Showing posts with label much love. Show all posts
Showing posts with label much love. Show all posts

Tuesday, December 10, 2019

BILA TIADA JIWA, HILANG LAH RASA



Pernah tak alami situasi di mana kita nakkan sesuatu hajat atau kejayaan..

Kita nakkan rumah besar..
Kita nakkan kereta besar..
Kita nakkan duit simpanan yang banyak..
Kita nakkan bisnes yang maju..

Kita berdoa dan berusaha untuk dapat apa yang kita nak, tapi masih belum jua kita dapat..

Usaha kita macam banyak dah..
Kalau nak digandingkan dengan orang lain, menang kita dah..

Doa kita pun tak usah cerita.. Tahajjud dhuha tak tinggal..

Tapi masih kejayaan tu sayup-sayup nak singgah pada kita..

Satu je soalan nak tanya,

Waktu kita BERDOA tu kita berdoa sepenuh hati tak? Kita berdoa dengan sepenuh pengharapan tak?

Waktu kita usaha tu, kita usaha sepenuh hati tak? Kita all out sepenuh jiwa tak?

Benda ni tak diukur sekadar usaha fizikal tau..

Tapi apa yang lahir daripada JIWA..

Perasaan yang NAKKKK sangat-sangat.. 

Pengharapan yang tinggiii sangat-sangat pada Allah..

Ibarat kita ada anak, anak kita nak mintak pada kita duit nak beli aiskrim..

Situasi 1 : anak kita mintak sungguh2 kepada kita dengan suara lemah lembut, dengan linangan air mata.. anak kita tak mintak dengan menggesa, tapi sungguh2 mintak dekat kita dan tunjuk betapa dia teringinnn sangat-samgat aiskrim tu.. 
 
Anak kita sanggup kemas rumah and buat apa kita suruh sebab nak sangat-sangat aiskrim tu..

Kita jatuh kasihan kan? Kita pun rasa, “alahai kesiannya anak ummi ni.. Nah la amek lah duit ni pergi beli aiskrim tu”

Situasi 2: anak kita mintak nak beli aiskrim kepada kita dengan biasa-biasa je.. Ibarat dapat dapat lah, tak dapat pun takpe.. Ataupun anak kita rebel.. Cakap kasar dengan kita.. Kita suruh buat kerja rumah, suruh study pun taknak.. 

Kita sebagai mak pun rasa macam taknak belikan kan? 

Sedangkan ikutkan kita ni MAMPUUUU je nak belikan aiskrim kat anak kita tu..

Itu baru kita sebagai seorang Ibu..

Apatah lagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Sebesar-besar kasih sayang seorang Ibu kepada anaknya, besar lagi kasih sayang Allah kepada kita..

Bila mana Allah beri ilham untuk BERDOA. Percayalah Allah dah sediakan dah untuk beri apa yang kita minta.. 

Tugas kita hanya mintak dengan sungguh-sungguh..

Usaha dengan sungguh-sungguh..

Buat dengan JIWA, sampai RASA ke lubuk hati paling dalam..

Perasaan yang NAKKKKK sangat-sangat, tapi dalam masa sama kita tahu kita tiada daya upaya melainkan pertolongan Allah..

Dan kita usaha sungguh sungguh sungguh, supaya Allah nampak betapa kita NAK SANGAT!


Sebab kita tahu kita usaha bukan semata2 kerana kita yakin hajat kita tertunai melalui usaha.

Tapi sebab kita tahu ALLAH SEDANG LIHAT KITA..

Dan ALLAH SUKA HAMBANYA YANG BERUSAHA SUNGGUH2 UNTUK DAPATKAN SESUATU..

MAKA, ALLAH PASTI AKAN BERI..

Kerana Allah kasihan melihat kita hambaNya :’)

Nah, sekarang jom kita check 2 benda dalam hidup kita sekarang..

Kita DOA cukup sepenuh jiwa tak? Atau doa sekadar nak cepat-cepat sahaja..

Dan kita USAHA sepenuh jiwa tak? Atau sekadar cukup syarat sahaja..

Tepuk dada, tanya jiwa..

Anda akan dapat sendiri jawapan untuk segalanya 😊




Love,
Nadiah Ahmad

#InspirasiNadiahahmad
#Notetoself

Sunday, October 28, 2018

Kerana Diriku Begitu Berharga


Malam ni badan rasa agak keletihan sikit dengan aktiviti sepanjang hari.

So macam biasa bila terlalu penat wajib ambik Bv alfalfa setiap hari untuk boost energy. 
Terutama untuk Bv Alfalfa lovers ❤️

Bagi yang tertanya-tanya Bv Alfalfa nie apa ? Apa kelebihan Bv Alfalfa ? 

Bv alfalfa ni merupakan minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Ia mengandungi campuran unik seperti :

✨ Polygonum Cuspidatum
✨ Anggur Muscadine
✨ Elderberi Eropah
✨ Lobak Ungu

Semua bahan ini kaya dengan polifenol menjadikan Bv Alfalfa begitu unik. 

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Antara Kebaikan Polifenol yang terkandung dalam Bv Alfalfa  :

▪️Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
▪️Mencantikkan dan melicinkan kulit
▪️Membantu mengurangkan risiko penyakit yang melibatkan sel
▪️Melindungi dan meningkatkan kesihatan jantung
▪️Mengurangkan paras gula dalam darah 
▪️Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
▪️Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk (alzheimer)
▪️Membantu meningkatkan kesihatan penghidap parkinson
▪️Meningkatkan kesihatan pesakit strok - angin ahmar
▪️Meningkatkan kesihatan imum badan
▪️Menggalakan kesihatan keseluruhan

Sebab tu Nad kata, Bv Alfalfa ni sangat special. Siapa yang pernah consume pasti rasa kelebihan setiap kali amalkan Bv Alfalfa.

Untuk awak yang renyah nak telan pil/bancuh-bancuh boleh consume Bv alfalfa nie okey ?

Assalamualaikum & Selamat Malam semua.

NADIAH AHMAD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...