Showing posts with label GARLIC. Show all posts
Showing posts with label GARLIC. Show all posts

Thursday, October 24, 2019

MOOD PAGI EFFECT AKTIVITI SEHARIAN

BENDA YANG BOLEH NAIKKAN MOOD WANITA PAGI2 - BILA TENGOK CERMIN TENGOK KULIT BERSERI CANTIK CERAH WALAUPUN BELUM MANDI 

Hahahaha setuju tak??

Nad punya habit daripada dulu memang suka tengok cermin pagi-pagi hehe..Lagi best kalau tengok cermin pagi2, muka berseri and freshhhh je (walaupun belum mandi haha)

Alhamdulillah, sekarang ni Allah izinkan nana untuk dapat view macam tu depan cermin pagi-pagi hehe

Kalau dulu, 7 tahun lepas, bila bangun pagi tu kulit memang rasa lesu and tak bermaya.. Nampak kusam je, nampak tak berseri..

Sampaikan bila pergi kelas pun, ada kawan sekelas nad pernah tegur, 

"Eh nad, hang tak mandi ke? apasal kusam sangat muka hang ?"

Mulut tu memang takde insurans kan? 😇

Tapi tak salahkan dia pun la sebab memang cenggitu lah kejadian kulit Nad satu ketika dahulu haha

Nak tahu rahsia kulit flawless, berseri je walaupun baru bangun tidur?

1) Tidur yang lena dan cukup

Definisi tidur yang lena dan cukup ni tak semestinya bergantung kepada berapa jam kita tidur.. Ada orang tidur 8 jam pun esoknya mengantuk lagi.. Untuk Nad, tidur 4-5 jam yang lena, inshaAllah dan mencukupi dah untuk Nad..

Macam mana nak dapatkan tidur yang lena ? Of course dengan consume Garlic Tablet dan BB Glo sebelum tidur.. Sangat membantu imprive kualiti tidur Nad :)

2) Minum air secukupnya

Bagi Nad nak minum air banyak ni takde masalah lansung, sebab Nad sendiri memang sukaaaa minum air kosong <3

Nad selalunya akan minum air at least 4-5 liter setiap hari.. Kalau hari nad ada exercise selalu lebih sikit la

3) Supplements yang badan perlukan

Sebenarnya bila kita consume supplements yang badan kita perlukan, not mainly pun untuk cantikkan kulit semata-mata.. Tapi bila kesan dia kita dapat nampak dekat kulit, it means supplement yang kita makan tu dah cover keperluan badan kita yang salah satu kesan kita dpt tgk is, pada kulit

Contoh macam nad, nad consume SHAKE ME setiap hari which means PROTEIN.. Nad ambil dengan kuantiti yang badan nana perlukan, and protein ni bukan lah mainly untuk kulit cantik je..

Bila Nad consume SHAKE ME, kesan pada badan Nad ialah badan Nad rasa bertenaga and sihat.. And disebabkan protein ni bahan binaan asas sel badan kita, bila kita consume protein secukupnya kulit akan jadi anjal, parut cepat hilang.. So sebab tu bila consume SHAKE ME atau KOLAGEN kulit pun jadi cantik :)

4) SKINCARE YANG BERKESAN, SELAMAT & SEMULAJADI

Skincare ni antara yang paling memainkan peranan untuk bantu dapatkan kulit yang FLAWLESS :)

Bagi sesetengah orang, pakai skincare apa pun sama je.. Pada Nad TAK.. Bagi seorang yang dah cuba bermacam-macam jenis skincare, jujurnya Nad belum pernah lagi setia pakai 1 jenis skincare lebih daripada 6 bulan sebelum ni..

NEVER!

Paling2 pun mesti setiap 6 bulan sekali Nad akan tukar skincare.. Name it, skincare murah ke mahal ke, sephora ke drugstore ke, mostly Nad dah cuba..

Tapi ada satu je yang Nad dah konsisten gila guna almost 2 tahun.. Nak tahu apa dia? YES, INFINENCE SKINCARE 😍

Toooo fall in love sampai sehari pun taknak skip kalau boleh sebab nak maintain kulit yang cantik and sihat ni sampai bebila 😚


Korang yang nak dapat kulit flawless, berseri, nampak fresh and tak kusam, contact je Nad..

Nad bantu consult sampai korang dapat kulit idaman <3

Your Health & Beauty Advisor

NADIAH AHMAD

▪️Postage setiap hari
▪️COD SHOM Kulim & Sekitar Bukit Mertajam

Instagram : @nadiahahmad__

Saturday, November 10, 2018

SLIM AND FIT ALWAYS PLEASE


Hi Semua ! Sorry kalau menghilang ye . Tak punnn. Yela al maklum walaupun semua orang cuti hujung minggu. Nad mana ada cuti. Kalau nampak gaya macam cuti. Tu semua luaran ye. On other times, masih bekerja 😎

Once you be a mother. Ayat cuti tu dah tak wujud 😂 kalau ye pun betul-betul bercuti. Dalam otak mesti fikir “eh baju kat ampaian dah amik semua ke ?” “Balik ni mesti banyak baju nak basuh” “anak i ni cukup tak makanan kat umah” and macam-macam la. 

So Nad dah lari topic. Haha. Anyways thats just a glimpse of what a mother’s life is. Especially those yang tak ada maid dekat rumah. Atau bantuan dari ahli keluarga lain. 

Anyways. Ingat tak Nad ada cakap dulu that I have a goal to reach back my slim kan. Well, Nad consume Garlic tablet untuk membantu Nad burn the stubborn fats away. 
I am watching what I eat. I do exercise. Tapi I nak boost sikit proses tu. Yelah, 2018 dah nak berakhir kot. Dah rasa berbulan pending tak jaga badan ni 🙈

Nad consume Min Kaffe untuk kawal diri dari asyik nak makan. And tambah Garlic tablet untuk bakar lemak pulak. Tapi korang jangan ingat ni ubat ajaib tak senam boleh kurus ye. No no no. 

Nanti Nad akan check balik end of this month to see how it progresses 😊 badan kurus tapi perut buncit lagi besar dari orang hamil few months 🤣 




SLIM AND FIT ALWAYS PLEASE. My aim before 2018 ends . 

And yes . Garlic tablet ni bukan sahaja untuk hilangkan angin degil dalam badan, hilangkan masalah cepat letih dan mengantuk , tapi boleh juga menolong untuk bakar lemak. As long as you jaga apa you makan dan bersenam ye ! 

Lets see if I can reach that goal by year end ! Wish me luck 😬

Ingin mencuba Garlic tablet ni macam Nad ?  Boleh whatsapp Nad untuk order dan sebarang pertanyaan.

Nadiah Ahmad,
Premium Beautiful Expert

Sunday, October 7, 2018

Positive pagi


Assalamualaikum, rise and shine sayang semua 😊



Tips untuk aura positif bukan sahaja perlu berfikiran positif seawal pagi.

Dulu waktu Nad hendak mula kenal dunia cari wang sendiri. Nad selalu mulakan dengan amalan yang salah. Mesti cari nasi lemak telur mata dan milo ais.

Rupanya, amalan Nad tu membawa ke arah kemunduran. Kerja Malas, mengantuk yakmat. Badan semakin berat dan lesu. Muka ni tok sah cakap, macam bontot kuali. Kusam gila.

Selepas Nad tukar aturan kehidupan Nad setiap pagi. Hidup Nad mula bertukar dari 90 - 360 darjah. Nad mula ubah pengambilan sarapan yang betul. Pagi-pagi buat air detox garam buluh and minum Min Kaffe. Kadang-kadang campur dengan Shake Me bergantung pada citarasa pada hari-hari tertentu. Lepas sarapan telan pulak garlic tablet. Makan tengah hari banyakkan sayur dan buah lepas tu minum n'licious. Hari-hari tanpa jemu. 



Ada yang mulut senyap, tapi menjeling macam mengejek. "Eleh, hangat taik ayam je ni". Memang rasa.

Awal pagi otak Nad tak fikir negatif. Kalau pagi-pagi Nad dah fikir lapar macam nak makan menu lunch memang lemau. Itu tanda otak masih negatif. Terus bawa ke petang. 

Nampak mudah je kan ?

Ehemm, awak pulak yang baru mula untuk kurus kan badan tu. Sehari berapa kali jumpa abang tandas ? 

Pagi,
Wajib membuang, kalau belum membuang kerah sikit displin detox tu. Bercinta dengan abang tandas waktu pagi tersangat bagus. Badan awak akan ringan, akan sihat tu confirm la, seharian awak tak ngantuk, cergas dan perut jadi sangat slim gitu.

Tengah hari,
Jumpa lagi abang tandas, manja-manja je la sikit ngan dia. Awak jangan sombong sangat dengan abang tandas, tanpa dia awak belum tentu tenang tau.

Petang atau malam,
Yang ni Nad sendiri wajib nak rindu dengan abang tandas, gelisah kalau Nad tak dapat jumpa dia. Nad nak, bila Nad tidur nanti perut Nad bersih tanpa sisa makanan. 

Awak paham ke tak sekarang ni ?

Motif nak sihat, bukan nak kurus kan ? Ke kau orang nak kurus sebenarnya. Displin dah tahap dewa belum? 

Detox kene mula dari pagi.



Berat idaman,
- 40kg -

Cuba awak  set minda dan seiring dengan perbuatan. Lepas tu awak cerita pulak dekat Nad betapa susah atau senang hendak lakukan.

Ramai yang nak tahu cerita awak jugak.

NADIAH AHMAD | 019.523.5560 | @nadiahahmad__
PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

Thank you for reading guys ! 😉

Saturday, September 29, 2018

Pengalaman berpantang part II


Assalamualaikum, good morning semua 😊

MACAM ANAK DARA

Pagi ni Nad nak sambung pengalaman berpantang Nad dengan SHOM.



Gambar ni selepas 2 tahun 5 bulan bersalinkan Teh Hannan. Berat sama yang maintain selepas sebulan Hannan lahir 😊 

Nad nak cerita tentang supplemen yang banyak bantu Nad untuk kembali kepada BERAT ASAL ketika berpantang, beserta pada masa yang sama, membantu untuk BANYAKKAN SUSU.

Sebab ramai yang tanya Nad, ada tak produk yang boleh bantu mereka untuk turunkan berat badan, dan pada masa yang sama sesuai utk menyusu badan. Malah, bagus untuk PERKEMBANGAN OTAK & PENGLIHATAN BAYI.

There you go, dah 3 MANFAAT UTAMA yang Nad dah ceritakan diatas tentang supplemen yg bakal Nad ceritakan dibawah.

Nad akan share setiap produk beserta kelebihannya serba sedikit okay 😊

🌟 Shake Me

Ia adalah minuman Protein yang bersaskan soya NOn-GMO. Protein sangat-sangat penting untuk penbentukan sel-sel baru yang akan membentuk tisu seterusnya otot-otot dalam badan kita (otot organ/badan/kulit/dll). Istimewa Shake Me adalah ia mengandungi 9 amkno acid yg tidak dihasilkan oleh badan manusia.

In brief, 

✔Protein membantu untuk supply tenaga (G.I yg rendah membantu memecahkan gula secara perlahan-lahan, & memastikan gula dlm paras yg rendah dalam darah).
✔Membaiki luka dalaman & luaran (episiotomy/koyak)
✔Mengurangkan kesan parut (stretchmarks)
✔Memberi rasa kenyang yg lama
✔Merangsang pengeluaran susu badan
✔Memelihara kesihatan kulit keseluruhan

🌟 BV ALFALFA

Herba yang dikenali sebagai RAJA SEGALA TUMBUHAN. Kaya dengan klorofil dan nutrient.

Kelebihan mengamalkan Alfalfa dalam diet seharian:
✔Detoks (mencuci hati, darah dan usus)
✔Melancarkan pencernaan & penghadaman
✔Membuang angin
✔Menyingkirkan lemak dan kolesterol jahat
✔Saponin, bertindak sebagai serat yg menyerap kolestrol
✔Melegakan keletihan
✔Milkbooster


🌟 GARLIC TABLET
Kapsul bawang putih yg terbaik bagi Nad setelah dipelajari kandungan dan cara penghasilannya. 

Mengandungi  banyak sangat kelebihan untuk kesihatan organ dan badan secara menyeluruh.

✔Membakar kolesterol jahat
✔Membantu mengawal tekanan darah
✔Membantu mengawal masalah berat badan
✔Memelihara fungsi sendi
✔Membantu untuk perkembangan otak, minda & penglihatan bayi dan kanak-kanak

***

This is what I consume currently without failed. 


InsyaAllah akan teruskan sebagai ikhtiar untuk pelihara kesihatan Nad 😊

Dan, inilah Rahsia Nad KURUS CEPAT WALAUPON BREASTFEED DAN MAKAN BANYAK !

Husband nak dukung kita pon senang tau haa 😝 Manalah tau demam teruk tetiba sampai tak boleh nak bangun, taklah mengah laki nak dukung. 

Haa...nak cuba boleh contact Nad. Bukti depan mata dah hehe 😊


NADIAH AHMAD | 019.523.5560 | @nadiahahmad__

PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

Sunday, March 1, 2015

Apa itu #SetKurusBajet ? Adakah ia untuk saya ??


Apa itu #SetKurusBajet?


#SetKurusBajet ialah satu set pemakanan kesihatan bertujuan untuk menguruskan berat badan secara sihat!. Ia mengandungi 3 bahan utama iaitu:-
  1. Garlic
  2. Biovelocity Alfalfa
  3. Mineral Coffee


Kenapa #SetKurusBajet = Garlic+Alfalfa+Coffee ?

Ramai wanita ingin mendapatkan bentuk badan yang menarik. Kita semua tahu betapa pentingnya pemakanan yang seimbang, malangnya ramai antara kita disebabkan sibuk tidak dapat menjaga makan dengan betul.

#SetKurusBajet mampu membantu memberikan kita nutrien yang sepenuhnya disamping membantu proses detoksifikasi. Proses detoks inilah yang akan bantu membuang kotoran.




Apa fungsi Garlic (Bawang Putih)?


Google sahaja garlic, kita boleh jumpa beratus website (beribu-ribu pun boleh) yang menceritakan kebaikan Garlic yang telah diamalkan turun-temurun oleh pelbagai budaya & bangsa.

Antara kebaikannya, ialah menurunkan kadar KOLESTEROL dalam badan

Apa pula fungsi Alfalfa?


Alfalfa pula dikenali pula sebagai Raja segala sayur, dimana satu sudu teh alfalfa dikatakan sama seperti memakan SATU KILOGRAM sayur. Ditambah pula Alfalfa dalam #SetKurusBajet dilengkapi tenaga Bio-Velocity iaitu tenaga cahaya sinaran matahari memberikan kita nutrien & tenaga untuk sepanjang hari!



Apa tujuan Mineral Coffee?



Bagi penggemar kopi, meminum kopi tak menjadi masalah, tapi kepada yang alergik kopi, tahukah anda antara testimoni mineral coffee kami, ialah tiada side effects seperti, migrain, pening, atau lain-lain apabila meminum kopi?

Ini disebabkan mineral coffee kami, mengandungi garam buluh yang mengandungi kandungan mineral yang sangat baik & diperlukan oleh badan.


Betul ke #SetKurusBajet boleh kuruskan badan?

Insya-Allah dengan pengambilan yang betul & konsisten ia boleh membantu. Tak percaya?! Lihat sahaja testimoni-testimoni kami yang terkini dengan Search #setkurusbajet di Instagram.

Kami antara yang mengamalkan setkurusbajet berbanding kumpulan atau produk lain yang hanya berkata-kata, tapi kami menunjukkan bukti!

Antara yang berjaya kami kongsikan disini:-










Berapa harga #SetKurusBajet?

Namanya pun bajet, jadi kami pun cuba memberikan pilihan terbaik untuk anda.






Jadi apa tunggu lagi? Kalau anda sama macam kami, berazam untuk menurunkan berat badan pada tahun 2015, boleh lah mencuba

Hubungi saya:-



Nadiah Ahmad
019 - 5235560

atau email sitinadiahmad@gmail.com
untuk maklumat lanjut.

Sunday, September 28, 2014

TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SET KEMPIS PERUT

Masalah perut buncit sememangnya menjadi kerisauan ramai orang kan? Bukan sahaja wanita malah lelaki pun merasakan perkara yang sama. 

Apa nak buat? Tak menjadi kerisauan jika kita rajin bersenam. tapi ini masalah besar jika kita hanya bersenam setahun sekali dan makan terlalu banyak dan kerap..

Now nad nak kenalkan 3 produk hebat untuk menangi masalah perut buncit dan nak susutkan berat badan iaitu

 Garlic 
 Mineral Coffee
Bv Alfalfa


Kenapa & bagaimana kalau kita amalkan Garlic + Mineral Coffee + Bv Alfalfa boleh turunkan berat. Jom baca.

Khasiat Garlic


  • Membantu menurunkan kandungan lemak darah dan kolesterol darah, mencegah penyakit kardiovaskular dan arteriosklerosis.
  • Menghalang pembekuan darah untuk  mencegah berlakunya trombosis.
  • Membantu dalam fungsi penghadaman dan membuka selera, melegakan perut kembung dan ulser peptik.
  • Membasmi kuman dan keradangan serta mencegah jangkitan penyakit.
  • Membantu menyelaras gula darah dalam badan.
  • Menggalakkan peredaran darah dan metabolisme.

Khasiat Mineral Coffee

  • Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
  • Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
  • Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
  • Melegakan tekanan.
  • Menyingkirkan toksin dalam badan 


Khasiat BV Alfalfa

Menyahtoksid
Bahan beracun dan toksid berlegar di sekeliling kita. Badan kita juga mengeluarkan sisa metabolisme yang perlu dineutralkan dan dinyahtoksid setiap hari. Alfalfa membantu mengeluarkan sisa bahan beracun dan tercemar daripada badan. 

Menggalakkan sistem penghadaman yang baik
Alfalfa mengandungi sejenis enzim pencernaan yang dipanggil betaine yang membantu menggalakkan proses pencernaan yang baik.

Mengalkalikan badan

Tubuh badan berasid adalah umpama magnet yang menarik penyakit. Terutama kanser. Alfalfa membantu  meneutralkan keasidan badan di samping sifat alkali semulajadinya untuk mencegah atau membantu mengurangkan masalah kesihatan.

Menghilangkan bau nafas
Alfalfa mengandungi khasiat yang boleh mencegah masalah nafas dan badan berbau yang diakibatkan oleh masalah penghadaman. Seterusnya, ia membantu meningkatkan fungsi imuniti badan. 

Mengurangkan haba badan yang berlebihan
Sesetengah makanan menyebabkan badan berasa panas. Salah satu kegunaan Alfalfa yang paling popular adalah untuk mengurangkan masalah panas badan.

Menambahkan darah dan menyampaikan lebih banyak oksigen penting
Klorofil iaitu pigmen hijau yang terdapat dalam alfalfa adalah hampir sama dengan hemoglobin, pigmen merah dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Khasiat klorofil dalam alfalfa boleh meningkatkan bilangan sel-sel darah merah di dalam badan dan seterusnya  meningkatkan keupayaan membawa oksigen yang diperlukan oleh sistem badan.


Di sini nad tampilkan sekali testimoni customer yang berpuas hati dengan Set Kempis Perut ni :)




Lengkap kan 3 products ni untuk bantu menurunkan berat badan + mengekalkan berat badan + menjaga kesihatan. Package ni murah sangat jika di bandingkan dengan benefits yang kita dapat. Hanya RM135 with postage. Berbaloi-baloi kan?

Boleh hubungi nad untuk order.

Nadiah Ahmad
+019-5235560
sitinadiahmad@gmail.com


Sunday, June 29, 2014

HAI O GARLIC



Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih, pada masa yang sama menyingkirkan rasa tajam dan bau yang tidak menyenangkan, serta mengekalkan keberkesanan dan nutrisi bawang putih. Bawang putih mengandungi puluhan ramuan yang berguna termasuk: 33 jenis sulfida, 17 jenis asid amino, mineral termasuk germanium, kalsium, besi, kalium, magnesium, selenium, zink dan vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin C dan sebagainya. Ia amat berguna untuk melawan kolesterol dalam badan dengan membekalkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) serta mengurangkan trigliserida. Hai-O Garlic tidak merangsangkan membran lendir perut, mudah diserap oleh usus kecil dan kesannya berlipat ganda.

Apakah kesan bawang putih?
Bawang putih kaya dengan nutrien, komponennya berfungsi untuk membantu menyelaras insulin, menurunkan lemak darah, melambatkan proses penuaan, mencegah artritis, membasmi kuman dan melegakan keradangan dan mencegah mutasi sel.

Adakah mulut berbau selepas mengambil Hai-O Garlic?
Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih untuk menyingkirkan rasa tajam dan baunya yang tidak menyenangkan. Maka mulut tidak akan berbau selepas mengambilnya.

Jika bawang putih ditambah dalam lauk seharian, adakah kita perlu mengambil lagi Hai-O Garlic?
Sebahagian besar nutrisi bawang putih telah dirosakkan selepas bawang putih dimasak dalam suhu tinggi. Namun, Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih, dapat mengekalkan nutrisi bawang putih dan lebih sihat untuk badan.

Adakah nilai nutrisi bawang putih lebih tinggi jika ia dimakan terus?
Jika bawang putih dimakan terus, ia perlu dihiris dan terdedah kepada udara kira-kira 15 minit supaya ia dapat bergabung dengan oksigen untuk menghasilkan allicin. Kemudian ia perlu dikunyah dengan seragam demi memastikan nilai nutrisi bawang putih dapat berfungsi sepenuhnya. Namun, rasa bawang putih yang tajam dan meninggalkan bau busuk dalam mulut, dan menyebabkan kebanyakan orang tidak dapat menerimanya.

Bolehkah kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil Hai-O Garlic?
Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke bawah tidak dicadangkan untuk mengambil, sementara kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas pula perlu mengurangkan saiz pengambilan kepada separuh. Nilai nutrisi bawang putih adalah tinggi, dapat menguatkan daya keimunan dan stamina bagi ibu mengandung. Jika ibu mengandung mempunyai tanda keguguran atau sering menghadapi masalah keguguran, terutamanya mereka yang bersusuk badan panas, adalah dicadangkan supaya mengelakkan makanan pedas seperti bawang putih dan cili.

KELEBIHAN GARLIC
  • Membantu menurunkan kandungan lemak darah dan kolesterol darah, mencegah penyakit kardiovaskular dan arteriosklerosis.
  • Menghalang pembekuan darah untuk  mencegah berlakunya trombosis.
  • Membantu dalam fungsi penghadaman dan membuka selera, melegakan perut kembung dan ulser peptik.
  • Membasmi kuman dan keradangan serta mencegah jangkitan penyakit.
  • Membantu menyelaras gula darah dalam badan.
  • Menggalakkan peredaran darah dan metabolisme.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...