Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Tuesday, February 18, 2020

BUSINESS NAK IKUT MOOD, BOLEH TAK ?



Bila most of people tanya, macamana followers Nad boleh daripada 100 orang jadi ribu ribu hari ini, and ada customers ramai everyday minima 3-5 orang whatsapps and pernah je cecah 40-50-60-70 orang whatsapps in a day for new customers.

Macamana Nad boleh achieve itu ini dalam Business SHOM.
Macamana team Nad boleh berkembang besar.
Macamana Nad boleh bangkit daripada Business almost nak jatuh dulu.
Macamana Nad boleh dapat and achieve apa Nad ada hari ini.
Macamana Nad boleh itu... ini... bla bla bla.

Macamana Nad buat is actually sebab I TAKE MY BUSINESS SERIOUSLY.

And never buat Business “Ikut Mood” “Ikut Suka”

Seriously if you want “INCOME RM10K” you must work hard for that 10K. Make sure you work to Worth the 10K tuuuu bukannya kita nak RM10K income tapi....

Kita sempat je nak membawang.
Sempat je nak layan movie Korea.
Sempat je nak layan emosi.
Tidur banyak.

While posting untuk Business and all, sehari sekali.
Dua hari sekali. Seminggu sekali ? Ohmy.....

Do you really want it or not sebenarnya ?

Cause Nad, everyday. I work damn hard for my Business. Seriously. Even korang tengok Nad dah level macamni and level macam Hardworking gila tapi sejujurnya Nad cakap, Nad belum cukup hardworking and everyday i always push push myself gila-gila.

Cause if boleh buat lebih and dapat lebih, why not?

And lagi satu, I TAKE MY BUSINESS SERIOUSLY SINCE DAY 1 Nad join SHOM. Setakat ni takpernah lah Nad tenggelam like Sebulan dua tak buat ke Setahun tak buat , then tuptup okay bila rasa nak buat Nad cakap Nad COMEBACK.... Never.

I never done any comeback sebab i never stopped.
Dari dulu sampai harini, Nad buat Business SHOM seriously.

Eventho pernah je jatuh dalam Business but i get up more stronger with it! 💪

Nad jaga my reputation in my business. Nad tatang business SHOM ni macamana Nad anak kandung Nad.

Anak kita lah contohnya. Kalau dia baru berusia 1-2 bulan, boleh ke kita abaikan dia ? Even anak if dah masuk 3-4 tahun pun still makan kadang kena suap, kita still kena urus keperluan dia mandikan dia semua, kan ?

Same goes to your business ! 

Apetah lagi kalau “BARU” lagi. Ibarat baby kecil yang sangat sangat perlukan banyak benda, memang 100% kita kena bagi perhatian sepenuhnya sebab mereka pada usia ni tak mampu lagi nak jalan ke gerak ke pegang benda ke apa.

Sama juga business kita lah.

So, take your business seriously. Put on effort gila-gila & work hard for your business, and jaga & besarkan business kita penuh kasih sayang, perhatian just like how we would do to our kids.

Sebab first 2-3 Years of business is the toughest.


Dapat sesuatu ? 😘

SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Good night ! 💋

Friday, March 22, 2019

THE JUMAAT BARAKAH ❤️


THE JUMAAT BARAKAH ❤️

Begitu pantas and lajunyaaaaaa masa berjalan. Tup tup tup dah Hari Jumaat, and jumaat 2 minggu terakhir sebelum March gonna ends. Minggu depan last March, then tuptup April then tuptup puasa dah 😅

And for me, it is really Critical now!!! Sebab ada baki lagi 8 hari sahaja lagi sebelum menjelang CLOSING March 2018. Semoga dipermudahkan urusan Nad &  untuk score and kejar target sehabis baik untuk March 2019 ni. Aminnnn!

Syukur Alhamdulillah untuk Jumaat harini.
Sebab i always believe that Jumaat is such a miracle! ❤️
Hari penghulu segala hari.

Jangan lupa Dhuha bagi yang sempat.
Jangan lupa Al-Waqiah, Al-Mulk.
Jangan lupa Istighfar, Berzikir, Bertahmid.
Jangan lupa sedekah..
And berdoa dihari Jumaat. 
Semoga Allah perkenankan 😊

Alhamdulillah permulaaan JUMAAT, Nad diserbu dari pagi tadi dengan customer yang nak grab PROMO MARCH.

MANA NAK CARI BALIK SEMANGAT?

Mostly Nad banyak didatangkan soalan, yang datang kat Nad and tanya,

“Nad, macamana Nad cari SEMANGAT? Macamana Nad maintain ber-semangat?”

Yes, Nad faham normal lah kadang dalam kehidupan kita rasa macam, tak semangat, ada yang semangat tapi sebenarnya tak cukup sangat pun semangat tu huhuhu.

Kadang, ada juga yang semangat tu, tapi semangat tu tak berkobar selalu. Semangat sehari, esok lusa tulat dah tak huhuhu. Kan?

Sebenarnya apa-apa pun kena ingat, hari kita Allah yang pegang. So pada Allah juga kita kembali and meminta. Semangat hilang? Cari Allah minta dia kembalikan semangat kita yang hilang, and at the same time ingat balik why kita start dulu:

For me, my big why is my parents, my daughter, and my husband. Nak balas jasa mereka semua beri keselesaan pada parents, bantu suami in money management and nak provide better life untuk my daughter and my future kids 💕

Bila rasa semangat tu macam hilang, cepat cepat cari Allah, cepat cepat ingat balik WHY WHY you start! And apa BIG WHY you!

If your BIG WHY, is your family. So kenapa perlu rasa tak semangat? Tak cukup sayang ke you dengan family you?

And ingattt! kita dah pergi and kayuh SEJAUH NI, so why should we let semangat lemah tu jatuhkan kita?!

We’re already ON THE WAY there! Yang penting kena double and triple kan EFFORT and make it happen!

And untuk muslims, you should try buat Tahajjud and Dhuha regularly. Bila you buat you akan notice perubahan BESAR dalam kehidupan you. Seriously, try! 😊


Lepas Solat Jumaat harini Nad akan buat COD & Postage all over Kulim & Bukit Mertajam seperti biasa. If you all nak order Products SHOM boleh terus whatsapp Nad for fast response 😘

Health And Beauty Consultant,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

@nadiahahmad__

Wednesday, January 23, 2019

Wordless Wednesday | NADIAH AHMAD


BOSANNYA HIDUP AKU, BOSANNYA DENGAN LIFE AKU

AKU RASA TAK GUNA DAH HIDUP......

Pernah korang rasa camni?
Cuba check balik dalam life you, dalam hidup  you, adakah you ever had a goal or takpernah pun ada goal/target/dreams ?

Everyday you jalankan kehidupan you tanpa any goals untuk you achieve then you rasa kehidupan you membosankan sangat.

Hari-hari buat benda sama.
Hari-hari takde beza dengan hari semalam.
Harini sama je dengan hari kemudian, tahun depan and seterusnya, macam takde life.

Tahu kenapa macamtu ? Sebab you tak ada goals. You tak ada impian. You tak set goals and dream dalam life. Thats why lama kelamaan you akan rasa bosan dalam hidup and end up stress sendiri and rasa hidup ni tak bermakna pun.

Berbeza dengan orang yang ada goals.
Sangat berbeza.
Orang yang ada impian, set their goals.
Then mereka everyday akan brainstorm fikir fikir and fikir untuk Planning how nak hit their goals, their target.

And everyday kehidupan mereka yang set their goals ni akan berbeza beza. Challenges berbeza beza and that is what makes you always keep moving forward, happy and enjoy your life.

All is just by having dreams and then setting your goals. Tak kisah lah apa pun impian you, goals you, make one !

Nak ada savings RM10,000 by April ?
How ? Gaji RM2,000 je sebulan, commitment RM1,000. How ??? Buat side income, buat part time, buat business etc yang penting came up with a plan untuk achieve target and goals by then !

Nak beli iPhone XS Max by June ?
How ? Gaji RM1,500 sebulan. Iphone XS Max rege dalam RM5,000 gitu. Now bulan january, sebulan kena simpan RM900 at least. Tapi macamana pulak nak bayar commitment ? Think think! Ajar otak think out of the box !
Buat business ? Side income ? Kerja partime ? Tukar kerja gaji lagi besar ? Then automatically you will came up with a plan everyday untuk accomplish your goals and target.

Nak jadi orang yang productive Everyday ?
How ? Set a routine yang boleh menjadikan u productive for 21 days, then after that it will be your habit ! And you will be a productive person !

Nampak apa Nad cuba sampaikan?
So if your life is boring, sama je hari-hari, rasa macam taknak hidup dah, it is because you sendiri make it boring ! You takde goals ! You takde impian !

Noww, take a paper or book write down at least 10-20 impian or apa apa you nak capai this 2019, write it down and then slowly set your goals & plan for it !


Nak jadi jutawan, think and act like it !
Nak jadi orang berjaya think and act like it !

Goodluck semua! May you all have a great day ahead! 😘

 Business Leader,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560
Premium Beautiful Expert

Sunday, November 4, 2018

November - Please let it be a good days


Assalamualaikum semua 🌸


Alhamdulillah, welcoming the month of November. Bila masuk bulan baru, semestinya target and planning pun kena baru 😊

Tapi sebelum tu, jangan lupa review balik pencapaian kita bulan yang lalu. Penting sangat tau untuk kita review, kita muhasabah diri sebab kita tak nak ulangi kesilapan yang sama berulang kali dan semestinya kita nak upgrade diri !

Pernah tak korang rasa kecewa bila korang dah aim sesuatu tapi korang failed ?

Okay sebenarnya dia macam nih tau. It's normal bila kita rasa kecewa kalau kita belum berjaya capai apa yang kita target atau dapat apa yang kita nak sangat sangat. Lagi stress bila kita tengok orang lain boleh dapat, kenapa tidak kita ? 

Sejujurnya, Nad pernah ada perasaan macam tu suatu ketika dulu. Kita nih manusia biasa kan, memang takkan lari dari perasaan kecewa atau rasa down. 

But I choose not to show my frustration, hanya teruskan usaha and keep on doa pada Allah. Kita kena yakin, setiap kekecewaan yang kita hadapi adalah suatu ujian. Bila Allah uji, sebenarnya Allah sayangkan kita dan Allah nak beri kita sesuatu yang lebih baik, lebih besar.

"They plan, and Allah plans. Surely, Allah is the best of planners.” (The Quran 8:30)

Berhenti daripada membandingkan rezeki kita dengan orang lain, belajar untuk redha dengan setiap ketentuan yang Allah beri.

Lain orang lain dugaannya dan jalan kejayaan masing masing semua tak sama. Kita pun tak pernah tahu dugaan apa yang orang lain dah lalui sebelum dia berjaya pada tahap dia ada sekarang.

So bila rasa kecewa, ingat yang kita sebenarnya belum lagi capai bukannya tak akan capai apa yang kita dah target. Peluang sentiasa ada untuk mereka yang berusaha sehabis habisnya. Selagi kita berusaha, selagi itu lah kejayaan itu inshaaAllah akan jadi milik kita 😊

Allah itu Maha Adil dan juga Maha Memberi. Dia beri kita rezeki sesuai dengan apa yang kita usahakan 🙂

Banyak kita usaha, maka banyak lah yang kita akan dapat. 
Sedikit kita usaha, maka sedikit juga lah yang kita akan dapat. 

Jangan sesekali kita asyik cakap "takde rezeki", sebab kata kata juga adalah suatu doa tau. 

Kena jaga percakapan kita ya ? 
Cakap lah yang baik baik, yang positif.

Kalau kita dah betul betul berusaha sehabis baik namun rezeki masih belum seperti apa yang kita harapkan, percaya lah sebenarnya kita sedang berada pada fasa diuji. 

Allah uji kita sebab Allah sayang, Allah nak berikan kita sesuatu yang besar, yang mungkin tak pernah kita bayangkan pun.



Put your trust in Allah, indeed He is the best planner 💕

Banyakkan doa pada Allah.
Kekalkan rasa yakin pada Allah dan diri.
Usaha terus menerus tanpa putus asa.

Selebihnya, kita serahkan kepada Allah kerana Dia adalah sebaik baik perancang.

"Have faith in Allah, everything happens for a reason. One day you will come to realize that everything was for the best."

Have a nice day ❤️

Tuesday, November 3, 2015

Rezeki kita bukan semuanya milik kita

Assalamualaikum...

Bagi yang bekerja, setiap hujung bulan dapat gaji. Bagi yang berniaga atau bekerja sendiri ada pendapatan yang diperoleh. Walau berapa pun jumlah gaji atau pendapatan yang ada pada kita, bukan semuanya milik kita. Maksudnya dalam rezeki kita akan ada bahagian orang lain. 

Sambil berjalan bersama keluarga atau kawan-kawan, tiba-tiba ternampak gerai menjual jus buah dan makanan ringan, rasa terliur dan kita beli. Maka itu adalah rezeki si penjual buah dan makanan ringan tersebut. 

Setiap bulan kita bagi mak ayah kita duit, jadi dalam sebahagian pendapatan yang diperolehi itu adalah rezeki untuk mak ayah kita.

Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, tiba-tiba kereta rosak dan mati di tepi jalan sehingga terpaksa panggil mekanik. Setelah siap dibaiki dan kita membayar sejumlah wang, jadi pada hari tu gaji atau pendapatan yang kita perolehi telah menjadi rezeki mekanik tersebut. Semuanya berlaku tanpa disangka dan dirancang. 

Ada kawan yang berniaga tudung di pejabat dan kita membelinya kerana kasihan, jadi dalam rezeki kita terdapatnya rezeki kawan itu.

Pernah tak suatu hari ada kutipan derma yang dilakukan di pejabat anda? Tetapi anda tidak menderma kerana anda fikir "takpe la orang lain dah ramai menderma, dah banyak tu, entah-entah duit derma lagi banyak dari duit aku". Tidak lama kemudian anda terpaksa juga mengeluarkan sejumlah wang kerana ada masalah yang berlaku. Jadi dalam tengah berkira, mengalir juga duit anda untuk jadi rezeki orang lain.

Dalam hidup ini jangan terlalu berkira, nanti rezeki susah nak masuk. Apa yang kita perolehi hasil dari usaha kita bukan semua rezeki kita. Milik kita bukan semua rezeki kita. Oleh sebab itu kita digalakkan untuk bersedekah. Janji Allah s.w.t itu pasti, siapa yang suka bersedekah tidak akan jatuh miskin. 

Orang yang kedekut seringkali rasa tidak cukup dengan apa yang mereka ada. Kedekut macam mana sekalipun pasti duit itu akan habis juga.  

Terima kasih sudi baca :)

Tuesday, June 30, 2015

Tips ~ Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

I really admire him. He is my idol untuk bekerja keras lagi untuk cari rezeki yang lebih and out of my comfort zone. 
Banyak yang diperkatakan mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. 
Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa :-

‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup,
tetapi kerja keras’.


50 Perkara Penting Drp Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
(Hadiah istimewa saya untuk orang melayu muslim)


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.
50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Muhasabah diri kejap.
Apa yang kite dah sumbangkan kepada kedua ibu bapa kita ? 
Berapa banyak dah simpanan untuk anak-anak kita ? 
Berapa ramai anak yatim yang kita dah gembirakan mereka ???
Banyak mana kita bayar zakat setiap tahun?

Tuesday, April 7, 2015

Ustazah Bahiyah- Anda Buat, Anda Dapat!

Apa jua keinginan mahupun keperluan kita dalam hidup ni, kita kena USAHA.

source: setengahbaya,info

Nak makan nasi contohnya, kenalah basuh beras dan tanak nasi atas dapur ataupun dalam periuk elektrik. Dah masak, sendukkan ke dalam pinggan dan suakan nasi ke mulut untuk makan. Begitu banyak langkah untuk memenuhi satu visi iaitu makan nasi. Nampak macam remeh je rasa nak makan nasi tu kan? Tapi cuba kira ada berapa step untuk berjaya makan nasi akhirnya berdasarkan situasi di atas?

Maksudnya, lumrahlah kalau apa yang kita hajati itu memakan masa nak jadi realiti. Tapi inilah hakikat yang tak selalu orang ingat. Yang selalu orang ingat ialah banyaknya benda dia tak dapat, maka dia selalu rasa dipinggirkan, rasa malangnya diri, ataupun paling teruk ialah dah biasa tak dapat maka tak apalah..Ha kita tak nak tergolong dalam kelompok pasrah ni ya..

Kerana apa? Kerana kita semua dihasilkan berpotensi tinggi. Tak ada sorang pun manusia di muka bumi ini dilahirkan less than equal. Yang membezakan kita semua ialah USAHA. Memang kita dilahirkan ke dalam keluarga yang pelbagai latar belakang, tapi akhirnya kita semua kembali kepada fitrah yang sama iaitu semua adalah makhluk ciptaan Allah yang sebaik-baik kejadian. Bukan tertumpu pada satu jenis kaum sahaja yang mempunyai keistimewaan ya..

Berbezanya orang yang luar biasa dan yang biasa-biasa ditentukan juga oleh USAHA. Orang yang beKERJA KERAS untuk mencapai sesuatu matlamatnya sudah pasti akan mendapat hasil yang positif berbanding orang yang kurang berusaha. Ini logik kan? Macam pelajar cemerlang SPM dan pelajar kurang cemerlang, apa beza mereka? Sudah tentulah USAHA. Anda BUAT LEBIH, anda DAPAT LEBIH.

KERJA KERAS merupakan ingredient yang penting dan sama di dalam apa jua bidang untuk berjaya. Macam mana orang tu boleh kaya? KERJA KERAS. Macam mana orang tu boleh cukup duit nak bela ramai anak? KERJA KERAS. Macam mana budak tu boleh dapat result cemerlang dalam SPM? KERJA KUAT.

Membodek, meminjam dari orang lain bukan kerja keras ya. Orang yang beKERJA KERAS dia tak sempat dah nak toleh kiri kanan untuk mintak tolong dengan orang lain bagi mendapatkan apa yang dia nak. Dia USAHA dengan kudratnya sendiri, KERJA KUAT sampai dapat. Sikap macam nilah yang kita kena pupuk dalam anak-anak kita. Tak rugipun penat bekerja, berusaha sebab bila dapat habuannya nanti hilanglah penat lelah kita dan hidup ni rasa sweet sangat.. dah macam pengalaman bersalin pulak rasanya hehhe

Ingatlah, bila kita lipat gandakan usaha, kita akan dapat keuntungan yang berganda jugak
Tapi bila kita tidak menggandakan usaha kita, orang yang kita patut salahkan ialah diri sendiri dan bukan orang lain, kerana kita memilih untuk pandang sebelah mata je potensi yang terpendam dalam diri kita kurniaan Allah.

Kata Ustazah Bahiyah.



ANDA BUAT, ANDA DAPAT.



Sunday, January 4, 2015

HARGAILAH ORANG DI SEKELILING KITA.



Dengan WANG anda dapat membeli rumah tetapi tidak dapat membeli KEHIDUPAN.
Dengan WANG anda dapat membeli jam tetapi tidak dapat membeli WAKTU.
Dengan WANG anda dapat membeli katil tetapi tidak dapat membeli TIDUR YANG LENA.
Dengan WANG anda dapat membeli buku tetapi tidak dapat membeli PENGETAHUAN.
Dengan WANG anda dapat membeli doktor tetapi tidak dapat membeli KESIHATAN.
Dengan WANG anda dapat membeli darah tetapi tidak dapat membeli HIDUP.
Dengan WANG anda dapat membeli seks tetapi tidak dapat membeli CINTA.

Hidup ini umpama roda. Kadang kita di atas, kadangkala kita di bawah. Bila kita dibawah, kita kena selalu pandang ke atas untuk kita berusaha untuk naik ke atas. Dan bila kita di atas, jangan kita lupa pandang ke bawah, agar kita sedar di mana letaknya diri kita, dari mana asal usul kita. Agar kita tak lupa pada insan yang ada di bawah..

Dalam kita menempuh kehidupan hari ini dan hari-hari mendatang, kita tak kan lepas dari di uji. Ada sahaja onak dan duri yang akan kita tempuhi. Hidup ini tak indah andainya kemanisan sahaja yang mewarnainya. Sebab, mungkin ada yang jadi lupa diri, lupa daratan, meninggi diri & berbangga dengan apa yang ada. Tapi, kemanisan yang berselang seli dengan kepahitan akan mengajar kita erti syukur dan belajar erti menghargai..
         
Hari ini kita berteman.                              
Hari esok kita keseorangan..                       
Hari ini kita gembira...
Hari esok kita terluka....
Hari ini kita bertemu.....
Esok kita berpisah......

Oleh kerana kita terpisah kita kesepian & kesunyian.......                                
                                           
Namun kesepian & kesunyian itu, kadangkala indah, kadangkala membosankan. Tapi, kesepian mengajar kita menghargai detik manis yang telah berlalu dalam hidup kita..

Kita menangis..

Adakalanya dalam hidup ini kita perlu menangis agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata. Kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari.

Sesekali kita perlu DERITA,  
untuk mengenal erti BAHAGIA...    
 
Sesekali kita perlu KECEWA,
untuk kita kenal erti KEJAYAAN...

Sesekali kita perlu MENANGIS,   
                             
Sesekali kita perlu TERHIRIS,                              
untuk kita kenal DIRI SENDIRI...

Dalam jauh sebuah perjalanan,
ALLAH amanahkan sebuah perjuangan..
Terimalah dengan kekuatan...
Terkadang sakit yang mendatang..
Terkadang teman tak sehaluan..
Terkadang cemerlang tak kesampaian..
NAMUN,
Kita perlu gah di sisi ALLAH,
untuk meneruskan perjuangan..

Apabila aku kesepian hiburlah aku dengan suaramu.. Apabila aku sakit ubati aku dengan rasa kasih sayangmu.. Apabila aku mati, jangan mandikan aku dengan air matamu.. Apabila aku terkubur, kuburkan aku dihatimu.. Bila aku tersesat, selamatkanlah aku dengan doamu..

Hidup ini susah untuk diduga..
Kadang-kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang tapi sebenarnya jauh...                                                   
Walaupun kita dapat capai & genggam tangannya, tapi belum tentu hati dia dapat kita selami..

Mungkin kadang-kadang kita dapat tengok dia ketawa tapi kita tak tahu
apa di sebalik senyumannya. Bila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya..
Walhal kehadiran kita langsung tidak dihargai..

Rencah dunia..
Kita tidak tahu siapa kawan siapa lawan..
Sehinggalah sampai masa kita jatuh..
Adakah tangan itu menghulurkan bantuan ??
atau
kita ditinggalkan ???

Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa.
Mengenali seseorang itu
kadang-kadang membuat kita mengalir air mata.
Sesungguhnya..
Mengenali seseorang itu
mampu memberi kita sejuta rasa...
marah, sedih, gembira, sayang & rindu..
Tapi sedarkah kita ??
Mengenali seseorang itu adalah satu anugerah biarpun hadirnya cuma seketika...       
    
Dalam hidup kita,
TUHAN akan bagi kita peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul kita sayang.. Tapi hanya sekali.. Sekiranya kita leka, kita akan kehilangannya buat selamanya... Tapi kita tak pernah tahu siapa orangnya, jika kita sendiri tak pernah sedar dan tak pernah cuba untuk menghargai kehadirannya..
Mungkin setelah segalanya berlalu, baru kita mula sedar dan mungkin
kita tak berpeluang untuk memilikinya
untuk selamanya...

Kadang-kadang kita tak sedar, orang yang kita tak peduli, sayang sangat kat kita.. Kadang-kadang kita tak sedar,
kita terlampau sayang kat orang,
sedangkan dia selalu sakitkan hati kita..

Begitulah ALLAH mengasihi kita.. Kadang-kadang ALLAH tak berikan kepada kita apa yang kita nak kerana ada yang lebih baik untuk kita...

Ku minta pada ALLAH, setangkai bunga segar. Ia berikan kaktus yang berduri..
Ku minta pula kupu-kupu. Ia berikan ulat..
Ku sungguh kecewa dan bersedih. Namun tak lama kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang sangat cantik...

Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir & kilat.. Kita bersedih dan tertanya-tanya,
ke mana menghilangnya matahari..
rupa-rupanya,
ALLAH nak hadiahkan kita
pelangi yang sungguh indah...

Saturday, June 21, 2014

NEVER GIVE UP !



Gambar: It's my time, It's our time!! If you want something, you gotta fight for it, you you gotta FIGHT for your right and protect your dream! NEVER GIVE UP!! 

#nevergiveup #success #inspiration #motivation #bigdream #freedom


It's my time, It's our time!! If you want something, you gotta fight for it, you you gotta FIGHT for your right and protect your dream! NEVER GIVE UP!! 

Thursday, June 19, 2014

PILIHAN SELEPAS TAMAT BELAJAR




Pilihan Selepas Tamat Belajar | “Apa propsek kerja kau lepas habis belajar ni Amin?” Garau suara Mukmin bertanya. Mereka duduk di bawah pohon yang rendang sambil menikmati ABC mamak yang dijual atas lori putih.
“Aku takde gambaranlah kerja apa yang aku nak lamar lepas habis kerja ni Min. Agak-agak apa pekerjaan yang sesuai bagi pelajar yang pointercukup-cukup makan macam aku ni?” Amin menjawab pesimis. Ada nada merendah diri.
“Kau ni Amin… belum habis belajar lagi dah pesimis macam tu. Belum bertarung dah kalah. Itulah sebab kau takkan dapat kerja nanti. Bukan sebab pointer kau. Pointer tu hanya added value sahaja untuk. Syarikat sekarang ni nak ambil orang yang berkeyakinan tinggi.” Mukmin cuba untuk memotivasikan sahabatnya.
Amin tertunduk lesu. Tinggal beberapa langkah lagi dia akan melangkah keluar dari menara gading. Impiannya hanya satu, mendapatkan segulung ijazah untuk dipersembahkan kepada kedua orang tuanya. Itulah niatnya sejak pertama kali menjejakkan kaki ke universiti.
Namun nasib tidak menyebelahi Amin. Dia setiap semester, keputusannya hanya cukup-cukup makan padahal dia kategori pelajar yang rajin.
“Apa yang kau cakapkan tu senang Mukmin. Hakikatnya, nak laksanakan susah…”
“Apa yang susah? Kau bukan tak sempurna anggota badan. Kalau nak diikutkan kau ni kategori ada rupalah. Cuma tambah keyakinan diri je.”
“Pandailah kau nak ambil hati aku.” Amin tersenyum mendengar pujian dari Mukmin.
“Aku bukan nak mengampu. Aku cakap benda yang betul. Jadi apa prospek kerja impian kau?”
“Aku berminat dalam bidang kejuruteraan. Tapi sekarang aku tercebur dalam bidang pendidikan. Mungkin itu salah satu faktor kenapa aku kurang cemerlang.”
“Amin… Amin… ada saja alasan kau ni. Orang kalau dah tak mahu 1001 macam alasan. Kau jangan terasa Amin. Tapi kalau betul kau minat dengan bidang kejuruteraan, tak ada siapa pun yang boleh menghalang laluan kau ke sana. Sama ada kau mahu atau tak je.”
“Iyalah pakar motivasi terulung… Akan aku usahakan impian dan cita-citaku.”
“Ha, buat jangan tak buat! Eloklah kalau dah minat tu jangan tangguh-tangguh, nanti padam pulak semangat yang berapi-api tu.” Sambung Mukmin. Dia berharap sahabatnya akan mendengar pesanan dan kata-katanya.

Membuat Pilihan
Bukan memilih jodoh saja sulit sekarang ini. Memilih kerja pasca graduan juga mempunyai kesulitan tersendiri. Ramai bekas graduan yang telah menyelesaikan pelajaran keliru memilih pekerjaan selepas tamat pengajian.
Tidak kurang juga yang mengalami tekanan akibat pengajian yang diambil tidak bersesuaian dengan kerja yang dilamar. Akibatnya ramai graduan memilih untuk menganggur sebagai jalan penyelesaian.
Meskipun tahu menganggur adalah sebuah ‘aib’, namun pilihan itu dirasakan lebih baik daripada salah menceburi bidang pekerjaan. Tahukah mahasiswa dan mahasiswi sekalian bahawa kebanyakkan syarikat lebih cenderung menerima ‘lamaran’ kerja dari mereka yang berpengalaman meskipun mempunyai kelulusan di bidang yang berbeza?
Andaiannya seperti ini, Ahmad merupakan seorang graduan bidang pergigian dari sebuah IPT swasta. Namun ditakdirkan beliau tidak menerima sebarang panggilan kerja. Ahmad hampir putus asa. Namun, ibunya memberi semangat untuk mencuba pekerjaan dalam bidang yang berbeza iaitu perniagaan. Berbekal modal lima ratus ringgit Ahmad mula berniaga kecil-kecil dipasar malam.
Beliau menjual makanan-makanan sunnah seperti madu, kismis, kurma dan lain-lain lagi. Perniagaan Ahmad kurang mendapat sambutan di pasar malam. Ibunya sekali lagi memberi cadangan agar beliau membuka tapak perniagaan di ceramah-ceramah agama. Selain berniaga, beliau turut dapat menambah ilmu pengetahuan.
Berkat usaha yang berterusan dan tidak berputus asa. Kini Ahmad telah meiliki sebuah kios makanan sunnah disebuah pasaraya yang terletak di Shah Alam. Ilmu pergigian yang beliau perolehi turut dapat dipraktikkan jika ada pelanggan yang bertanya tentang kesihatan gigi.
Jika kita lihat, pergigian dan perniagan sama sekali tidak mempunyai kaitan. Namun, apa yang dilakukan oleh Ahmad adalah mendengar nasihat sang ibu dan yakin bahawa pekerjaannya akan membuahkan hasil. Jika Ahmad memilih untuk menganggur maka bilakan impian dan cita-cita beliau akan terlaksana? Disinilah letaknya akal dalam membuat pilihan.

Pekerjaan Kecil oleh Seorang yang Besar
Rasulullah s.a.w. memulakan karier baginda sejak berusia 7 tahun. Pada usia kanak-kanak yang sedang seronok bermain, Baginda telah menjadi seorang pengembala kambing. Baginda adalah seorang pesuruh Allah yang mulia. Dijaga dari dosa. Namun perjalanan Baginda menjadi seorang Rasulullah bukan sebuah perjalanan yang mudah.
Pekerjaan sebagai pengembala kambing, diikuti pula menjadi seorang peniaga telah mengajar baginda untuk sentiasa tawadhu, amanah dan rendah diri. Baginda tidak sombong meskipun datang dari keturunan yang besar, iaitu arab Quraish. Sifat tawadhu Baginda akhirnya menjadikan Baginda seorang pemimpin yang hebat, lembut hati dan mencintai umatnya.
Pekerjaan kecil yang lakukan telah mendisiplinkan Baginda dan akhirnya menjadikan Baginda pemimpin terulung yang tiada bandingnya hingga kini. Maka siapakah yang dapat menentukan sesebuah pekerjaan mampu menjamin kemuliaan seseorang?

Pengalaman itu Mendewasakan
Sahabat mahasiswa, bekerja tidak pernah merugikan. Asalkan ia halal dan bermanfaat. Bekerja akan memberi kita pengalaman yang berharga, juga membaiki akhlak kita agar lebih tawadhu.
Jangan sesekali kita memilih untuk ‘mengosongkan’ masa demi sesuatu yang tidak pasti. Bekerjalah walaupun bukan dalam bidang yang kita impikan sehingga suatu saat nanti kita mampu untuk mencapai impian kita.
Memilih untuk membiarkan masa kosong tidak berisi akan mengakibatkan ‘kebekuan’. Ibarat sungai yang tidak mengalir. Terkumpul di dalamnya kotoran dan akhirnya menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.
Sepertimana ramai alim ulamak yang menasihatkan agar para remaja mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat, maka seharusnya pasca graduan jangan sesekali kita biarkan masa terbuang begitu sahaja. Masa dan usia yang dibuang untuk perkara yang tidak bermanfaat akan melahirkan penyesalan seumur hidup.
Ambillah kesempatan untuk menceburi dan mendalami apa jua bidang. Anda akan merasakan nikmatnya memperolehi pengalaman, lebih besar daripada nikmat memperolehi uang gaji. Pengalaman mendewasakan, ia akan menjaga kita agar tidak tersalah langkah dikemudian hari. Sedangkan uang atau gaji akan habis jika tidak dilaburkan ke jalan yang bermanfaat. Semoga kita dipandu oleh Allah s.w.t. dalam membuat setiap keputusan penting dalam kehidupan.

Semoga sedikit sebanyak info ini dapat membantu anda di luar sana :)

Salam Sayang,
Nadiah Ahmad
+0195235560

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...