Showing posts with label positive vibe. Show all posts
Showing posts with label positive vibe. Show all posts

Monday, November 25, 2019

Raikan perbezaan pendapat. Lain latar belakang, lain poket maka lain la pendapat 😘


Dasyat betul perdebatan di laman sosial ni ek. Semuanya mengikut peredaran usia dan zaman 😂

Waktu dekat universiti, orang berdebat universiti siapa lagi bagus.. Kos mana paling power..

Bila dah masuk alam pekerjaan, perdebatan mengenai kerja kerajaan dan kerja swasta pulak, mana lagi menjamin..

Lepas tu bila dah sampai umur ramai yang dah bersedia nak kawen, orang berdebat isu kawen meriah vs kawen ala kadar..

Bila dah dapat anak, orang berdebat lagi isu beranak swasta dengan beranak hospital kerajaan..

Bila dah beranak, isu surirumah vs ibu bekerja pulak..

Bila dah ada anak, perdebatan masih diteruskan dengan isu bagi anak gadjet atau tidak..

Bila anak dah sekolah, isu smiggle pulak wehhhh.. 😂

Tak cukup isu smiggle, isu anak yang cemerlang dapat penyampaian hadiah pun jadi isu jugak.. 

Satu je benda yang mampu Nad cakap sekarang ni..

Bahawasanya setiap manusia itu tidak sama.. Semua orang ada pandangan tersendiri ke atas sesuatu..

Perbezaan pendapat boleh terjadi berdasarkan faktor latar belakang, dan mungkin ekonomi keluarga..

Banyak sangat isu, semua orang nak keluarkan pendapat sampaikan jadi ibarat orang yang berlainan pendapat dengan mereka tu ibarat berdosa je..

Sedangkan tak ada siapa yang salah..

Nak belajar dekat UiTM tak salah, nak belajar dekat UM tak berdosa..

Nak kerja swasta pun boleh, nak kerja kerajaan pun terpulang lah..

Nak kawen grand ke, nak kawen sederhana pun suka hati lah janji pakai duit ko tak pakai duit aku hahah

Nak beranak swasta ke kerajaan pun suka hati lah janji tahu condition dan kesihatan diri..

And the list goes on..

Isunya ialah bila kita selalu rasa pendapat kita yang paling betul.. Sedangkan pendapat kita itu hanya valid untuk keadaan dan kehidupan kita sahaja.. 

Kalau kita ada satu pegangan dan pendapat, its okey untuk stick pada pendapat kita.. Tapi toksah lah kita nak sibuk keluarkan pendapat untuk kondem orang yang tak sama pendapat dengan kita..

At the end of the day, semua orang akan makin terdera secara emosi untuk hidup atas judgement orang lain..

Hidup lah atas kapasiti sendiri.. 

Kita masing2 Allah kurniakan akal untuk berfikir dan memilih yang terbaik untuk kita, kehidupan kita, keluarga kita..

Andai kata mampu, usahlah ditahan daripada memiliki sesuatu hanya kerana takut orang kecam..

Andai kata tak mampu, usahlah memaksa diri sehingga menyusahkan diri hanya kerana nak fit in dalam masyarakat..

Bersyukur lah apa adanya, hidup lah dengan cara yang kita selesa..

And paling penting, stop JUDGING others.. Stop mintak orang lain hidup sama macam kita 😌


Sorry lah naaaa mak anak dua ni tiba-tiba bersuara isu ni.

Bukan selalu bersuara isu-isu semasa ni 🙈

Maaf kalau ada yang terguris atau terasa hati.. Moga mesej yang sampai ke hati anda, mesej yang baik-baik sahaja InshaAllah.. Sebab niat nana menulis ini pun, hanya yang baik-baik sahaja untuk semua ❤️

#NadKongsi

Sunday, April 7, 2019

Hakikat BERBISNES


HAKIKAT BERBISNES

Sekali orang pandang, Wow! 
Dua kali orang pandang, Wow Wow!
Tiga kali orang pandang, Wow Wow Wow!

Bestnya dia berbisnes itu dan ini. Macam senang dan mudah jeee jalan dia yang ALLAH berikan. Nampak "murah rezeki" selalu~ 

Hakikatnya, hanya orang bisnes sahaja yang tahu bagaimana erti kesusahan, kepayahan tu.

Suka duka, jatuh bangun dalam bisnes ni. Kita sendiri yang tahu dan macam mana nak bertahan terus dengan bisnes yang kita jalankan.

Kalau boleh, elakkan bisnes A tak jadi, tukar bisnes B. Bisnes B tak jadi, buat bisnes C. Sudahnya, sampai ke sudah, kita tak tahu apa sebenarnya yang kita nak bisnes kan 😌

HATI TISU bukan sifat orang bisness 
TAKUT RUGI bukan sifat orang bisness 
MALAS BERFIKIR pun bukan sifat orang bisness.

Orang bisnes kena PANTAS, CEKAP, CEPAT! Jatuh sehari dua, jadi LUAR BIASA selepas sebulan dua. Jatuh bangun tergolek berlari tu memang lumrah dalam dunia bisnes. 

Orang bisnes sentiasa bersedia menyusun strategi hari demi hari supaya bisnes berjalan dengam lancar. Sediakan jadual paling penting.

Orang bisnes lihat sekeliling otak ligat berfikir tentang MARKETING, SALES, GROW BISNES & sebagainya. Tiada kata "nanti dulu" untuk terus kehadapan.

SHOM sebenarnya ala-ala DROPSHIP 💕

Supplement tersedia! 
Delivery pun disediakan! 

Tugas kita ? Berkongsi maklumat, testimoni, dan sebagainya kepada potential customer. Siapa potential customer? Awaklah... yang sedang baca sharing Nad ni. Hehehe 😘 

Bila kita sharing sekali dua selepas tu tiada orang beli, jangan kata supplement ni susah nak jual. Bila kita sering menjadikan "alasan" sebagai penyelamat, percayalah, sampai bila-bila kita akan kekal dibawah, sedangkan orang lain dah jauhhhhhhhh meroket! 

Apa kata, kita tengok pada orang yang RAJIN BERUSAHA! Tak perlu tunggu orang lain. Tak mengharap pada orang lain. Berusaha sendiri, insya ALLAH, bonus dia pun bersungguh-sungguh masuk dalam pocket! Hihi. 

Jangan kita pulak iri hati, down, give up, berhenti berbisnes. REZEKI kita memang ALLAH dah tetapkan sejak azali lagi. Jangan hanya berserah semata-mata sahaja. Usahalah untuk mengubah kehidupan kita. 


Jom keluar daripada COMFORT ZONE masing-masing ❤️

Nadiah Ahmad
Premium Beautiful Expert
019.523.5560 | @nadiahahmad__

Have a nice day semua 😘

Tuesday, October 16, 2018

Start loving ourself from now onwards


KERANA DIRIKU BEGITU BERHARGA 😉

Nad ni takdelah hantu supplement sangat dulu, dan tak juga menentang. Sebab Nad amalkan product SHOM on and off lama juga dulu. Masa pregnant, menyusu, belajar dan juga masa bekerja sendiri.

Tapi yang betul-betul mengubah tanggapan Nad tentang betapa pentingnya makanan tambahan a.k.a supplemen ni bila Nad Saat dan tika dimana kesihatan Nad sangat teruji, keluar masuk hospital dan Nad tak kuat. Tak bertenaga. Kehidupan Nad ketika mengandungkan Hannan, Nad sangat aktif, kuat jalan kesana kemari. Takde istilah penatlah senang cerita.

Then bila bandingkan kehidupan Nad yang sangat teruk semasa mengandung, I really know I need to do something. Nad dapat rasakan badan Nad tak larat dah nak tanggung kepenatan, loya, muntah, kelemahan ni semua.

Maka bermulalah Nad setia consume product SHOM 😅

And guess what ? Gaya hidup Nad makin bertambah baik selepas itu 😍

☑️ Walaupon masih loya & muntah Nad tak rasa penat atau lesu
☑️ Bertenaga
☑️Mampu untuk urusan perniagaan sendirian, drive sendiri untuk COD or attend few meetings sendirian tanpa rasa lemah. Its back-to-back tau. 
☑️ Tiada kejang otot 
☑️ Hb makin meningkat. 
☑️Saiz bayi seiring dengan usia

Dan disebabkan itulah Nad penuh yakin untuk teruskan berpantang dengan PREMIUM BEAUTIFUL CORSET. Untuk kisah berpantang, kita cerita lain kali.

Disebabkan perubahan fizikal yang Nad rasakan jugalah dan ilmu nutrisi yang Nad dalami, Nad teruskan hingga kini.

Apa yang Nad dapat simpulkan adalah, nutrisi dari segi, Vitamin, Mineral dan Zat besi yang cukup sebenarnya sangat penting untuk ibu yang hamil.  

Sebab ibu perlukan untuk kesihatan dan penjanaan tenaga diri sendiri, dan sumber makanan untuk bayi membesar dalam perut.

Hakikat dunia sekarang, tanah dah dikitar ribuan kali untuk penanaman tumbuhan dan sayuran, hingga tahap, nutrien pada tumbuhan sekarang dah tak sama macam dulu. 

Jika bersungguh nakkan nutrisi solely dari sayuran dan buah-buahan sahaja, maka kita perlu makan dalam kuantiti yang banyak untuk capai tahap nutrisi yang kita perlukan dalam seharian (Requirement Nutrition Index-RNI)

Nad pilih supplemen sebab Nad tahu, memang sukar nak makan lebih dari 5-7 biji sehari oren, sayur bermangkuk-mangkuk hanya untuk capai RNI harian 😉

Badan sihat, kita tak penat, untungnya diri kita juga. 

Macam orang selalu kata, perempuan ni kena jaga badan, ramai yang perlukan khidmat kita sampai tua. 



My love, Teh Hannan Wafa ❤️

So, start loving ourself from now onwards.
Nak product kesihatan ketika hamil & harian, boleh wasap Nad  😉


POSTAGE EVERYDAY,
COD AVAILABLE @ KULIM & BUKIT MERTAJAM

NADIAH AHMAD | 019.523.5550 | nadiahahmad__
PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

Saturday, October 6, 2018

Percaya pada kemampuan diri sendiri adalah kunci untuk kita terus memaksa diri berjaya.


Hidup untuk dapat penghargaan dan pujian manusia adalah sia-sia, malah ia boleh memakan diri sendiri.

Means awak buat sesuatu bukan untuk diri awak sendiri, tapi mungkin untuk dapatkan recognition manusia, mungkin ibu bapa, superior, boss, suami dan sebagainya.

Bila tidak dapat. Awak akan jadi stress, asyik salahkan diri sendiri, asyik nampak kekurangan diri, nampak kehebatan orang, tiru apa yang mereka buat, tapi asyik tak menjadi.

Tapi ..

Bila awak buat untuk diri awak, means awak ada SPECIAL TARGET

Dan bila ada target,

Awak akan ada SPECIAL PLAN kearah untuk mencapai target awak.

Awak akan harungi dan tongkah segala dugaan dan badai, andai awak jatuh awak akan bangkit balik.

Andai plan pertama gagal, awak bangun dan kemudi plan kedua.

Awak tak kenal erti penat

Awak tak kenal apa itu lelah

Awak tahu awak kena buat, awak tahu awak ada TARGET untuk awak capai.

Dan tiba saat bila mana, segala target yang awak tulis dah dicapai.

Awak akan SENYUM PUAS !

Awak akan MENANGIS KEGEMBIRAAN !

Awak akan KONGSI PENGALAMAN

Awak akan BANTU ORANG

Dan target itu bertukar lagi. Awak usaha lagi, dan awak takkan sedar, setiap proses itu sebenarnya, mengubah diri awak

Dari introvert, kepada extrovert

Dari senyap pemalu, kepada petah berkata-kata

Dari selalu ditindas, kepada pandai membidas dengan ilmu

Dari duit cukup makan, kepada rezeki lebih boleh dikongsi

Dan pelbagai lagi.



Buatlah sesuatu untuk capai matlamat diri dan sebar manfaat kepada orang lain ❤️

Love,
NADIAH AHMAD 

Beauty and Health Consultant

Wednesday, September 26, 2018

Wordless Wednesday | NADIAH AHMAD


PERMINTAAN & HARAPAN

Sungguh, tak pernah berangan-angan panjang untuk dikurniakan zuriat & hidup seorang ummi yang mempunyai anak. Sebab rasa diri sendiri ni tak pernah tergolong dalam kalangan yang terbiasa melayan anak-anak kecil.

Waktu single, suka anak-anak kecil sekadar suka. Untuk uruskan selain daripada pandai "au-cak, au-cak" ni, Nad tak pandai sangat. Jadi tak terlalu fikir sangat. Lagi satu, sebab diri sendiri pun kadang-kadang ada perangai anak kecil yang sukar dikawal.  💦

Tapi, perancangan & ketentuan Allah adalah sentiasa lebih baik. Alhamdulillah atas segala kurniaanNya. Perancangan Allah betul-betul adalah lebih baik. ♥♥♥



Sedangkan dalam keadaan tidak meminta-minta pun Allah boleh bagi. InsyaAllah, Allah lebih suka & akan bagi pada hamba yang tidak putus ada sentiasa meminta-minta dariNya.

Semoga Allah permudahkan urusan pasangan-pasangan yang sedang berusaha berikhitar dapatkan zuriat.

p/s: tak sabar rasanya nak menunggu lagi berita-berita gembira daripada customer yang telah dapatkan supplement sebagai ikhtiar hamil dari SHOM.  💕


Untuk info lanjut & consultation for free, boleh call Nad tau. Nad bersedia bantu anda sehingga berjaya hamil macam customer-customer  yang lain.😊

Love,
NADIAH AHMAD

019.523.5560 | @nadiahahmad__ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...