya ibarat LADANG PAHALA untuk kita..

Melalui bisnes ini, kita dapat sebarkan dakwah dan kebaikan.. Mengajak manusia berhijrah ke arah yang lebih baik lagi..

Hijrah dari segi kewangan..
Hijrah dari segi menutup aurat.
Hijrah dari segi sifat..
Hijrah dari segi kehidupan yang lebih baik..

Alhamdulillah Ya Allah..

Sesungguhnya segala nikmatMu kusyukuri :’)

Besar sangat hikmah, rahmat dan kasih sayang Allah pada nana melalui bisnes ini..

Diberikan kehidupan yang baik dari segi kewangan..
Diberikan kebebasan masa untuk atur jadual kerja..
Diberi kebebasan untuk sentiasa bersama dengan keluarga tersayang..
Dijumpakan dengan insan-insan hebat..

MashaAllah tabarakallah.. 

Allah Maha Baik.. Allah Maha Besar..

Moga perkongsian nana harini memberi sendikit inspirasi kepada semua untuk cuba ubah diri ke arah yang lebih baik lagi..

Kalau Nad yang darah panasss, panas baran ni boleh cuba ubah diri demi keberkatan.. Yang dulu pantang dicuit pasti nak mengamuk.. Yang dulu boleh kata kategori makcik bawang, tak segan silu nak hentam orang..

Nad boleh ubah.. Sebab Nad paksa diri berubah kerana Allah..

Nescaya anda pun boleh jugak 😊

Hidup tak lama mana.. Satu masa nanti kita pasti kembali bertemu Dia. Wujudkan sifat HAMBA dalam diri.. Yang selalu rendah diri, yang selalu sedar kita ini bukan siapa-siapa pun.

Kalau kita rasa kita hebat, pasti ada orang yang lebih hebat dari kita..
Kalau kita rasa kita pandai, pasti ada orang yang lebih pandai daripada kita..

Elakkan sifat suka argue, suka berbalah, suka bergaduh atau mencetuskan pergaduhan.. Elakkan perasaan dengki dan iri hati sampai asyik rasa nak jatuhkan orang lain.. 

Pada zaman fitnah dajal ni, ujian terbesar bukan ujian dari luar.. Tapi ujian mendidik hati..

Ajar diri untuk selalu berbaik sangka kepada Allah dan manusia..
Elakkan menjadi orang yang mencetuskan perbalahan dengan berkata buruk mengenai orang lain.. 

InshaAllah kita mampu ubah, kerana Allah 😊

Salam 24 Ramadhan daripada Nad sekeluarga..

Moga ramadhan kali ini mengubah diri kita menjadi hamba Allah yang lebih baik lagi dari sebelumnya ❤️

Salam sayang,
Nadiah Ahmad

Thursday, April 9, 2020

TIPS KEKAL BERSEMANGAT DAN ENJOY BUAT KERJA/BUSINESS DARI RUMAH! 😊



Orang berniaga ni sangat perlukan energi yang besar. Fokus jeee pada apa yang kita nak capai biarpun orang lain sibuk ketawakan kita hehe.

InsyaAllah bila kita fokus, hasilnya pasti "wow!"

Salam Dhuha! Morning korang! 💕

So here Nad share kan beberapa tips untuk korang kekal bersemangat untuk buat kerja dari rumah 👇🏻

1. Bangun awal dan bersiap. Bersiap macam kita nak pergi kerja. Kalau dari pagi bawak ke petang berbaju kelawar memang kelautlah mood nak work/business from home. Dengan suami sekali berbaju kelawar, apa kes tu ? 😁

2. Yang perempuan bolehlah mekap sikit, yang mana kata tak sempat nak melawaaa untuk suami, inilah masanya!

3. Dah bersiap, dah berhias jangan pergi buat kerja atas katil pulak. Mentang-mentanglah work from home, semua nak buat atas katil. Makan atas katil, buat kerja ofis atas katil, kalau boleh mandi atas katil, pun nak mandi atas katil agaknya hehe. Please kunci bilik tidur, jangan masuk selagi belum nak tidur! 

4. Sediakan satu ruang khas untuk bekerja. Yang mana ada home office, inilah masanya nak fully utilize home office korang. Cuba rearrange sikit susunan home office tu untuk bagi "mood" & suasana kerja tu datang.

5. Since kita bekerja dari rumah, buat bisnes dari rumah memang tak boleh lari daripada urusan rumah. Mana nak fokus kerja, nak urus bisnes lagi, mana nak fokus anak-anak, urusan rumahtangga semua nak kena buat. 

So, buatlah jadual ikut kemampuan masing-masing. Tak perlu jadi hebat bagitahu satu dunia kita mampu buat semua sedangkan kita sebenarnya tak mampu nak urus semua tu. Plan your own schedule. Okay ?

6. Limitkan masa kerja korang. Tak bolehlah 24 hours fokus kerja and bisnes je. Katalah korang setkan enam jam sehari untuk fokus buat kerja dan selesaikan urusan bisnes.

Cukup enam jam, stop. Selebihnya mungkin boleh habiskan masa dengan anak-anak.

7. Kerja dari rumah ni jangan serius sangat. Still korang kena bekerja cumanya dalam suasana yang lebih santai tapi kerja jalan.

Korang tak boleh expect situasi tu sama macam dekat office. Nanti stress! Sebab dekat rumah akan ada anak-anak yang cuba attract perhatian ibu ayah dengan macam-macam cara. Menjerit, memanjat, buat bising? 😂

Pandai-pandailah korang laki bini take turn. Bawak berbincang jangan bawak bergaduh! 


Korang dah bersiap cantik-cantik pagi ni ? Kalau dah jom kita start buat kerjaaa 🔥

But before start kerja, jangan skip breakfast okay. Jom breakfast Shake Me buat alas perut.

Lets work work work ! Sekian, moga bermanfaat! 

❤️
 Nadiah Ahmad

Wednesday, April 8, 2020

APA NAK BUAT BILA BISNES KITA STUCK?



Korang tengah ada masalah bisnes korang stuck ? Sales satu apa tak masuk, stok bawah katil bertimbun tak gerak-gerak ? 

Semua orang tengah risau pasal haluan bisnes masing-masing sekarang ni kan wa? 

Don't worry guys! We can do this.

Cuba letak tepi sekejap korang punya risau tu and tengok situasi yang jadi sekarang ni daripada different perspective!

Jom tengok apa korang boleh buat dengan business korang tu. Inilah masanya untuk kita evaluate our business.

First, cuba list down atleast five benefits of your product. Musim-musim COVID19 ni agaknya apa produk korang boleh buat untuk change someone's life.

Contoh,

Katalah korang jual beauty product let say organic skincare ataupun body scrub ke. So, musim covid19 ni orang duduk rumah and start aware untuk jaga kecantikan kulit dari rumah. Produk korang boleh bagi solution dekat orang yang mana selama ni diorang tak sempat nak jaga kulit, takde masa nak sental hat daki-daki kat badan tu.

Ataupun, korang jual food or dessert. Macam mana korang boleh maintain meniaga makanan waktu-waktu covid19 ni? Orang duduk rumah, always lapar, tengok movie, rasa nak makan dan kudap-kudap. So, korang boleh ambil online order, payment via online sahaja, cod depan pagar, mintak customer prepare "S" hook/bakul dekat pagar rumah.

Second, list down lima sebab kenapa bisnes ataupun servis korang lagi bagus daripada competitor or seller yang lain ?

Kenapa seller lain jual benda sama tapi bisnes dia still berjalan, order still masuk tapi kita ni order tak masuk, sales sendu. Mesti ada sebab kan? So, ambil masa sekejap untuk list down apa sebab kita lagi bagus daripada pesaing kita?

Contoh mungkin kita offer free postage untuk order barang berjumlah sekian-sekian ataupun kita boleh cover cod sampai jarak 10KM dari tempat diorang tinggal/runner yang boleh hantar barang hari yg sama.

Bila dah ada semua list tu, next nak kena buat apa pulak ? 

Strategies your bisnes! Update social media, facebook, instagram, whatsapp. Buat poster, buat promo, start announce !

Buat satu-satu apa yang korang dah listkan.

Jangan duduk saje dan terus mengeluh berharap stok jalan sendiri.


Kena ada action ! Okay! 🔥

❤️
Nadiah Ahmad

Friday, January 31, 2020

GUNA JARI PUN MALAS LAGI?



Confirmed! January hanya ada 31 hari je.


Bila keluar pergi mana-mana nampak orang kurang upaya gigih kerja keras cari duit demi sesuap nasi, terfikirlah dekat diri sendiri yang serba serbi sempurna cukup sifat ni.

Dahlah sempurna, cukup sifat buat bisnes online je tak perlu redah hujan redah jam, guna tenaga jari je kalau ikutkan, tu pun malas jugak.

Tak tahulah nak cakap macam mana.

Bila fikir balik.

Ya Allah betul sangat!

Update post guna jari.
Update ig bisnes guna jari.
Update blog guna jari.

Online coaching guna jari.
Siapkan plan bisnes guna jari.

Jari cukup sifat pulak tu ada sepuluh.

Cuba tengok orang yang kudung, takde jari tapi masih gigih buat macam-macam nak cari rezeki. Melukis guna mulut, baiki kasut guna kaki, main muzik guna tangan kudung.

Masih tak kenal erti malas. Masih tak terlintas erti penat dan putus asa.

Kita yang sempurna ni?

Allah. Malunya rasa.

Kalau yang sempurna sifat ni masih cipta beribu-ribu alasan lagi memang susahlah nak berjaya.

Nikmat pinjaman Allah ni memang kena guna betul-betul untuk tujuan yang baik-baik.

Semoga kita yang cukup sifat ada SEMANGAT JUANG YANG TINGGI.

Bukan orang yang mudah putus asa.

Jadi orang yang lebih bersyukur.

Tunjukkan rasa syukur dengan USAHA!

USAHA SUNGGUH-SUNGGUH!

"Salam Closing January 2020. 💕"

#inspirasinad

Saturday, January 25, 2020

HOW TO BE SUCCESSFUL BUSINESSWOMAN WHILE TAKING CARE OF YOUR OWN CHILD?




Nad adalah seorang ibu.
Nad adalah ibu pada dua orang anak yang tengah membesar and SUPER-ACTIVE.

Bila jadi ibu ni, memang lumrah kita ni akan sangat-sangat sayangkan anaknya.
She would do anything, and be everything for her children, her child.
Semuanya, demi anak tersayang.

Memang tak mudah jadi ibu at the same time nak handle business. I admit it.
Apatah lagi anak anak pula adalah sejenis yang SUPER-CLINGY, semua benda kita kena ada and buatkan dia.
Biasalah tu, anak memang manja dengan ibu dia. Kalau boleh nak perhatian tu 24/7.
Lagi-lagi Ahmad ni BF baby, so memang super-clingy dia tu paham-paham jelah sampai tahap ummi mandi pun kena letak dia depan pintu tandas, dengan pintu terbukak, tu pun nangis sedih macam kena pukul dan ditinggalkan selamanya 😂

Hannan pula now dah pandai protes, pandai dia suruh kita letak phone tepi, sampai dia cakap,

“Ummi ni asyik handphone je” wow! Ummi terkedu ye time tu and terus campak phone jejauh 😅

And at that time Nad ingat balik.
Kenapa Nad buat business ni, adalah sebab Nad nak besarkan anak anak Nad sendiri. Sebab Nad nak anak anak Nad membesar in front of my eyes, my supervision.

And kenapa dan sebab apa Nad buat business ni, adalah untuk KESELESAAN dan MASA DEPAN Hannan and Ahmad juga.
Untuk pastikan masa depan dia terjamin.
Untuk pastikan dia selesa.
Untuk pastikan dia ada segala apa yang dia perlukan dan inginkan.
Nothing more than that.
They are my BIG WHY.

And sebabtu juga, i wont put them sebagai ALASAN untuk buat Nad rasa selesa di level yang tak seberapa ni.
Nad takkan jadikan dia ALASAN untuk Nad TAK BERJAYA.
Nad takkan jadikan dia ALASAN untuk Nad tak buat kerja, tak buat progress in Business.

Sebab, both of them adalah MY BIG WHY.
Mereka adalah my PUSH FACTOR.
I should do it, for them.
And I must be SUCCESSFUL because of them.

Memang tak mudah nak bahagikan masa antara business dan juga anak, tapi ianya tidak mustahil. Yang penting diri sendiri kena pandai manage time.

Diri sendiri kena BERKORBAN masa dan tenaga. Tanpa PENGORBANAN there wont be success. Believe me.

Nad berkorban banyak dah waktu tidur Nad since Nad buat business.
Kalau dulu boleh tidur 8 Jam, sekarang paling banyak pun 4 Jam. TV? Haha apa tu TV? 😂 

Penat, YES Memang penat.
Tapi apalah sangat penat ni dengan kejayaan yang Nad nak kecapi.
Iaitu next 5 Years, i wanted to see my life changes and successful in business and in life.

Waktu Hannan & Ahmad bangun, Nad manfaatkan and spent the time with them as much as i could.
Waktu Hannan and Ahmad tidur, adalah waktu dimana Nad buat Progress business dan segala kerja yang Nad boleh buat.

Yang penting kena pandai manfaatkan masa dengan sebaiknya.
Buat checklists and complete kan ianya dalam timeline yang ditetapkan.
Jangan relax, jangan have fun, and jangan buang masa selagi checklists and tasks belum
settle.

Cuba set masa untuk siapkan satu-satu kerja.
Nad bagi CONTOH SAHAJA YA.
1 Jam untuk balas whatsapp customers.
1-2 Jam untuk buat class business, coaching.
1 Jam untuk masak, basuh baju.
1 Jam untuk study products, siapkan bahan for marketing branding utk harini.
Set timing yang specific untuk certain-certain tasks yang ada and try to complete it by the time.

Contoh, 10am dah kena start balas ws customer sampai 11pm. 11pm-1pm Coaching. 1pm-2pm solat, lunch , playtime . 2pm keluar rumah, ambil Hannan Ahmad from nanny, then 3pm-6pm go Restock, Postage, orders. And it goes on.

You can do it, as long as you believe that you can. Jangan sesekali letak anak sebagai alasan untuk you selesa, thats definitely wrong. 

Kalau lepas apa yang Nad cakap ni, you still juga rasa selesa sangat dengan kehidupan you dan masih jadikan anak sebagai alasan, pergi tampar muka sendiri. Jangan kata Nad tak pesan  sebab pesanan Nad ni untuk diri Nad sendiri juga ☺️

Remember, nothing is impossible if you believe and put your effort on it.

#TipsBusinessNadiahAhmad

Nadiah Ahmad
019.523.5560 | @nadiahahmad__
Health and Beauty Consultant 

✨ Postage setiap hari
✨ COD seluruh Kulim & sekitar Bukit Mertajam

Monday, January 20, 2020

BRAND NEW DAY


Assalamualaikum & selamat pagi, permulaan hari pertama dalam setiap minggu, Isnin☺️


Alhamdulillah pagi ni celik-celik mata je tengok orang tersayang depan mata-suami hulurkan tangan ajak bangun. 

Pandang anak-anak sebelah tengah nyenyak tidur menunggu masa untuk dikejutkan. Mandi, solat jemaah Subuh sama-sama suami isteri dan anak. Nikmat bagi sebuah keluarga. 

Maka, selesailah urusan menghantar anak-anak mengasuh pagi ni. Ummi walid boleh focus business macam biasa💪🏻

Nad teringat ada kata-kata yang masih terngiang-ngiang dalam kepala Nad. Nak share juga pada semua. 

Tiga perkara ini dalam diri setiap manusia,

- Masalah
- Letih
- Khuatir

Pun begitu ada manusia yang langsung kita lihat dia ni macam tiada masalah, macam tak reti penat dan wajahnya sentiasa senyum dan tiada gundah gulana.

Sebenarnya mereka yang kita tengok begitu pun ada masalah juga, letih dan juga ada perasaan bimbang. 

Cuma mungkin mereka memilih,

🌿 Untuk memperbesarkan rasa syukur sehingga nampak kecil segala masalah hidupnya. Nikmat bersyukur tu lebih besar dari segala-galanya. 

🌿 Atau dia tidak mengizinkan dirinya mengeluh di depan orang lain hingga orang sehingga tiada orang yang tahu masalahnya. Lebih memilih jalan untuk kekal positive, jalan membahagiakan hati demi insan tersayang😍

Love,
Nadiah Ahmad

Wednesday, January 8, 2020

WORDLESS WEDNESDAY


Assalamualaikum wbt & selamat pagi 💕

Hari berganti hari, tahun berganti tahun.. Tanpa kita sedar, keluarga bertambah.. Bilangan anak semakin bertambah.. Perbelanjaan juga semakin bertambah..

Bayangkan, bill nak masukkan anak ke sekolah tadika sahaja pun almost RM3000.. Belum masuk lagi kelas tambahan lain.. Swimming class, taekwando class ke apa semua..

“Tak mampu tak payah la hantar anak belajar itu ini”

Kenapa tak diberi hak kepada anak kita?

Hak belajar itu hak anak kita.. Tambah-tambah usia 1-6 tahun tu adalah tempoh yang paling crucial dalam hidup setiap manusia sebab waktu tu lahhhh waktu otak kita menyerap semua yang kita belajar macam span..

Dan ilmu dan kelas-kelas yang kita nak hantar pun bukan kelas tak penting, semua tu penting bagi diri mereka.. Pada nana lah..

Contohnya, hantar playschool untuk build social skill .. Dia kena belajar untuk berkawan dan tolerate untuk build empathy dalam diri..

Hantar anak masuk kelas pertahankan diri, pun sangat penting tambah-tambah zaman sekarang ni yang mana dunia dah makin tak selamat..

Hantar anak masuk swimming class pun sangat lah penting untuk keselamatan diri mereka jugak in case of emergency..

Nak tak nak, MAK AYAH YANG KENA USAHA LEBIH UNTUK TAMBAH INCOME 😊

Sebab yang pasti, setiap tahun expenses takkan pernah berkurang.. Never!

Paling-paling even tak ada niat nak jadi kaya pun, tetap kena kerja keras demi beri yang terbaik untuk EDUCATION anak anak kita ❤️

Jangan risau ibu ibu ayah ayah, InshaAllah besar pahala ibu ayah yang berkorban kepentingan diri demi beri ilmu dan pelajaran untuk anak-anak..


Anak-anak amanah Allah terbesar untuk kita..

Mudah mudahan setiap daripada kita diberi peluang untuk buat yang terbaik untuk permata hati teristimewa dalam hidup kita ini 😊

Nadiah Ahmad,
Your Premium Beautiful Expert
Follow Instagram : @nadiahahmad__


Monday, January 6, 2020

Everything start with YOURSELF


Orang kata bila kerja makan gaji nih time habis waktu kerja kira terputus dah la diri kita dengan urusan kerja kan? Balik rumah boleh dah fokus dengan keluarga, suami dan anak anak.

Tapi setahu Nad kerja makan gaji ni kan, bukan setakat selalu balik lebih lambat daripada waktu kerja malahan bila dah balik pun still kena follow up lagi pasal kerja bila kat rumah. Kadang tengah malam pun kena on laptop sebab nak kena reply email, nak check status shipment and progress lagi.

So bila Nad jumpa bisnes SHOM, Nad rasa bersyukur sangat sangat sebab Allah makbulkan keinginan Nad selama ini untuk bekerja hanya dari rumah dan Nad boleh sentiasa pantau anak depan mata :’)

Siapa kata Work At Home Mom nih kerja dia mudah? 

Alangkan full time housewife pun dah kelam kabut ini kan sambil nak bisnes. Bila ada anak kecik lagi mencabar, awal awal tu mungkin akan ada masalah sikit dari segi nak bahagikan masa. 

But trust me, kalau you ada passion mesti you boleh jer bahagi masa sebaiknya. You bakal jadi ibu dan isteri yang baik, you bakal pergi lebih jauhhhh lagi dalam bisnes you. Cuma effort tu kena lebih, waktu rest and tidur pun of course akan jadi kurang sebabnya waktu anak dah tidur tu laa masa untuk you plan apa you nak buat hari esoknya.

Later on bisnes makin maju dan income makin besar, nak hire helper pun boleh untuk tolong tolong buat kerja rumah sambil sesekali tengokkan anak time kita fokus bisnes betul tak? Imagine la income you 10k, 20k atau lebih sebulan, mampu sangat dah kan nak ada helper? 😊

Macam Nad tak perlu lagi ada helper 24 hours kat rumah since husband pun sekarang nih full time bisnes jugak, but we together sesekali untuk kemas the whole house. So takde lah both of us too busy mana nak kejar bisnes mana nak settle hal rumah, kerja kerja rumah biasa jer kami buat sendiri.

Nak bisnes sendiri? Nak income besar?

Everything starts with YOU! 

Yes YOU!

Masa berjalan sangat pantas, kita dah masuk pun tahun 2020!

Have you achieve what you want in your life at your age now?

Ask yourself, sebab you yang tentukan jalan hidup you bukan orang lain.


Sweet dreams, Assalamualaikum 🖤

Nadiah Ahmad,
Ummi Anak Dua
Your Business Mentor

Tuesday, December 10, 2019

BILA TIADA JIWA, HILANG LAH RASA



Pernah tak alami situasi di mana kita nakkan sesuatu hajat atau kejayaan..

Kita nakkan rumah besar..
Kita nakkan kereta besar..
Kita nakkan duit simpanan yang banyak..
Kita nakkan bisnes yang maju..

Kita berdoa dan berusaha untuk dapat apa yang kita nak, tapi masih belum jua kita dapat..

Usaha kita macam banyak dah..
Kalau nak digandingkan dengan orang lain, menang kita dah..

Doa kita pun tak usah cerita.. Tahajjud dhuha tak tinggal..

Tapi masih kejayaan tu sayup-sayup nak singgah pada kita..

Satu je soalan nak tanya,

Waktu kita BERDOA tu kita berdoa sepenuh hati tak? Kita berdoa dengan sepenuh pengharapan tak?

Waktu kita usaha tu, kita usaha sepenuh hati tak? Kita all out sepenuh jiwa tak?

Benda ni tak diukur sekadar usaha fizikal tau..

Tapi apa yang lahir daripada JIWA..

Perasaan yang NAKKKK sangat-sangat.. 

Pengharapan yang tinggiii sangat-sangat pada Allah..

Ibarat kita ada anak, anak kita nak mintak pada kita duit nak beli aiskrim..

Situasi 1 : anak kita mintak sungguh2 kepada kita dengan suara lemah lembut, dengan linangan air mata.. anak kita tak mintak dengan menggesa, tapi sungguh2 mintak dekat kita dan tunjuk betapa dia teringinnn sangat-samgat aiskrim tu.. 
 
Anak kita sanggup kemas rumah and buat apa kita suruh sebab nak sangat-sangat aiskrim tu..

Kita jatuh kasihan kan? Kita pun rasa, “alahai kesiannya anak ummi ni.. Nah la amek lah duit ni pergi beli aiskrim tu”

Situasi 2: anak kita mintak nak beli aiskrim kepada kita dengan biasa-biasa je.. Ibarat dapat dapat lah, tak dapat pun takpe.. Ataupun anak kita rebel.. Cakap kasar dengan kita.. Kita suruh buat kerja rumah, suruh study pun taknak.. 

Kita sebagai mak pun rasa macam taknak belikan kan? 

Sedangkan ikutkan kita ni MAMPUUUU je nak belikan aiskrim kat anak kita tu..

Itu baru kita sebagai seorang Ibu..

Apatah lagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Sebesar-besar kasih sayang seorang Ibu kepada anaknya, besar lagi kasih sayang Allah kepada kita..

Bila mana Allah beri ilham untuk BERDOA. Percayalah Allah dah sediakan dah untuk beri apa yang kita minta.. 

Tugas kita hanya mintak dengan sungguh-sungguh..

Usaha dengan sungguh-sungguh..

Buat dengan JIWA, sampai RASA ke lubuk hati paling dalam..

Perasaan yang NAKKKKK sangat-sangat, tapi dalam masa sama kita tahu kita tiada daya upaya melainkan pertolongan Allah..

Dan kita usaha sungguh sungguh sungguh, supaya Allah nampak betapa kita NAK SANGAT!


Sebab kita tahu kita usaha bukan semata2 kerana kita yakin hajat kita tertunai melalui usaha.

Tapi sebab kita tahu ALLAH SEDANG LIHAT KITA..

Dan ALLAH SUKA HAMBANYA YANG BERUSAHA SUNGGUH2 UNTUK DAPATKAN SESUATU..

MAKA, ALLAH PASTI AKAN BERI..

Kerana Allah kasihan melihat kita hambaNya :’)

Nah, sekarang jom kita check 2 benda dalam hidup kita sekarang..

Kita DOA cukup sepenuh jiwa tak? Atau doa sekadar nak cepat-cepat sahaja..

Dan kita USAHA sepenuh jiwa tak? Atau sekadar cukup syarat sahaja..

Tepuk dada, tanya jiwa..

Anda akan dapat sendiri jawapan untuk segalanya 😊




Love,
Nadiah Ahmad

#InspirasiNadiahahmad
#Notetoself

Saturday, October 12, 2019

Tips Bisnes


SALES YANG BANYAK BUKAN BERGANTUNG PADA JUMLAH LIKE YANG BANYAK

Rata-rata newbies yang baru nak berjinak-jinak dalam bisnes ni mesti akan hadapi satu masalah ni.

"Bila post iklan, takde orang like.."

"Post pasal produk krik-krik, pos gambar selfie ramai pulak yang like.."

Lepastu kemurungan berminggu-minggu.

Meh Nad nak pesan. Jangan sesekali pandang rendah pada SILENT READERS.

Mostly customer Nad sendiri yang borong sampai RM2K-RM3K seorang tak pernah like pun status Nad.

Tahu-tahu je whatsapp nak order and cepat pulak tu buat payment.

Orang tak like tak semestinya orang tak baca. Kena faham customer ni pun ada banyak jenis taw.

Ada yang suka usha-usha.
Ada yang jenis rushing nak cepat.

Takyah sedih-sedih orang tak like.

Kerja kita USAHA je.
Kerja kita KEEP SHARING manfaat produk.
Kerja kita JAGA MINDSET, yakin pasti ada orang berminat nak beli.

Orang beli sebab dia perlu.
Orang beli sebab Allah yang gerakkan hati dia.
Orang beli sebab itu dah memang tertulis rezeki kita, bahagian kita.

Satu orang tak beli ada berjuta lagi yang bakal membeli.

Kat dunia ni bukan cuma ada kita dan dia.

Bukan cuma sorang dua. Tapi BERJUTA.

Kecikkan TARGET.
FOKUS betul-betul.
Jaga KONSISTENSI.

Jangan kata "kalau dah namanya rezeki sharing sekali je pun dah ada yang beli, so takyahlah sharing banyak kali.."

Kena faham konsep macamni.

Share sekali : Potensi 10 orang akan beli
Share 10 kali : Potensi 100 orang akan beli

Allah pun tengok USAHA, bukan HASIL.

Usaha yang diulang-ulang kalau diniatkan untuk ibadah, dia jadi ibadah. Ibadah dapat PAHALA.

Syoknyaaa! 👏👏👏

So, kita pilih.

Nak kemurungan orang tak like atau nak teruskan USAHA berkali-kali ?


Tuesday, July 30, 2019

THERE ARE ONLY TWO OPTIONS : MAKE PROGRESS OR MAKE EXCUSES


THERE ARE ONLY TWO OPTIONS : MAKE PROGRESS OR MAKE EXCUSES

And for me, i prefer to make Progress rather than make excuses.

Kalau ikutkan keadaan Nad ni, dengan pregnant dok ligat buat COD POSTAGE sana sini, then now still Nad teruskan routine business Nad macam biasa everyday NON STOP macam biasa 😊

Sedangkan, Nad boleh je nak macam orang lain, nak duduk rumah tak keluar gi mana-mana rehat rest, sebab sejujurnya Nad cakap sejak pregnant kedua ni berganda lagi struggle daripada sebelumnya 😂

⛔️ I have No Personal Assistant (which i guess i really need one 😩)
⛔️ I have No Driver
⛔️ I have No Bibik (which i guess i need one too!)
⛔️ I have No Runner (which i really need one!)
⛔️ I have No Nanny (yes i need this too huhu)

Cause semua 100% Nad buat sendiri.

Uruskan anak sendiri kecuali if waktu pagi-pagi husband ada, dia tolong uruskan Hannan mandi bersiap bermain while Nad nak mandi ke mengemas ke etc.

Uruskan rumah kemas sapu mop sidai baju lipat baju eh semua lah kerja rumah Nad buat sendiri kecuali weekend tu pun if husband tak ada kerja luar dapatlah dia tolong juga sikit sikit or jagakan anak time ni

Drive kesana sini dengan Hannan and Handle COD, POSTAGE, Restock EVERYDAY all by myself.

Sampaikan Nad boleh kata Me Time Nad setiap hari cuma 15 minit je iaitu waktu mandi & pakai Infinence skincare pagi pagi sebelum keluar rumah and malam 😂

But still, Nad go on my life macam biasa.
Trying my best untuk MULTI-TASKING as A Mom, As a Housewife, as a Businessmom, as a Business Leader.

Sedangkan, Nad boleh je nak beri alasan.

“Takboleh lah nak buat business, sebab banyak kerja rumah, nak urus anak lagi i takde bibik, i takde sape tolong i.....”
“Susah lah nak consistent posting & business sebab Nad sibuk dengan anak yang tengah membesar.....”

But then i always said, AKU TAK NAK JADIKAN ANAK ANAK AKU ALASAN UNTUK AKU MUNDUR, SEBAB MEREKA SHOULD BE THE REASON AKU LAGI KERJA KERAS, BUKAN ALASAN & BUKAN SEBAB MEREKA.


Cause actually i also have DREAMS & GOALS that are much more bigger than my excuses.

And eventho progress Nad sekarang lebih lambat daripada sebelumnya, but at least i make effort and progress everyday!

So you choose.
Nak beri alasan, make excuses.
Or make progress?

✨Postage hari hari
✨COD Kulim & sekitar Bukit Mertajam

SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Instagram : @nadiahahmad__

Wednesday, July 17, 2019

PASTI BERSEBAB


PASTI BERSEBAB

Setiap orang, pasti bersebab untuk lakukan sesuatu. Ramai yang tanya Nad dari dulu sehingga sekarang,

"KENAPA NAD PILIH UNTUK BERBISNES?".

Allahuakbar. Secara ringkasnya, Nad pilih berbisnes sebab nak dapat EXTRA INCOME! Bukan kerana bulanan tu tak cukup, tetapi ianya hanya cukup-cukup.

Tiada savings.
Tiada extra perbelanjaan.
Tiada extra shopping. 
Tiada extra untuk jalan-jalan / makan angin. 

Just fokus yang wajib-wajib jee. 

Itu baru mukadimah! Meyh Nad ceritakan secara detail kenapa, bagaimana untuk menjawab segala pertanyaan ramai orang. Supaya, mungkin ada diluar sana yang sedang tercari-cari ataupun mengingin sesuatu yang dapat membantu untuk tambahkan pendapatan sendiri selain daripada kerja hakiki.

Semuanya bermula daripada impian untuk berkereta 😊 Sesiapa sahaja pun, pasti teringin untuk memiliki sebuah kereta yang pastinya dapat bantu memudahkan kehidupan seharian kita.

Namun, disebaliknya ada sebuah tanggungjawab besar yang kita kena pikul! Iaitu HUTANG :') 

Kereta baru sinonim dengan hutang 9 tahun. Bukan satu tempoh masa yang sekejap. Lamaaaa tu! Kalau ada anak kecil, sampai dia darjah 3 baru habis bayar hutang kereta. 

Bermulalah kisah di mana Nad "ikat perut" demi menjayakan kereta idaman.

Bulan pertama selepas beli kereta, seriusly enjoy! Kereta baru. Selesa. Alhamdulillah, "hasil" bekerja.. 

Bulan ke-2, dah mula start "sakit sana, sakit sini". Almaklumlah, bila ada kereta kita kena ada extra duit. Untuk minyak, untuk service dan sebagainya..

Waktu ni memang tak keruan dah! Allahuakbar. Hanya Allah jee yang tahu betapa "terdesaknya" pada ketika itu.

Masuk bulan ke-3, Allah! Tak tertahan tahan perasaan. Rasa "menyesal" pun ada. Tapi, tetap kena teruskan kehidupan seperti biasa cumanya pada ketika ini, ALLAH jawab satu persatu doa Nad.

Bertemu dengan SHOM 
Bertemu dengan MENTOR SHOM ..

Adalah satu anugerah yang terindah dalam kehidupan Nad. Yang mana, ianya telah mengubah kehidupan Nad 360 darjah! Malahan, bukan kehidupan jee tau, dari segi kesihatan luaran dan dalaman sekali.. 

Alhamdulillah Ya ALLAH :') 

Nad lebih suka untuk FOKUS KEPADA SATU dahulu. Cuba dan buat bersungguh-sungguh. Hasilnya kalau bukan hari ini, pasti esok akan ada! Percayalah. Buat sungguh-sungguh, berikan komitment 100% & tunjukkan kesungguhan kita betul-betul pilih untuk berjaya. 

Nad lebih suka untuk BUAT DULU! Yang lain-lain letakkan tepi. Berfikiran secara positif akan bantu kita untuk terus positif. Maka, kalau sebaliknya, sebaliknyalah yang kita dapat..

Nad lebih suka untuk SETIA PADA YANG SATU! Macam bercinta jugak. Kita kenal mengenali dengan lebih mendalam, untuk Shom consume supplement betul-betul, dapatkan effect secara tak langsung kita akan jatuh cinta dengan bisnes sekali.

Nad lebih suka untuk CABAR DIRI! Keluar daripada comfort zone itu adalah jalan yang terbaik untuk kita dapatkan sesuatu yang lebih baik. Berkorban apa sahaja demi merealisasikan sesebuah impian bukan sesuatu yang mudah, namun tak mustahil.. 

Dengan bisnes SHOM secara tak langsung Naf dapat INCOME CASH 3-4 ANGKA SEBULAN, belum termasuk  BONUS & TRIP lagi. Allahuakbar! :') 


Alhamdulillah, inilah antara asbab kenapa Nad still bertahan hampir 6 tahun bersama dengan SHOM ♥️
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...