Monday, April 29, 2019

MASTERPIECE SEMPURNA


KITA MASTERPIECE TERBAIK TUHAN

Orang selalu tanya Nad, apa sebenarnya resepi dan rahsia untuk berjaya ?

Adakah kena jadi femes dulu ?
Adakah kena ada rupa paras yang cantik ?
Adakah kena ada kulit yang mulus dan badan yang molek ?
Adakah kena lahir di dalam keluarga yang kaya dan dikenali ?

Dengar sini dulu Nad nak kongsi dengan semua.. Apa sebenarnya pendapat dan pengalaman Nad selama 6 tahun dalam bisnes 😊

YES, Nad tak nafikan sesiapa yang ada KELEBIHAN EXTRA macam dekat atas tu InshaAllah mudah untuk berjaya..

Tapi percaya lah, sebenarnya ada jugak mereka yang ada semua kelebihan dekat atas tu tetapi tetap TIDAK BERJAYA..

Kerana apa?

Kerana yang membezakan setiap manusia yang berjaya dengan yang tidak berjaya adalah KESUNGGUHAN! KERJA KERAS!

Percayalah, setiap daripada kita lahir dengan kelebihan yang Allah beri yang mungkin berbeza-beza..

Kelebihan kita mungkin tak sama dengan kelebihan orang lain, tapi andai kita manfaatkan dengan sungguh-sungguh, InshaAllah setiap manusia mampu capai kejayaan yang sama!

The key word is KESUNGGUHAN..

Jangan pernah rasa kita ini bukan siapa-siapa..

Jangan pernah rasa kita ini tak layak untuk berjaya..

Jangan pernah sesekali underestimate diri sendiri..

Allah itu MAHA BAIK.. Allah itu MAHA ADIL..

Tidak Allah cipta seseorang manusia itu melainkan pasti ada kelebihan yang ada pada setiap manusia itu yang mungkin tak sama dengan yang lain..

Pasti ada..

Sama ada kelebihan secara fizikal.,
Atau kelebihan secara keturunan,
Atau kelebihan secara peribadi,
Atau kelebihan secara kesungguhan,
Atau kelebihan dari segi hati yang baik,
Atau kelebihan dari segi jiwa yang kental..


Setiap daripada kita adalah MASTERPIECE SEMPURNA ciptaan Allah..

Mana mungkin ada cacat cela dari ciptaan Dia..

Pasti ada kelebihan di mana-mana yang kita kena cari dan korek..

Dan kita manfaatkan dengan KESUNGGUHAN 💪🏻

Selamat menjemput KEJAYAAN semua!

Happy Closing semua warga SHOM terutamanya my TDC Families! 😍

Love,
Nadiah Ahmad

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...