Showing posts with label motivates. Show all posts
Showing posts with label motivates. Show all posts

Sunday, June 21, 2020

🙃


Kalau dahulu, mak ayah kita susah.. Ayah kerja sorang-sorang nak tampung perbelanjaan keluarga..

Mak tak bekerja.. Duduk rumah jaga anak je.. Nak kerja macam mana, anak ada ramai.. Kalau mak kerja siapa nak jaga anak-anak ? Nak hantar pengasuh, duit lagi.. 

Anak-anak pun, kalau teringin apa-apa tu pendam jelah. Nak suarakan pun rasanya memang takkan pernah dapat..

Teringin nak makan apa-apa, telan air liur jela..
Tengok kawan-kawan pergi bercuti dengan keluarga, mampu tersenyum jela..

Teringin banyak sangat benda.. Tapi tak mampu suarakan sebab taknak susah kan mak ayah..

😔😔

Tapi tu DULU.. Dulu takde internet.. Dulu tak boleh buat kerja tambahan.. Dulu tak berpeluang nak meniaga online..

Maka kita boleh maafkan Mak Ayah kita yang mana tak mampu nak sediakan lebih untuk kita..

Kita boleh maafkan mak ayah kita yang tak mampu beri kita apa yang kita ingin sangat dalam hidup kita..

Kita faham.. Kita mengerti.. Sebab dulu takde kemudahan macam sekarang..

Dulu nak berniaga pun dari rumah ke rumah je.. Macam mana nak angkut anak-anak sekali ?

Tapi SEKARANG, peluang nak berniaga berlambak-lambak depan mata.. Sama ada kita NAK atau TIDAK ?

Sanggup ke kita cakap pada anak kita yang kita tak mampu, tak cukup duit.. 

Sedangkan peluang nak jana duit, peluang nak buat bisnes penuh depan mata..

Pilih je nak berniaga apa.

Agak-agak kita masih tak boleh beri alasan pada anak yang kita ni TAKDE DUIT sedangkan kita ada telefon dekat tangan.. Kita mampu langgani internet.. Kita ada komputer dan sebagainya..

Paling paling takde laptop pun, ada seketol smartphone pun jadi la..

Tak payah keluar rumah pun. Bisnes dari rumah pun boleh.. Tambah kalau bisnes SHOM, pergi pejabat pos pun tak payah! Semua SHOM uruskan.. 

Jangan asyik salahkan takdir yang beri kehidupan susah kepada kita.. Tapi tengok balik, adakah kita ini manusia yang BERSYUKUR, BIJAK AMBIL PELUANG, 

Ataupun asyik memberi ALASAN..

Esok esok jangan sampai anak cakap balik dekat kita..

"Mama/papa cakap takde duit, tapi main facebook boleh. Kenapa tak buat bisnes online ? "

🙃

Kalau kita ada BIG WHY yang jelas untuk berjaya, InsyaAllah tak akan ada satu pun yang boleh halang.

Semuanya terletak atas diri kita 😊
Kita yang drive hidup kita 😉

Wednesday, March 6, 2019

SELF REFLECTION | NADIAH AHMAD


“MAHALNYA BARANG NI, TAK MAMPU LA”

Pernah tak kita bila nak beli sesuatu barang tu, kita rasa barang tu mahal, then kita pun cakap dekat seller, “MAHALNYA BARANG NI, TAK MAMPU SAYA”

Nad nak nasihatkan something yang nana pernah dengar dalam salah satu kelas teknik kuasa minda yang pernah nana attend.. 

Guru nana pesan, kalau betul nak murah rezeki, jangan sesekali cakap perkara-perkara yang menunjukkan kita ni sebenarnya TAK MAMPU nak beli something tu..

Sebab apa sahaja yang kita fikir, otak akan translate sebagai itu lah yang kita minta..

Bila mana kita rasa sesuatu barang tu mahal, sebenarnya kita dah hantar satu signal pada otak bahawa kita memang tak mampu beli.. Dalam erti kata lain, kita tak ada duit..

Otak kita akan bebaskan satu gelombang yang membawa tarikan “AKU TAK ADA DUIT”

Antara tarikan yang boleh terjadi ialah, 

😢 Bisnes jadi tak laku atau apa sahaja kita buat tak menjadi, sebab kita sendiri hantar signal ‘tak ada duit’ dekat otak
😢 Duit bocor, kalaupun duit masuk banyak tapi sering sangat bocor sampai duit yang banyak pun boleh habis.. Anak sakit lah, kereta rosak lah

Dibuktikan dengan Nabi Muhammad saw pernah bersabda,

Ertinya :
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasuulullah saw. bersabda : "Allah swt. berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku ingat kepadanya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang banyak maka Aku mengingatnya dalam kelompok yang lebih baik daripadanya. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil''. (Hadits ditakhrij oleh Ibnu Majah).

Bermakna apa sahaja yang kita sangka itu adalah DOA.
Maka, ‘tak ada duit’ itulah sebenarnya DOA yang kita submit pada Allah :’) 

Sebaiknya yang kita ucapkan ialah,

“SAYA BERMINAT, SAYA AKAN USAHAKAN DAPATKAN DUIT, DAH CUKUP DUITNYA NANTI SAYA BELI”

So kita hantar signal dekat otak yang kita akan usahakan untuk dapat duit yang cukup untuk beli barang yang kita nak tu.

Otak akan hantar signal dan tarikan yang InshaAllah membantu kita dapatkan juga duit supaya kita dapat beli barang yang kita suka 😊

Mana tahu kot dapat rezeki terpijak, orang belanja kita ke apa kan.

Rezeki ni tak semestinya boleh fikir dengan logik akal.. Kalau Allah nak beri, tak semestinya pakai duit kita pun 😉

Sama jugak konteks kita sebagai ibu bapa..

Kalau anak minta belikan sesuatu dan kita taknak atau belum mampu belikan, jangan sesekali sebut dekat mulut,

“IBU TAKDE DUIT”

Gantikan dengan ayat, “ADIK MINTAK DOA PADA ALLAH MURAHKAN REZEKI IBU YE. NANTI IBU BANYAK DUIT INSHAALLAH IBU BELIKAN”


Ingat, apa sahaja yang kita fikir dan cakap ni adalah DOA.

Ada tarikannya. 

Be careful naa everyone 😊

Bak kata abam patah amim, “cakap yang baik baik, fikir yang baik baik, segalanya akan baik baik” ðŸ˜œ

Love,
Nadiah Ahmad
Premium Beautiful Expert

Friday, October 26, 2018

Healthy Lifestyle


Sahabat : Macam mana kau boleh kekal kurus dan semakin cantik. ( Ayat ni poyo sangat, seram Nad nak tulis) taknak baca sampai habis pun tak apa.haha

Ini RAHSIANYA !

1. Kurang minum ais

Nad percaya pengambilan ais yang berlebihan dalam badan boleh memudaratkan. Kulit akan layu. Segala lemak akan tepu dalam badan. 

Lemak lemak yang tepu akan menghalang collagen semula jadi terbentuk. Hasilnya, wanita akan cepat kelihatan tua berbanding lelaki. 

2. Kurangkan pengambilan gula

Apabila kandungan gula dalam darah tinggi. Kulit akan kelihatan gelap. Sama seperti pesakit kencing manis. Kulit mereka nampak rapuh dan kering. 

Lembapan kulit semulajadi akan bertukar kepada minyak. Ini menjadikan kulit kita berminyak dan memisahkan foundation dengan kulit.

3. 3liter air kosong

Sekurang-kurangnya 3liter sehari. Ini bergantung kepada tubuh seseorang. Formula tubuh yang sihat memang memerlukan pengambilan air kosong setiap hari.

See, Takda rahsia pun kan. Cuma amalan pemakanan sahaja yang memisahkan kita.

Ghiteww, haha

Semoga awak semua dapat melangkah setapak kehadapan untuk amalan yang lebih sihat dan terancang. 

Apabila badan awak ringan, risiko naik angin/naik hantu juga tiada. Awak jugak tidak perlu lagi garlic tablet ni untuk buang angin satu badan tu. Masalah lesu, lemah, tak,bertenaga pun dah tak ada lagi.


Orang cakap. Biar anak and bapak yang demam. Emak boleh jaga. Tapi jangan emak yang demam. Sorang pun belum tentu boleh jaga. 

Eh tiba-tiba baik hati pulak kita nak buat PROMO GAJI harini 😘Haaaaa cepat, time nih lah nak dapatkan supplement sebelum lagi beberapa sahaja lagi menjelang penghujung bulan Oktober ni. 

Ini antara salah satu penghargaan untuk customer Nad yang always support Nad. So, jangan tunggu lama-lama okay ?

Antara product yang selalu dapat sambutan dari customer Nad :-

🌼 MIN KAFFE
🌼 GARLIC TABLET
🌼 FULLSET SKINCARE INFINENCE
🌼 BASIC SKINCARE INFINENCE
🌼 KESIHATAN WANITA HERBA MAHARANI
🌼 FULLSET SLIMMING SET KOMBO KURUS
🌼 NUTRISIS HAMIL 1st, 2nd/3rd TRIMESTER SHAKE ME
🌼 BERPANTANG PREMIUM BEAUTIFUL CORSET
 Dan banyak lagi.

Nak join postage harini pun boleh. Postage boleh dikatakan hari-hari ada ! Lekaihhhhhhh. 

NADIAH AHMAD | 019.523.5560
Your Favourite PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT
Follow Instagram : @nadiahahmad__
#nadiahahmad


Saturday, October 6, 2018

Percaya pada kemampuan diri sendiri adalah kunci untuk kita terus memaksa diri berjaya.


Hidup untuk dapat penghargaan dan pujian manusia adalah sia-sia, malah ia boleh memakan diri sendiri.

Means awak buat sesuatu bukan untuk diri awak sendiri, tapi mungkin untuk dapatkan recognition manusia, mungkin ibu bapa, superior, boss, suami dan sebagainya.

Bila tidak dapat. Awak akan jadi stress, asyik salahkan diri sendiri, asyik nampak kekurangan diri, nampak kehebatan orang, tiru apa yang mereka buat, tapi asyik tak menjadi.

Tapi ..

Bila awak buat untuk diri awak, means awak ada SPECIAL TARGET

Dan bila ada target,

Awak akan ada SPECIAL PLAN kearah untuk mencapai target awak.

Awak akan harungi dan tongkah segala dugaan dan badai, andai awak jatuh awak akan bangkit balik.

Andai plan pertama gagal, awak bangun dan kemudi plan kedua.

Awak tak kenal erti penat

Awak tak kenal apa itu lelah

Awak tahu awak kena buat, awak tahu awak ada TARGET untuk awak capai.

Dan tiba saat bila mana, segala target yang awak tulis dah dicapai.

Awak akan SENYUM PUAS !

Awak akan MENANGIS KEGEMBIRAAN !

Awak akan KONGSI PENGALAMAN

Awak akan BANTU ORANG

Dan target itu bertukar lagi. Awak usaha lagi, dan awak takkan sedar, setiap proses itu sebenarnya, mengubah diri awak

Dari introvert, kepada extrovert

Dari senyap pemalu, kepada petah berkata-kata

Dari selalu ditindas, kepada pandai membidas dengan ilmu

Dari duit cukup makan, kepada rezeki lebih boleh dikongsi

Dan pelbagai lagi.



Buatlah sesuatu untuk capai matlamat diri dan sebar manfaat kepada orang lain ❤️

Love,
NADIAH AHMAD 

Beauty and Health Consultant
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...