Showing posts with label quotes. Show all posts
Showing posts with label quotes. Show all posts

Tuesday, December 10, 2019

BILA TIADA JIWA, HILANG LAH RASA



Pernah tak alami situasi di mana kita nakkan sesuatu hajat atau kejayaan..

Kita nakkan rumah besar..
Kita nakkan kereta besar..
Kita nakkan duit simpanan yang banyak..
Kita nakkan bisnes yang maju..

Kita berdoa dan berusaha untuk dapat apa yang kita nak, tapi masih belum jua kita dapat..

Usaha kita macam banyak dah..
Kalau nak digandingkan dengan orang lain, menang kita dah..

Doa kita pun tak usah cerita.. Tahajjud dhuha tak tinggal..

Tapi masih kejayaan tu sayup-sayup nak singgah pada kita..

Satu je soalan nak tanya,

Waktu kita BERDOA tu kita berdoa sepenuh hati tak? Kita berdoa dengan sepenuh pengharapan tak?

Waktu kita usaha tu, kita usaha sepenuh hati tak? Kita all out sepenuh jiwa tak?

Benda ni tak diukur sekadar usaha fizikal tau..

Tapi apa yang lahir daripada JIWA..

Perasaan yang NAKKKK sangat-sangat.. 

Pengharapan yang tinggiii sangat-sangat pada Allah..

Ibarat kita ada anak, anak kita nak mintak pada kita duit nak beli aiskrim..

Situasi 1 : anak kita mintak sungguh2 kepada kita dengan suara lemah lembut, dengan linangan air mata.. anak kita tak mintak dengan menggesa, tapi sungguh2 mintak dekat kita dan tunjuk betapa dia teringinnn sangat-samgat aiskrim tu.. 
 
Anak kita sanggup kemas rumah and buat apa kita suruh sebab nak sangat-sangat aiskrim tu..

Kita jatuh kasihan kan? Kita pun rasa, “alahai kesiannya anak ummi ni.. Nah la amek lah duit ni pergi beli aiskrim tu”

Situasi 2: anak kita mintak nak beli aiskrim kepada kita dengan biasa-biasa je.. Ibarat dapat dapat lah, tak dapat pun takpe.. Ataupun anak kita rebel.. Cakap kasar dengan kita.. Kita suruh buat kerja rumah, suruh study pun taknak.. 

Kita sebagai mak pun rasa macam taknak belikan kan? 

Sedangkan ikutkan kita ni MAMPUUUU je nak belikan aiskrim kat anak kita tu..

Itu baru kita sebagai seorang Ibu..

Apatah lagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Sebesar-besar kasih sayang seorang Ibu kepada anaknya, besar lagi kasih sayang Allah kepada kita..

Bila mana Allah beri ilham untuk BERDOA. Percayalah Allah dah sediakan dah untuk beri apa yang kita minta.. 

Tugas kita hanya mintak dengan sungguh-sungguh..

Usaha dengan sungguh-sungguh..

Buat dengan JIWA, sampai RASA ke lubuk hati paling dalam..

Perasaan yang NAKKKKK sangat-sangat, tapi dalam masa sama kita tahu kita tiada daya upaya melainkan pertolongan Allah..

Dan kita usaha sungguh sungguh sungguh, supaya Allah nampak betapa kita NAK SANGAT!


Sebab kita tahu kita usaha bukan semata2 kerana kita yakin hajat kita tertunai melalui usaha.

Tapi sebab kita tahu ALLAH SEDANG LIHAT KITA..

Dan ALLAH SUKA HAMBANYA YANG BERUSAHA SUNGGUH2 UNTUK DAPATKAN SESUATU..

MAKA, ALLAH PASTI AKAN BERI..

Kerana Allah kasihan melihat kita hambaNya :’)

Nah, sekarang jom kita check 2 benda dalam hidup kita sekarang..

Kita DOA cukup sepenuh jiwa tak? Atau doa sekadar nak cepat-cepat sahaja..

Dan kita USAHA sepenuh jiwa tak? Atau sekadar cukup syarat sahaja..

Tepuk dada, tanya jiwa..

Anda akan dapat sendiri jawapan untuk segalanya 😊




Love,
Nadiah Ahmad

#InspirasiNadiahahmad
#Notetoself

Wednesday, August 21, 2019

WORDLESS WEDNESDAY | Nadiah Ahmad


MENTOR IBARAT WAZE, BUKANNYA GRAB

Dari awal Nad mula terlibat dengan bisnes SHOM, Nad jumpa macam macam jenis ragam dan perangai anak didik.

Ada yang ingin belajar sungguh sungguh.
Ada yang jenis rajin, ikut jer apa kita ajar.
Tapi ada jugak yang jenis cepat give up.

Paling sadis, ada yang buat pun belum awal awal dah angkat bendera putih tak nak teruskan.

Itu semua biasa, lumrah bisnes. 

Kita memang akan jumpa mereka yang jenis cepat down, yang tak boleh terima rejection, yang semua nak negatif dan jenis suka bagi alasan.

Tapi, yang nak berjaya pun ramai. Ada jer yang jenis bersemangat untuk terus majukan diri. Hanya mereka yang sanggup berusaha dan berani bersusah payah sahaja yang inshaaAllah akan berjaya.

So Nad kadang kadang boleh baca dah anak didik yang mana inshaaAllah akan sukses, semuanya bermula melalui attitude mereka sendiri.

Attitude differentiate successful people and losers.
Losers love to give excuses.

Success people always focus more on finding the solutions to achieve their goals.

Akan ada yang datang dan ada yang pergi, yang datang balik lepas pergi pun ada.


Saya ? InshaaAllah tetap di sini setia untuk membina dan meluaskan lagi empayar saya. Sales lebih setengah juta inshaaAllah soon to be tujuh angka sebulan 💪🏻💪🏻

Nak berjaya dalam bisnes, kita sendiri yang tentukan kita nak berjaya ke tak. Walau hakikatnya jalan kejayaan setiap orang tak sama, tapi mereka yang berusaha Allah dah janjikan jalan kejayaan masing masing.

Jangan banyak bagi alasan.
Jangan harapkan orang lain buat untuk kita.


Sebaliknya, you kena cabar diri sendiri untuk you achieve apa yang you sendiri inginkan.

Mentor hanya sebagai 'WAZE' dan bukan lah ‘GRAB’ yang akan hantar you sampai ke destinasi yang you nak pergi, sama ada you nak ikut 'WAZE' sebagai panduan perjalanan you atau pun tak itu semua terpulang pada diri masing masing 🤗

"Man Jadda Wajada"

Siapa yang berusaha, dia akan berjaya !

So you choose.
Nak beri alasan, make excuses.
Or make progress?

✨Postage hari hari
✨COD Kulim & sekitar Bukit Mertajam

SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Instagram : @nadiahahmad__

Tuesday, July 30, 2019

THERE ARE ONLY TWO OPTIONS : MAKE PROGRESS OR MAKE EXCUSES


THERE ARE ONLY TWO OPTIONS : MAKE PROGRESS OR MAKE EXCUSES

And for me, i prefer to make Progress rather than make excuses.

Kalau ikutkan keadaan Nad ni, dengan pregnant dok ligat buat COD POSTAGE sana sini, then now still Nad teruskan routine business Nad macam biasa everyday NON STOP macam biasa 😊

Sedangkan, Nad boleh je nak macam orang lain, nak duduk rumah tak keluar gi mana-mana rehat rest, sebab sejujurnya Nad cakap sejak pregnant kedua ni berganda lagi struggle daripada sebelumnya 😂

⛔️ I have No Personal Assistant (which i guess i really need one 😩)
⛔️ I have No Driver
⛔️ I have No Bibik (which i guess i need one too!)
⛔️ I have No Runner (which i really need one!)
⛔️ I have No Nanny (yes i need this too huhu)

Cause semua 100% Nad buat sendiri.

Uruskan anak sendiri kecuali if waktu pagi-pagi husband ada, dia tolong uruskan Hannan mandi bersiap bermain while Nad nak mandi ke mengemas ke etc.

Uruskan rumah kemas sapu mop sidai baju lipat baju eh semua lah kerja rumah Nad buat sendiri kecuali weekend tu pun if husband tak ada kerja luar dapatlah dia tolong juga sikit sikit or jagakan anak time ni

Drive kesana sini dengan Hannan and Handle COD, POSTAGE, Restock EVERYDAY all by myself.

Sampaikan Nad boleh kata Me Time Nad setiap hari cuma 15 minit je iaitu waktu mandi & pakai Infinence skincare pagi pagi sebelum keluar rumah and malam 😂

But still, Nad go on my life macam biasa.
Trying my best untuk MULTI-TASKING as A Mom, As a Housewife, as a Businessmom, as a Business Leader.

Sedangkan, Nad boleh je nak beri alasan.

“Takboleh lah nak buat business, sebab banyak kerja rumah, nak urus anak lagi i takde bibik, i takde sape tolong i.....”
“Susah lah nak consistent posting & business sebab Nad sibuk dengan anak yang tengah membesar.....”

But then i always said, AKU TAK NAK JADIKAN ANAK ANAK AKU ALASAN UNTUK AKU MUNDUR, SEBAB MEREKA SHOULD BE THE REASON AKU LAGI KERJA KERAS, BUKAN ALASAN & BUKAN SEBAB MEREKA.


Cause actually i also have DREAMS & GOALS that are much more bigger than my excuses.

And eventho progress Nad sekarang lebih lambat daripada sebelumnya, but at least i make effort and progress everyday!

So you choose.
Nak beri alasan, make excuses.
Or make progress?

✨Postage hari hari
✨COD Kulim & sekitar Bukit Mertajam

SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Instagram : @nadiahahmad__

Wednesday, July 17, 2019

PASTI BERSEBAB


PASTI BERSEBAB

Setiap orang, pasti bersebab untuk lakukan sesuatu. Ramai yang tanya Nad dari dulu sehingga sekarang,

"KENAPA NAD PILIH UNTUK BERBISNES?".

Allahuakbar. Secara ringkasnya, Nad pilih berbisnes sebab nak dapat EXTRA INCOME! Bukan kerana bulanan tu tak cukup, tetapi ianya hanya cukup-cukup.

Tiada savings.
Tiada extra perbelanjaan.
Tiada extra shopping. 
Tiada extra untuk jalan-jalan / makan angin. 

Just fokus yang wajib-wajib jee. 

Itu baru mukadimah! Meyh Nad ceritakan secara detail kenapa, bagaimana untuk menjawab segala pertanyaan ramai orang. Supaya, mungkin ada diluar sana yang sedang tercari-cari ataupun mengingin sesuatu yang dapat membantu untuk tambahkan pendapatan sendiri selain daripada kerja hakiki.

Semuanya bermula daripada impian untuk berkereta 😊 Sesiapa sahaja pun, pasti teringin untuk memiliki sebuah kereta yang pastinya dapat bantu memudahkan kehidupan seharian kita.

Namun, disebaliknya ada sebuah tanggungjawab besar yang kita kena pikul! Iaitu HUTANG :') 

Kereta baru sinonim dengan hutang 9 tahun. Bukan satu tempoh masa yang sekejap. Lamaaaa tu! Kalau ada anak kecil, sampai dia darjah 3 baru habis bayar hutang kereta. 

Bermulalah kisah di mana Nad "ikat perut" demi menjayakan kereta idaman.

Bulan pertama selepas beli kereta, seriusly enjoy! Kereta baru. Selesa. Alhamdulillah, "hasil" bekerja.. 

Bulan ke-2, dah mula start "sakit sana, sakit sini". Almaklumlah, bila ada kereta kita kena ada extra duit. Untuk minyak, untuk service dan sebagainya..

Waktu ni memang tak keruan dah! Allahuakbar. Hanya Allah jee yang tahu betapa "terdesaknya" pada ketika itu.

Masuk bulan ke-3, Allah! Tak tertahan tahan perasaan. Rasa "menyesal" pun ada. Tapi, tetap kena teruskan kehidupan seperti biasa cumanya pada ketika ini, ALLAH jawab satu persatu doa Nad.

Bertemu dengan SHOM 
Bertemu dengan MENTOR SHOM ..

Adalah satu anugerah yang terindah dalam kehidupan Nad. Yang mana, ianya telah mengubah kehidupan Nad 360 darjah! Malahan, bukan kehidupan jee tau, dari segi kesihatan luaran dan dalaman sekali.. 

Alhamdulillah Ya ALLAH :') 

Nad lebih suka untuk FOKUS KEPADA SATU dahulu. Cuba dan buat bersungguh-sungguh. Hasilnya kalau bukan hari ini, pasti esok akan ada! Percayalah. Buat sungguh-sungguh, berikan komitment 100% & tunjukkan kesungguhan kita betul-betul pilih untuk berjaya. 

Nad lebih suka untuk BUAT DULU! Yang lain-lain letakkan tepi. Berfikiran secara positif akan bantu kita untuk terus positif. Maka, kalau sebaliknya, sebaliknyalah yang kita dapat..

Nad lebih suka untuk SETIA PADA YANG SATU! Macam bercinta jugak. Kita kenal mengenali dengan lebih mendalam, untuk Shom consume supplement betul-betul, dapatkan effect secara tak langsung kita akan jatuh cinta dengan bisnes sekali.

Nad lebih suka untuk CABAR DIRI! Keluar daripada comfort zone itu adalah jalan yang terbaik untuk kita dapatkan sesuatu yang lebih baik. Berkorban apa sahaja demi merealisasikan sesebuah impian bukan sesuatu yang mudah, namun tak mustahil.. 

Dengan bisnes SHOM secara tak langsung Naf dapat INCOME CASH 3-4 ANGKA SEBULAN, belum termasuk  BONUS & TRIP lagi. Allahuakbar! :') 


Alhamdulillah, inilah antara asbab kenapa Nad still bertahan hampir 6 tahun bersama dengan SHOM ♥️

Saturday, July 6, 2019

TIME & FINANCIAL FREEDOM


HIDUP LUAR BIASA

Ada satu persoalan yang bermain di fikiran Nad lebih enam yang lalu.

Sampai bila Nad nak hidup biasa-biasa?

Sampai bila Nad nak terikat dengan waktu bekerja office hour?

Sampai bila Nad nak stay dengan gaji yang cukup makan?

Ada dua perkara yang Nad sentiasa impikan masa tu iaitu TIME FREEDOM & FINANCIAL FREEDOM!

Kenapa Nad nak kan TIME FREEDOM?

Sebab Nad nak jadi seorang isteri dan ibu yang boleh menguruskan rumah tangga sepenuh masa. 

Nad nak anak anak Yana membesar dengan Nad di sisi, Nad yang jaga mereka sendiri.

Tapi dalam masa yang sama, Nad tak nak mengharapkan duit suami untuk mencukupkan segala keperluan, tetapi Nad lagi lah nak meringankan beban suami dengan membantu mencukupkan mana yang kurang terutamanya bila berkenaan keperluan anak. 

Semua ibu inginkan yang terbaik untuk anak masing-masing kan? The same goes to me, Nad sentiasa ingin berikan yang terbaik untuk Hannan.

That is one of the reason why Nad nak kan FINANCIAL FREEDOM as well. 

Next sebab Nad nak senangkan emak ayah.

Nad bukannya lahir daripada keluarga kaya yang serba ada. Banyak yang Nad dah lalui sejak kecil yang membuatkan Nad berazam lebih kuat untuk berjaya dan pergi lebih jauh. Nad nak senangkan mak, ayah, family dan mereka yang terdekat dengan Nad.

Sebab-sebab lain biar lah Nad simpan sendiri 😊

"Orang berjaya bertindak dengan pantas untuk lebih berjaya, orang gagal sentiasa terhegeh-hegeh dalam tindakan."

Syukur Alhamdulillah Yana memilih jalan untuk focus dengan business SHOM ni sejak lebih enam yang lalu, banyak yang telah berubah dalam kehidupan Nad dengan izin Allah.

Moga Allah permudahkan jalan Nad untuk terus mencapai impian dan usaha Nad untuk membantu anak didik Nad juga mencapai impian masing-masing. Juga buat anda yang membaca post ini, moga Allah berikan keberkatan dalam kehidupan kita semua di dunia dan akhirat. Aminn..


 SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Instagram : @nadiahahmad__

Friday, June 28, 2019

PENJEMPUT REZEKI


HAKIKAT REZEKI YANG SEBENAR 

Ramai manusia zaman sekarang tak sedar bahawa mereka tidak ubah seperti PENGEJAR KUPU-KUPU.

Rezeki boleh diibaratkan seperti kupu-kupu.. 🦋Kupu-kupu itu pulak sifatnya adalah berterbangan dan nak tangkap kupu-kupu ni semestinya kena pakai jaring.

Dan setiap kali nak tangkap kupu-kupu, yang mampu kita tangkap hanyalah seekor sahaja pada satu masa kan? Dapat tangkap sekor, kita masuk dalam sangkar. Tangkap sekor lagi kita masuk dalam sangkar.

Waktu nak bukak pintu sangkar nak masukkan kupu-kupu tu, adakalanya kupu-kupu yang lain pulak terlepas keluar.

Setiap malam, tak mampu nak tidur lena memikirkan kupu-kupu. Bimbang kupu-kupu terbang lari. Bimbang kupu-kupunya dicuri orang.

Hati tidak tenang. Jiwa tidak tenteram. Makin banyak kupu-kupu dalam sangkar, makin runsing kehidupan. Makin banyak takut. Makin banyak risau.

Sedangkan, ada cara yang lebih mudah sebenarnya untuk mengundang kupu-kupu datang hinggap tanpa perlu nak berpening kepala, takut dan risau, serta hati sentiasa tenang dan bahagia. Tapi dalam masa yang sama, kupu-kupu datang sendiri. Bukan sedikit, tapi datang berbondong-bondong 😍

Caranya ?

BINALAH TAMAN! 😘

Binalah taman yang indah, yang banyak bunga-bungaan yang wangi. Kerana hakikat kupu-kupu itu tertarik kepada haruman bunga yang harum 💕

Nak tanam pokok bunga yang cantik mekar setaman semestinya perlukan USAHA, perlukan MASA, perlukan kita BAJA setiap hari.

Tapi satu masa nanti, bila taman sudah subur mekar penuh dengan bunga bungaan, kupu-kupu nanti datang sendiri 🦋

Hati kita tenang, tidur malam mampu lena dengan nyaman. Tak runsing memikirkan kupu-kupu hilang atau dicuri orang. Manakan tidak, bilangan yang terbang girang di taman pun tak terkira banyaknya 🤗

Andai pun dicuri orang, ah tak kisah sebab nanti pasti banyak yang akan datang lagi.

Hidup bahagia tanpa runsing. Tenang tak perlu serabut kepala.

Tapi kupu-kupu tetap datang. Datang dan datang 😊

Indah bukan?

Andai mampu hidup seperti pemilik taman kupu-kupu 💕

Bahagia bukan?

Andai mampu hidup sebagai PENJEMPUT REZEKI ❤️

Yang tidak perlu gusar dan runsing memikirkan rezeki, kerana YAKINNYA mereka bahawa Yang Maha Memberi Rezeki sudah sediakan rezeki yang bukan hanya cukup malahan melimpah ruah buat mereka.

Mereka tak pernah gusar akan kecukupan rezeki, kerana mereka tahu ALLAH KAN MAHA MEMAKBULKAN. Minta lah saja pada Allah 💕

Namun selain itu, mereka ada memegang TIGA RAHSIA MENJADI PENJEMPUT REZEKI.

Iaitu, sentiasa praktis tiga perkara.

1️⃣ POSITIVE THINKING 

Mereka tahu, sedar dan percaya bahawasanya setiap apa yang mereka fikir itu adalah DOA, imej yang ada dalam fikiran ibarat PROJECTOR yang mana imej yang terpancar pada layar putih itu lah takdir kehidupan mereka.. 

Jadinya mereka sentiasa berfikiran yang baik-baik kerana mereka sedar Allah bersama dengan setiap sangkaan mereka, dan Allah memakbulkan setiap yang ada di fikiran mereka..

2️⃣ POSITIVE FEELING

Di antara minda dan hati, sebenarnya getaran yang lebih kuat terhasil di hati.. Maka tak hairan lah orang yang baik, yang bersih jiwa, yang pemaaf, yang suka kedamaian tak suka permusuhan, yang selalu doakan yang baik2 untuk orang, yang sentiasa BERSYUKUR, kita lihat kehidupan mereka sentiasa tenang dan dipermudahkan.. 

Rezeki hadir berlimpahan.

Salah satu cara nak mendapatkan positive feeling ialah melalui AMAL IBADAH dan BERSYUKUR

3️⃣ POSITIVE MOTIVATION

Ramai manusia lemah semangat, lemah jiwa dan tak kuat menempuh kehidupan ini kerana motivasi diri yang lemah. Punca motivasi diri yang lemah ialah, matlamat hidup tak jelas.

Hidup bukan hanya untuk mengejar duit semata-mata. Pengejar duit akan lelah seperti mana penangkap rama-rama.

Tapi kejarkan lah hidup memberi manfaat kepada orang lain. Niat ibarat ALAMAT. Tersalah alamat maka surat tidak akan sampai.

Sentiasa betulkan niat, nak berjaya, mesti kuat semangat, kerana nak beri manfaat kepada lebih ramai orang di sekeliling kita, InshaAllah

————————


Nak membina taman tidak mudah, tetapi tidak mustahil melalui istiqamah.

Sentiasa amalkan 3 perkara untuk, untuk mengecap 3 rahsia membina taman rezeki seperti di atas..

BERSANGKA BAIK
BERSYUKUR
SENTIASA PERBETULKAN NIAT

InshaAllah semoga sama-sama kita menjadi penjemput rezeki yang berlimpahan, ibarat taman bunga yang mengundang kupu-kupu yang tak terkira banyaknya..

Amin ya rabbal alamin 💕

SHOM-Business-Mom-Preneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

Instagram : @nadiahahmad__

Sunday, October 7, 2018

Positive pagi


Assalamualaikum, rise and shine sayang semua 😊



Tips untuk aura positif bukan sahaja perlu berfikiran positif seawal pagi.

Dulu waktu Nad hendak mula kenal dunia cari wang sendiri. Nad selalu mulakan dengan amalan yang salah. Mesti cari nasi lemak telur mata dan milo ais.

Rupanya, amalan Nad tu membawa ke arah kemunduran. Kerja Malas, mengantuk yakmat. Badan semakin berat dan lesu. Muka ni tok sah cakap, macam bontot kuali. Kusam gila.

Selepas Nad tukar aturan kehidupan Nad setiap pagi. Hidup Nad mula bertukar dari 90 - 360 darjah. Nad mula ubah pengambilan sarapan yang betul. Pagi-pagi buat air detox garam buluh and minum Min Kaffe. Kadang-kadang campur dengan Shake Me bergantung pada citarasa pada hari-hari tertentu. Lepas sarapan telan pulak garlic tablet. Makan tengah hari banyakkan sayur dan buah lepas tu minum n'licious. Hari-hari tanpa jemu. 



Ada yang mulut senyap, tapi menjeling macam mengejek. "Eleh, hangat taik ayam je ni". Memang rasa.

Awal pagi otak Nad tak fikir negatif. Kalau pagi-pagi Nad dah fikir lapar macam nak makan menu lunch memang lemau. Itu tanda otak masih negatif. Terus bawa ke petang. 

Nampak mudah je kan ?

Ehemm, awak pulak yang baru mula untuk kurus kan badan tu. Sehari berapa kali jumpa abang tandas ? 

Pagi,
Wajib membuang, kalau belum membuang kerah sikit displin detox tu. Bercinta dengan abang tandas waktu pagi tersangat bagus. Badan awak akan ringan, akan sihat tu confirm la, seharian awak tak ngantuk, cergas dan perut jadi sangat slim gitu.

Tengah hari,
Jumpa lagi abang tandas, manja-manja je la sikit ngan dia. Awak jangan sombong sangat dengan abang tandas, tanpa dia awak belum tentu tenang tau.

Petang atau malam,
Yang ni Nad sendiri wajib nak rindu dengan abang tandas, gelisah kalau Nad tak dapat jumpa dia. Nad nak, bila Nad tidur nanti perut Nad bersih tanpa sisa makanan. 

Awak paham ke tak sekarang ni ?

Motif nak sihat, bukan nak kurus kan ? Ke kau orang nak kurus sebenarnya. Displin dah tahap dewa belum? 

Detox kene mula dari pagi.



Berat idaman,
- 40kg -

Cuba awak  set minda dan seiring dengan perbuatan. Lepas tu awak cerita pulak dekat Nad betapa susah atau senang hendak lakukan.

Ramai yang nak tahu cerita awak jugak.

NADIAH AHMAD | 019.523.5560 | @nadiahahmad__
PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

Thank you for reading guys ! 😉
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...