Wednesday, March 6, 2019

SELF REFLECTION | NADIAH AHMAD


“MAHALNYA BARANG NI, TAK MAMPU LA”

Pernah tak kita bila nak beli sesuatu barang tu, kita rasa barang tu mahal, then kita pun cakap dekat seller, “MAHALNYA BARANG NI, TAK MAMPU SAYA”

Nad nak nasihatkan something yang nana pernah dengar dalam salah satu kelas teknik kuasa minda yang pernah nana attend.. 

Guru nana pesan, kalau betul nak murah rezeki, jangan sesekali cakap perkara-perkara yang menunjukkan kita ni sebenarnya TAK MAMPU nak beli something tu..

Sebab apa sahaja yang kita fikir, otak akan translate sebagai itu lah yang kita minta..

Bila mana kita rasa sesuatu barang tu mahal, sebenarnya kita dah hantar satu signal pada otak bahawa kita memang tak mampu beli.. Dalam erti kata lain, kita tak ada duit..

Otak kita akan bebaskan satu gelombang yang membawa tarikan “AKU TAK ADA DUIT”

Antara tarikan yang boleh terjadi ialah, 

😒 Bisnes jadi tak laku atau apa sahaja kita buat tak menjadi, sebab kita sendiri hantar signal ‘tak ada duit’ dekat otak
😒 Duit bocor, kalaupun duit masuk banyak tapi sering sangat bocor sampai duit yang banyak pun boleh habis.. Anak sakit lah, kereta rosak lah

Dibuktikan dengan Nabi Muhammad saw pernah bersabda,

Ertinya :
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasuulullah saw. bersabda : "Allah swt. berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku ingat kepadanya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang banyak maka Aku mengingatnya dalam kelompok yang lebih baik daripadanya. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil''. (Hadits ditakhrij oleh Ibnu Majah).

Bermakna apa sahaja yang kita sangka itu adalah DOA.
Maka, ‘tak ada duit’ itulah sebenarnya DOA yang kita submit pada Allah :’) 

Sebaiknya yang kita ucapkan ialah,

“SAYA BERMINAT, SAYA AKAN USAHAKAN DAPATKAN DUIT, DAH CUKUP DUITNYA NANTI SAYA BELI”

So kita hantar signal dekat otak yang kita akan usahakan untuk dapat duit yang cukup untuk beli barang yang kita nak tu.

Otak akan hantar signal dan tarikan yang InshaAllah membantu kita dapatkan juga duit supaya kita dapat beli barang yang kita suka 😊

Mana tahu kot dapat rezeki terpijak, orang belanja kita ke apa kan.

Rezeki ni tak semestinya boleh fikir dengan logik akal.. Kalau Allah nak beri, tak semestinya pakai duit kita pun πŸ˜‰

Sama jugak konteks kita sebagai ibu bapa..

Kalau anak minta belikan sesuatu dan kita taknak atau belum mampu belikan, jangan sesekali sebut dekat mulut,

“IBU TAKDE DUIT”

Gantikan dengan ayat, “ADIK MINTAK DOA PADA ALLAH MURAHKAN REZEKI IBU YE. NANTI IBU BANYAK DUIT INSHAALLAH IBU BELIKAN”


Ingat, apa sahaja yang kita fikir dan cakap ni adalah DOA.

Ada tarikannya. 

Be careful naa everyone 😊

Bak kata abam patah amim, “cakap yang baik baik, fikir yang baik baik, segalanya akan baik baik” πŸ˜œ

Love,
Nadiah Ahmad
Premium Beautiful Expert

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...