Showing posts with label success. Show all posts
Showing posts with label success. Show all posts

Monday, November 10, 2014

Believe to Achieve



Dalam hidup dan nak berjaya dalam business ni
tak kisah latar belakang kita dari mana.. Syarat nak berjaya hanya perlu ada kemahuan nak ubah hidup dan cita cita,impian yang besar
kemahuan tu mesti menyala2 ibarat api yang disiram dengan minyak tanah....

Dalam diri kita mesti ada api.
Kalau api malap api padam.. ada yang sudi bantu untuk semarakkan balik
adat berbusiness.. Jatuh bangun dah jadi asam garam. Ibarat kena gigit semut
tapi yang penting kita jangan sesekali ada rasa nak berputus asa..

Kita kena percaya yang kita boleh capai
BELIEVE TO ACHIEVE
dengan dorongan yang ada.. InsyaAllah pasti boleh...!!

Saturday, November 1, 2014

Success Story


" Success is achievement of a particular aim and objective. Success is when you are failing but you do not lose hope and have ability to face thesituation. To be successful in any field of life it is necessary that you should have courage to face the circumstances. "



Thursday, August 7, 2014

PETUA MEMBINA KEYAKINAN DIRI

✔ Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain

✔ Jika orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

✔ Kenal pasti kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

✔ Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.

✔ Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat

✔ Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai pemanas badan yang dapat mengaktifkan diri seseorang.

✔ Sentiasa mengemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

✔Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku

✔ Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan diperolehi selepas tugas tersebut selesai

✔ Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas



Gambar: Petua Membina Keyakinan Diri : 

✔ Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain

✔ Jika orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

✔ Kenal pasti kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

✔ Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.

✔ Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat

✔ Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai pemanas badan yang dapat mengaktifkan diri seseorang.

✔ Sentiasa mengemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

✔Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku

✔ Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan diperolehi selepas tugas tersebut selesai

✔ Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas

LIKE & SHARE! :)


Saturday, June 21, 2014

NEVER GIVE UP !



Gambar: It's my time, It's our time!! If you want something, you gotta fight for it, you you gotta FIGHT for your right and protect your dream! NEVER GIVE UP!! 

#nevergiveup #success #inspiration #motivation #bigdream #freedom


It's my time, It's our time!! If you want something, you gotta fight for it, you you gotta FIGHT for your right and protect your dream! NEVER GIVE UP!! 

Saturday, June 7, 2014

Quote for Today...


THE LONGER YOU TAKE, THE MORE OPPORTUNITY YOU GONNA MISSED! THOSE WHO HESITATE WILL BE LOST.. - proverb



"Each problem has hidden in it an opportunity 


so powerful that it literally dwarfs the problem. 


The greatest success stories were created by 


people who recognized a problem a turned it 


into an opportunity." Joseph Sugarman 


Spend eighty percent of your time focusing on



 the opportunities of tomorrow rather than the

problems of yesterday. 

Brian Tracy
 


"In the middle of difficulty lies opportunity." 



Albert Einstein 



"A wise man will make more opportunities than


 he finds."


 Francois Bacon 


"Small opportunities are often the beginning of 



great enterprises."


Demosthenes 



"We are continually faced by great 



opportunities brilliantly disguised as insoluble 


problems." Anonymous 





Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba……. 

datang tidak menentu masa…… datang disaat kita 

kesempitan atau kesusahan.

Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. 

Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang 

yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.


Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut 

peluang yang besar itu!”

-Prof. Dr. Hamka

Tuesday, June 3, 2014

Keluarkan "SINGA" daripada Diri Anda

Salam sayang readers.. Last two days, Nadd ada terbaca one of the my mutual fren post in her FB wall about this article..memang very interesting and I would like to share with all of of you...

Actually, its a motivational book, tulisan Haji Muhammad Zakaria...the title is


 'KELUARKAN SINGA DARIPADA DIRI ANDA'...
  
" Dlm diri anda, ada suatu tenaga, semangat, roh atau nyawa. 
Sebahagian ahli motivasi menamakan tenaga itu sebagai harimau. 
Ada yg menamakan tenaga itu sebagai "gergasi" kerana keperkasaannya.
 Saya menamakan tenaga itu sebagai SINGA.' 
Jadi diri kita ini persis seekor singa. 
Malah singa ini telah lama wujud dalam diri kita, dalam hati nurani kita sejak kita dilahirkan. 
Cuma singa yg ada dalam diri kita ini sering merupakan singa yang lemah, lembap dan tidak bertenaga, letih, lesu, kusut masai, busuk dan mengantuk.


 Sekarang anda mesti keluarkan singa tersebut daripada diri anda utk menjadi singa yang garang, bertenaga, bersemangat, cergas, tangkas, proaktif, bersiap siaga, gagah dan kuat.
 singa yang tangkas ini akan mengubah diri anda menjadi seorang yg baru, dengan nama, sikap tindakan, jiwa dan semangat baru. 
org baru ini akan lebih berstrategik dan berfikiran luas.ia bertindak cepat dan tepat.
 dia berfikiran tajam dan mengancam.
Dia juga bergerak tangkas dan deras. 
Penampilannya smart dan menyakinkan."

Hmmm.. Interesting kan? Bila difikirkan balik, memang betul pun. Setiap orang ada potensi yang luar biasa dalam diri masing-masing cuma ianya belum berjaya di gilap betul2.. Alhamdulillah, Allah jodohkan Nadd dengan  Business ni and berjaya keluarkan SINGA dlm diri Nadd. Mudah2an SINGA yang  berada dalam diri Nadd ni sentiasa bertenaga, garang, bersemangat,cergas, tangkas, proaktif dan sentiasa positif dalam mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam misi mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.. Moga dengan usaha ingin merubah kehidupan menjadi yang lebih baik akan di redhai oleh Allah SWT....
Ingin mencungkil POTENSI diri dalam bisnes nie?

Jom kita keluarkan SINGA dalam diri kita and Nadd sudi membantu anda semua..

Feel free to contact me @ +019-5235560 / +0124852365
Fb: Nadiah Ahmad
Email: sitinadiahmad@gmail.com


Friday, May 16, 2014

Teachers Day!!


Ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada semua guru yang pernah mengajar Nadd tidak kira samada sedikit ataupun banyak. Jasamu akan sentiasa dikenang dan tersemat dalam hati dan jiwa di dalam insan yang bergelar pelajar ini. Nadd ingin juga mengucapkan TERIMA KASIH dan SELAMAT HARI GURU kepada kedua-dua ibu ayah nadd yang sememangnya juga seorang guru, malah guru yang pertama untuk nadd sejak nadd dilahirkan di dunia ini. Ibu bapalah yang telah banyak mengajar erti kehidupan yang sebenar, mengajar nadd untuk bercakap, bertatih, membaca dan sebagainya sehinggalah umur nadd mencecah tahap kelayakan ke alam pembelajaran. 

Cc : SK Sri Kulim, SK Tanah Liat, SMA Ihsaniah Jangkang, IKBN Dusun Tua, GLAM (Green Leader Academy Malaysia) & TDC (The Diamond Circle)



Saturday, April 26, 2014

Ingin Berjaya: KENAPA HARUS MEMBERI ALASAN?

Memberi alasan adalah suatu tabiat negatif yang seharusnya dihapuskan dalam hidup setiap insan. Manusia sering memberi pelbagai alasan dalam perkara yang sebenarnya dia tidak suka atau tidak mahu melakukannya.

Boleh dikatakan manusia membesar dengan memberi pelbagai alasan ‘kreatif’.
Manusia juga memberi pelbagai alasan pada Allah di akhirat kelak seperti yang diceritakan 
pada kita dalam al-Quran.

Alasan yang sering didengar apabila diberi satu tugasan adalah seperti berikut:

“Tak bolehlah...”“Takutlah...”“Aku tak mampu...”“Saya kurang berpengalaman...” 
“Ini bukan bidang saya...” “Eh, aku ni dah tua...” “Tapi saya masih muda lagi...” 
“Aaa...sibuklah” “Tak cukup masa, tak ada masa...” “Tak cukup duit...” 
“Kami dah bincang, tapi...”

Alasan yang disenaraikan di atas adalah sangat membosankan apabila kita mendengarnya 
setiap hari, keadaan dan gerak kerja.

Alasan itu jika selalu diucapkan akan menjadi tabiat yang sebati dalam diri dan
akan membentuk rupa diri atau personaliti yang bertentangan dengan kehendak Allah.


Cuba renungkan firman Allah bermaksud:
“Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali 
dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang) kafir, penjaga (neraka itu) 
bertanya kepada mereka: 

“ Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan? 
Mereka menjawab: “ Benar ada”, sesungguhnya sudah datang kepada kami seorang
pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya) dan kami katakan: Allah tidak 
menurunkan sesuatu pun: Kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar”
“Dan mereka berkata: Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) 
nescaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala.” –
(Surah al-Mulk, ayat 8-10)

Nauzubillah minzalik, semoga kita tidak tergolong dalam golongan ahli neraka yang masih 
sempat lagi memberi alasan.

Alasan boleh ditangkas dan diberkas apabila kita mempunyai perasaan bertanggungjawab 
pada diri sendiri.

Kita insan yang dianugerahkan Allah bakat, kepandaian, kemahiran, potensi dan kecantikan.

Cuba kita renung dan fikirkan mengenai anugerah bakat serta potensi diri bagaimanakah 
harus kita gunakan? Berbincanglah dengan keluarga dan sahabat handai terhadap jati diri kita. 
Fikirkan apakah yang boleh menimbulkan minat dan motivasi diri?

Dalam setiap perjalanan kehidupan manusia, matlamat kita adalah sesuatu yang sangat 
berharga. Tanpa matlamat, impian dan cita-cita, kita tidak ubah seperti layang-layang yang
putus talinya, tiada arah, tiada tuju, akhirnya tersungkur kebumi. Maka, wujudkan matlamat
yang murni dalam kehidupan dan keluarga kita.

Wujudkan rasa ghairah dan cinta untuk mencapai matlamat itu. Buangkan semua alasan yang 
pernah diucap dan cuba sedaya upaya diiring doa agar matlamat kita tercapai.

Nabi Ibrahim apabila diperintahkan Allah agar meninggalkan isteri, Siti Hajar dan anak, Ismail 
di satu tempat gersang, menurut perintah Allah tanpa sebarangbantahan, tanpa 
mengemukakan sebarang alasan. Baginda hanya ada satu matlamat. Mengikut perintah Allah 
agar dirinya mendapat keredaan Allah yang sangat dicintai. Baginda hanya mampu berdoa:

“Ya! Tuhan kami, sesungguhnya aku sudah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah 
yang tidak mempunyai tanam-tanaman dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, 
ya Tuhan kami (yang demikian itu ) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati 
sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezeki mereka daripada 
buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”

Berkat doa Baginda dan matlamat yang disertai dengan komitmen dan pengharapan jitu, 
tanah gersang itu dikurniakan Allah dengan pelbagai nikmat dan kemudahan untuk dikecapi 
bukan saja oleh anak cucunya.

Malah, kita yang ada talian akidah dengan baginda juga dapat mengecapi nikmat anugerah
Allah kepada hamba-Nya yang sabar.

Untuk mewujudkan alasan sifar dalam diri, kita perlu mengubah cara pemikiran dan 
membina keyakinan diri. Cintai dan kasihilah diri sendiri, barulah dapat mengasihi dan 
menerima orang lain.

Jangan salahkan orang lain, keadaan atau masa. Jangan jatuhkan hukuman pada diri 
sendiri jika sesuatu ujian menimpa.

Ketahuilah bahawa Allah sentiasa akan menguji hambanya dan Dia ingin melihat siapakah 
di antara kita yang lebih baik amalannya.

Jangan sekali-kali lepaskan impian kita. Kejayaan hanya datang bagi mereka yang 
bersungguh-sungguh dan yang berani mengenepikan alasan.

Terimalah cabaran, ketahuilah setiap cabaran itu ada hikmahnya.

Berani mencuba, tanpa mencuba, tiada pengalaman. Hati-hati terhadap perasaan 
takutkan kegagalan dan penolakan.

Jika bisikan negatif melanda dan skrip alasan menjelma, ubah pemikiran kita,cepat-cepat 
fikirkan yang positif. Buangkan alasan itu, berjanji pada diri sendiri supaya tidak 
akan menggunakannya lagi. Gantikan dengan pemikiran yang aktif seperti:


Apa yang boleh saya buat?

Apa yang boleh saya tolong?

Apa amalan yang baik yang saya harus lakukan?

Untuk mencapai alasan sifar pada diri, kita juga harus menghormati orang lain terutama 
keluarga dan sahabat.

Kita harus belajar memberi kasih sayang. Kita harus belajar memberi tanpa mengharapkan 
balasan. Kita harus belajar menghargai tanpa diminta dihargai. Berilah tanpa syarat kepada 
mereka yang dicintai kerana kita tidak tahu bila akan pergi.

Ikhlas dengan mereka, jauhi perasaan dengki, benci dan buruk sangka. Setia, jujur dan mesra, 
itulah tunggak keluarga bahagia. Tetapi ingat, kita tidak perlu menggadai prinsip, 
fikrah dan mengorbankan diri untuk orang lain.

Bersama-samalah berbincang dan berkomunikasi dengan mereka agar satu persefahaman 
yang baik sentiasa diwujudkan.

Akhir sekali untuk mencapai alasan sifar dalam diri kita, kita haruslah  menambahkan ilmu 
di dada. Minda kita adalah seperti payung terjun. Ia tidak akan berfungsi untuk mencapai 
matlamat jika tidak dibuka.

“Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad,” saranan Nabi Muhammad saw. Sahutlah saranan 
Nabi yang mulia. Cuba kita lakukan yang berikut ini untuk menambahkan ilmu di dada:

  • Sentiasa membaca 15-30 minit sehari dari buku yang boleh membentuk peribadi diri.
  • Dengar kaset yang boleh membentuk minda, terutama ketika memandu. Jadikanlah kenderaan kita sebuah universiti bergerak.
  • Hadiri seminar dan kursus yang anda minati.
  • Sentiasa bersama orang soleh dan bertakwa kerana merekalah orang yang berkeyakinan dan berpotensi tinggi.
  • Carilah guru yang baik yang sudi mendidik kita.
  • Berani mencuba kerana pengalaman kunci kematangan
  • Sentiasa berada dalam jemaah atau kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama dengan anda.

Wednesday, April 16, 2014

Siapakah Nurul Ain Zulkarnaind?

Assalamualaikum semua =)

Siapakah Nurul Ain Zulkarnaind? Dulu beliau hanya seorang pembantu spa kecantikan ( makcik yong punya ). Income bulanan hanya RM500++ja. Dengan zaman sekarang, if gaji banyak tu agak-agak cukup ke tak? Kemudian beliau mula menjinakkan diri dalam bisnes online dengan menjual barangan kosmetik, barangan kecantikan dan kesihatan. Bayangkan berapa saja yang boleh diperolehi $$$ dalam masa sebulan??





Beliau sangat berjimat-cermat.. Maklumlah banyak tanggungan jadi kehidupan ala kadar dan cukup-cukup makan jeeee... *sadis time ni katanya*

but AFTER 1 years !!!!




** gaya, mutu, keunggulan !


** businesswoman...

Akhirnya beliau dipertemukan jodoh untuk bersama Shaliza Aziz iaitu ibu saudara kepada yong.. Dalam masa setahun hidup bertukar kepada 180 darjah dan berusaha untuk menukar kepada 360 darjah atas hasil usaha sendiri... 




Kalau dahulu income hanya rm500++ sebulan tapi sekarang rm8000++.. Yang mana satu pilihan anda?? Renung-renungkan lah bagaimana bisnes ini dapat membantu kita hanya dari orang-orang yang biasa bertukar menjadi orang yang luar biasa. !!!

Nota kaki : "Nak berjaya kena pantas... Kena rajin kaut ilmu.. Work smart! Bukan sekadar tengok ajeeee... Kejayaan takkan datang bergolek.. Paling penting jangan biarkan masa berlalu begitu saja dengan perkara yang sia-sia..."

LOVE
Nadiah Ahmad







Tuesday, October 29, 2013

Jangan Takut Untuk Berubah


Happy Monday !!

Hampir setiap tahun kita listkan pelbagai jenis azam or wish list untuk kita lakukan. Persoalannya bagaimana pencapaian kita terhadap azam tersebut? Most of us hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Memang untuk lakukan perubahan itu sukar sebenarnya,nadd pown sama.. Sometimes kita banyak sangat deal dengan orang-orang negative di sekeliling kita sehingga membantutkan proses kita untuk menuju kearah kejayaan.... or you have so many excuses, suami la, anak la.. masa la.. kerja... yadayada...haha,,tp nadd belum ada semua 2 ok.. ! =) Single lagi but not available ok,hee.. and believe it or not its already 4 -5 years and you are not getting 

ANYWHERE. 








Those Who Hesistate Will Be Lost
Pernah tak kita dalam situasi macam ni.. mula-mula bila dapat kata-kata ransangan dari orang yang nak membantu kita.. BOLEH BOLEH BOLEH...CONFIRM...CONFIRMM!! Kita seakan-akan mahu jam jam tu juga.. tapi selepas 36 hours... keyakinan kita semakin pudar.. especially bila dah balik rumah... too much thinking... and thinkingg... kaji sana sini... dengar cerita sana sini..lastly kita teragak-agak. KEnapa? Minda kita terlalu lemah. Indecisive. 


Pada nadd JUST DO IT!! Masa tengah semangat ialah masa untuk kita dapatkan momentum! Dan dalam pada kita nak berjaya, we need that MOMENTUM. Bila kita teragak-agak, momentum pun tak ada.. last skali tidak terkesan pun dengan apa yang kita lakukan. Sebab tu sekarang masa peluang business ini datang pada Nadd, Nadd memang NEKAD. Walaupun tahu betapa kerdilnya diri ini... setelah sekian lama duduk terperap dirumah.. :(



Momentum, bermula taking the first step at the slower pace..and kerap..makin lama makin laju.. 

Namun bagaikan ada satu kuasa yang besar dalam diri, pushing me to take the first steps. Everyday is a brand new day to me. Forget the past, my future is waiting for me. 

Nadd percaya setiap orang itu boleh BERUBAH jika dia MAHU untuk berubah. Tepuk dada tanya diri kita... SAMPAI BILA KITA NAK JADI DALAM KEADAAN MACAM NI? Maybe we can deny it, takpelah.. I dah selesa... I syukur dengan apa yang ada...

But in your heart you are know it is NOT TRUE.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...