Showing posts with label achieve target. Show all posts
Showing posts with label achieve target. Show all posts

Tuesday, February 18, 2020

BUSINESS NAK IKUT MOOD, BOLEH TAK ?



Bila most of people tanya, macamana followers Nad boleh daripada 100 orang jadi ribu ribu hari ini, and ada customers ramai everyday minima 3-5 orang whatsapps and pernah je cecah 40-50-60-70 orang whatsapps in a day for new customers.

Macamana Nad boleh achieve itu ini dalam Business SHOM.
Macamana team Nad boleh berkembang besar.
Macamana Nad boleh bangkit daripada Business almost nak jatuh dulu.
Macamana Nad boleh dapat and achieve apa Nad ada hari ini.
Macamana Nad boleh itu... ini... bla bla bla.

Macamana Nad buat is actually sebab I TAKE MY BUSINESS SERIOUSLY.

And never buat Business “Ikut Mood” “Ikut Suka”

Seriously if you want “INCOME RM10K” you must work hard for that 10K. Make sure you work to Worth the 10K tuuuu bukannya kita nak RM10K income tapi....

Kita sempat je nak membawang.
Sempat je nak layan movie Korea.
Sempat je nak layan emosi.
Tidur banyak.

While posting untuk Business and all, sehari sekali.
Dua hari sekali. Seminggu sekali ? Ohmy.....

Do you really want it or not sebenarnya ?

Cause Nad, everyday. I work damn hard for my Business. Seriously. Even korang tengok Nad dah level macamni and level macam Hardworking gila tapi sejujurnya Nad cakap, Nad belum cukup hardworking and everyday i always push push myself gila-gila.

Cause if boleh buat lebih and dapat lebih, why not?

And lagi satu, I TAKE MY BUSINESS SERIOUSLY SINCE DAY 1 Nad join SHOM. Setakat ni takpernah lah Nad tenggelam like Sebulan dua tak buat ke Setahun tak buat , then tuptup okay bila rasa nak buat Nad cakap Nad COMEBACK.... Never.

I never done any comeback sebab i never stopped.
Dari dulu sampai harini, Nad buat Business SHOM seriously.

Eventho pernah je jatuh dalam Business but i get up more stronger with it! 💪

Nad jaga my reputation in my business. Nad tatang business SHOM ni macamana Nad anak kandung Nad.

Anak kita lah contohnya. Kalau dia baru berusia 1-2 bulan, boleh ke kita abaikan dia ? Even anak if dah masuk 3-4 tahun pun still makan kadang kena suap, kita still kena urus keperluan dia mandikan dia semua, kan ?

Same goes to your business ! 

Apetah lagi kalau “BARU” lagi. Ibarat baby kecil yang sangat sangat perlukan banyak benda, memang 100% kita kena bagi perhatian sepenuhnya sebab mereka pada usia ni tak mampu lagi nak jalan ke gerak ke pegang benda ke apa.

Sama juga business kita lah.

So, take your business seriously. Put on effort gila-gila & work hard for your business, and jaga & besarkan business kita penuh kasih sayang, perhatian just like how we would do to our kids.

Sebab first 2-3 Years of business is the toughest.


Dapat sesuatu ? 😘

SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Good night ! 💋

Monday, April 29, 2019

MASTERPIECE SEMPURNA


KITA MASTERPIECE TERBAIK TUHAN

Orang selalu tanya Nad, apa sebenarnya resepi dan rahsia untuk berjaya ?

Adakah kena jadi femes dulu ?
Adakah kena ada rupa paras yang cantik ?
Adakah kena ada kulit yang mulus dan badan yang molek ?
Adakah kena lahir di dalam keluarga yang kaya dan dikenali ?

Dengar sini dulu Nad nak kongsi dengan semua.. Apa sebenarnya pendapat dan pengalaman Nad selama 6 tahun dalam bisnes 😊

YES, Nad tak nafikan sesiapa yang ada KELEBIHAN EXTRA macam dekat atas tu InshaAllah mudah untuk berjaya..

Tapi percaya lah, sebenarnya ada jugak mereka yang ada semua kelebihan dekat atas tu tetapi tetap TIDAK BERJAYA..

Kerana apa?

Kerana yang membezakan setiap manusia yang berjaya dengan yang tidak berjaya adalah KESUNGGUHAN! KERJA KERAS!

Percayalah, setiap daripada kita lahir dengan kelebihan yang Allah beri yang mungkin berbeza-beza..

Kelebihan kita mungkin tak sama dengan kelebihan orang lain, tapi andai kita manfaatkan dengan sungguh-sungguh, InshaAllah setiap manusia mampu capai kejayaan yang sama!

The key word is KESUNGGUHAN..

Jangan pernah rasa kita ini bukan siapa-siapa..

Jangan pernah rasa kita ini tak layak untuk berjaya..

Jangan pernah sesekali underestimate diri sendiri..

Allah itu MAHA BAIK.. Allah itu MAHA ADIL..

Tidak Allah cipta seseorang manusia itu melainkan pasti ada kelebihan yang ada pada setiap manusia itu yang mungkin tak sama dengan yang lain..

Pasti ada..

Sama ada kelebihan secara fizikal.,
Atau kelebihan secara keturunan,
Atau kelebihan secara peribadi,
Atau kelebihan secara kesungguhan,
Atau kelebihan dari segi hati yang baik,
Atau kelebihan dari segi jiwa yang kental..


Setiap daripada kita adalah MASTERPIECE SEMPURNA ciptaan Allah..

Mana mungkin ada cacat cela dari ciptaan Dia..

Pasti ada kelebihan di mana-mana yang kita kena cari dan korek..

Dan kita manfaatkan dengan KESUNGGUHAN 💪🏻

Selamat menjemput KEJAYAAN semua!

Happy Closing semua warga SHOM terutamanya my TDC Families! 😍

Love,
Nadiah Ahmad

Wednesday, January 23, 2019

Wordless Wednesday | NADIAH AHMAD


BOSANNYA HIDUP AKU, BOSANNYA DENGAN LIFE AKU

AKU RASA TAK GUNA DAH HIDUP......

Pernah korang rasa camni?
Cuba check balik dalam life you, dalam hidup  you, adakah you ever had a goal or takpernah pun ada goal/target/dreams ?

Everyday you jalankan kehidupan you tanpa any goals untuk you achieve then you rasa kehidupan you membosankan sangat.

Hari-hari buat benda sama.
Hari-hari takde beza dengan hari semalam.
Harini sama je dengan hari kemudian, tahun depan and seterusnya, macam takde life.

Tahu kenapa macamtu ? Sebab you tak ada goals. You tak ada impian. You tak set goals and dream dalam life. Thats why lama kelamaan you akan rasa bosan dalam hidup and end up stress sendiri and rasa hidup ni tak bermakna pun.

Berbeza dengan orang yang ada goals.
Sangat berbeza.
Orang yang ada impian, set their goals.
Then mereka everyday akan brainstorm fikir fikir and fikir untuk Planning how nak hit their goals, their target.

And everyday kehidupan mereka yang set their goals ni akan berbeza beza. Challenges berbeza beza and that is what makes you always keep moving forward, happy and enjoy your life.

All is just by having dreams and then setting your goals. Tak kisah lah apa pun impian you, goals you, make one !

Nak ada savings RM10,000 by April ?
How ? Gaji RM2,000 je sebulan, commitment RM1,000. How ??? Buat side income, buat part time, buat business etc yang penting came up with a plan untuk achieve target and goals by then !

Nak beli iPhone XS Max by June ?
How ? Gaji RM1,500 sebulan. Iphone XS Max rege dalam RM5,000 gitu. Now bulan january, sebulan kena simpan RM900 at least. Tapi macamana pulak nak bayar commitment ? Think think! Ajar otak think out of the box !
Buat business ? Side income ? Kerja partime ? Tukar kerja gaji lagi besar ? Then automatically you will came up with a plan everyday untuk accomplish your goals and target.

Nak jadi orang yang productive Everyday ?
How ? Set a routine yang boleh menjadikan u productive for 21 days, then after that it will be your habit ! And you will be a productive person !

Nampak apa Nad cuba sampaikan?
So if your life is boring, sama je hari-hari, rasa macam taknak hidup dah, it is because you sendiri make it boring ! You takde goals ! You takde impian !

Noww, take a paper or book write down at least 10-20 impian or apa apa you nak capai this 2019, write it down and then slowly set your goals & plan for it !


Nak jadi jutawan, think and act like it !
Nak jadi orang berjaya think and act like it !

Goodluck semua! May you all have a great day ahead! 😘

 Business Leader,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560
Premium Beautiful Expert
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...