Showing posts with label berjaya. Show all posts
Showing posts with label berjaya. Show all posts

Tuesday, June 3, 2014

Keluarkan "SINGA" daripada Diri Anda

Salam sayang readers.. Last two days, Nadd ada terbaca one of the my mutual fren post in her FB wall about this article..memang very interesting and I would like to share with all of of you...

Actually, its a motivational book, tulisan Haji Muhammad Zakaria...the title is


 'KELUARKAN SINGA DARIPADA DIRI ANDA'...
  
" Dlm diri anda, ada suatu tenaga, semangat, roh atau nyawa. 
Sebahagian ahli motivasi menamakan tenaga itu sebagai harimau. 
Ada yg menamakan tenaga itu sebagai "gergasi" kerana keperkasaannya.
 Saya menamakan tenaga itu sebagai SINGA.' 
Jadi diri kita ini persis seekor singa. 
Malah singa ini telah lama wujud dalam diri kita, dalam hati nurani kita sejak kita dilahirkan. 
Cuma singa yg ada dalam diri kita ini sering merupakan singa yang lemah, lembap dan tidak bertenaga, letih, lesu, kusut masai, busuk dan mengantuk.


 Sekarang anda mesti keluarkan singa tersebut daripada diri anda utk menjadi singa yang garang, bertenaga, bersemangat, cergas, tangkas, proaktif, bersiap siaga, gagah dan kuat.
 singa yang tangkas ini akan mengubah diri anda menjadi seorang yg baru, dengan nama, sikap tindakan, jiwa dan semangat baru. 
org baru ini akan lebih berstrategik dan berfikiran luas.ia bertindak cepat dan tepat.
 dia berfikiran tajam dan mengancam.
Dia juga bergerak tangkas dan deras. 
Penampilannya smart dan menyakinkan."

Hmmm.. Interesting kan? Bila difikirkan balik, memang betul pun. Setiap orang ada potensi yang luar biasa dalam diri masing-masing cuma ianya belum berjaya di gilap betul2.. Alhamdulillah, Allah jodohkan Nadd dengan  Business ni and berjaya keluarkan SINGA dlm diri Nadd. Mudah2an SINGA yang  berada dalam diri Nadd ni sentiasa bertenaga, garang, bersemangat,cergas, tangkas, proaktif dan sentiasa positif dalam mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam misi mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.. Moga dengan usaha ingin merubah kehidupan menjadi yang lebih baik akan di redhai oleh Allah SWT....
Ingin mencungkil POTENSI diri dalam bisnes nie?

Jom kita keluarkan SINGA dalam diri kita and Nadd sudi membantu anda semua..

Feel free to contact me @ +019-5235560 / +0124852365
Fb: Nadiah Ahmad
Email: sitinadiahmad@gmail.com


Saturday, April 26, 2014

Ingin Berjaya: KENAPA HARUS MEMBERI ALASAN?

Memberi alasan adalah suatu tabiat negatif yang seharusnya dihapuskan dalam hidup setiap insan. Manusia sering memberi pelbagai alasan dalam perkara yang sebenarnya dia tidak suka atau tidak mahu melakukannya.

Boleh dikatakan manusia membesar dengan memberi pelbagai alasan ‘kreatif’.
Manusia juga memberi pelbagai alasan pada Allah di akhirat kelak seperti yang diceritakan 
pada kita dalam al-Quran.

Alasan yang sering didengar apabila diberi satu tugasan adalah seperti berikut:

“Tak bolehlah...”“Takutlah...”“Aku tak mampu...”“Saya kurang berpengalaman...” 
“Ini bukan bidang saya...” “Eh, aku ni dah tua...” “Tapi saya masih muda lagi...” 
“Aaa...sibuklah” “Tak cukup masa, tak ada masa...” “Tak cukup duit...” 
“Kami dah bincang, tapi...”

Alasan yang disenaraikan di atas adalah sangat membosankan apabila kita mendengarnya 
setiap hari, keadaan dan gerak kerja.

Alasan itu jika selalu diucapkan akan menjadi tabiat yang sebati dalam diri dan
akan membentuk rupa diri atau personaliti yang bertentangan dengan kehendak Allah.


Cuba renungkan firman Allah bermaksud:
“Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali 
dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang) kafir, penjaga (neraka itu) 
bertanya kepada mereka: 

“ Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan? 
Mereka menjawab: “ Benar ada”, sesungguhnya sudah datang kepada kami seorang
pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya) dan kami katakan: Allah tidak 
menurunkan sesuatu pun: Kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar”
“Dan mereka berkata: Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) 
nescaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala.” –
(Surah al-Mulk, ayat 8-10)

Nauzubillah minzalik, semoga kita tidak tergolong dalam golongan ahli neraka yang masih 
sempat lagi memberi alasan.

Alasan boleh ditangkas dan diberkas apabila kita mempunyai perasaan bertanggungjawab 
pada diri sendiri.

Kita insan yang dianugerahkan Allah bakat, kepandaian, kemahiran, potensi dan kecantikan.

Cuba kita renung dan fikirkan mengenai anugerah bakat serta potensi diri bagaimanakah 
harus kita gunakan? Berbincanglah dengan keluarga dan sahabat handai terhadap jati diri kita. 
Fikirkan apakah yang boleh menimbulkan minat dan motivasi diri?

Dalam setiap perjalanan kehidupan manusia, matlamat kita adalah sesuatu yang sangat 
berharga. Tanpa matlamat, impian dan cita-cita, kita tidak ubah seperti layang-layang yang
putus talinya, tiada arah, tiada tuju, akhirnya tersungkur kebumi. Maka, wujudkan matlamat
yang murni dalam kehidupan dan keluarga kita.

Wujudkan rasa ghairah dan cinta untuk mencapai matlamat itu. Buangkan semua alasan yang 
pernah diucap dan cuba sedaya upaya diiring doa agar matlamat kita tercapai.

Nabi Ibrahim apabila diperintahkan Allah agar meninggalkan isteri, Siti Hajar dan anak, Ismail 
di satu tempat gersang, menurut perintah Allah tanpa sebarangbantahan, tanpa 
mengemukakan sebarang alasan. Baginda hanya ada satu matlamat. Mengikut perintah Allah 
agar dirinya mendapat keredaan Allah yang sangat dicintai. Baginda hanya mampu berdoa:

“Ya! Tuhan kami, sesungguhnya aku sudah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah 
yang tidak mempunyai tanam-tanaman dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, 
ya Tuhan kami (yang demikian itu ) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati 
sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezeki mereka daripada 
buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”

Berkat doa Baginda dan matlamat yang disertai dengan komitmen dan pengharapan jitu, 
tanah gersang itu dikurniakan Allah dengan pelbagai nikmat dan kemudahan untuk dikecapi 
bukan saja oleh anak cucunya.

Malah, kita yang ada talian akidah dengan baginda juga dapat mengecapi nikmat anugerah
Allah kepada hamba-Nya yang sabar.

Untuk mewujudkan alasan sifar dalam diri, kita perlu mengubah cara pemikiran dan 
membina keyakinan diri. Cintai dan kasihilah diri sendiri, barulah dapat mengasihi dan 
menerima orang lain.

Jangan salahkan orang lain, keadaan atau masa. Jangan jatuhkan hukuman pada diri 
sendiri jika sesuatu ujian menimpa.

Ketahuilah bahawa Allah sentiasa akan menguji hambanya dan Dia ingin melihat siapakah 
di antara kita yang lebih baik amalannya.

Jangan sekali-kali lepaskan impian kita. Kejayaan hanya datang bagi mereka yang 
bersungguh-sungguh dan yang berani mengenepikan alasan.

Terimalah cabaran, ketahuilah setiap cabaran itu ada hikmahnya.

Berani mencuba, tanpa mencuba, tiada pengalaman. Hati-hati terhadap perasaan 
takutkan kegagalan dan penolakan.

Jika bisikan negatif melanda dan skrip alasan menjelma, ubah pemikiran kita,cepat-cepat 
fikirkan yang positif. Buangkan alasan itu, berjanji pada diri sendiri supaya tidak 
akan menggunakannya lagi. Gantikan dengan pemikiran yang aktif seperti:


Apa yang boleh saya buat?

Apa yang boleh saya tolong?

Apa amalan yang baik yang saya harus lakukan?

Untuk mencapai alasan sifar pada diri, kita juga harus menghormati orang lain terutama 
keluarga dan sahabat.

Kita harus belajar memberi kasih sayang. Kita harus belajar memberi tanpa mengharapkan 
balasan. Kita harus belajar menghargai tanpa diminta dihargai. Berilah tanpa syarat kepada 
mereka yang dicintai kerana kita tidak tahu bila akan pergi.

Ikhlas dengan mereka, jauhi perasaan dengki, benci dan buruk sangka. Setia, jujur dan mesra, 
itulah tunggak keluarga bahagia. Tetapi ingat, kita tidak perlu menggadai prinsip, 
fikrah dan mengorbankan diri untuk orang lain.

Bersama-samalah berbincang dan berkomunikasi dengan mereka agar satu persefahaman 
yang baik sentiasa diwujudkan.

Akhir sekali untuk mencapai alasan sifar dalam diri kita, kita haruslah  menambahkan ilmu 
di dada. Minda kita adalah seperti payung terjun. Ia tidak akan berfungsi untuk mencapai 
matlamat jika tidak dibuka.

“Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad,” saranan Nabi Muhammad saw. Sahutlah saranan 
Nabi yang mulia. Cuba kita lakukan yang berikut ini untuk menambahkan ilmu di dada:

  • Sentiasa membaca 15-30 minit sehari dari buku yang boleh membentuk peribadi diri.
  • Dengar kaset yang boleh membentuk minda, terutama ketika memandu. Jadikanlah kenderaan kita sebuah universiti bergerak.
  • Hadiri seminar dan kursus yang anda minati.
  • Sentiasa bersama orang soleh dan bertakwa kerana merekalah orang yang berkeyakinan dan berpotensi tinggi.
  • Carilah guru yang baik yang sudi mendidik kita.
  • Berani mencuba kerana pengalaman kunci kematangan
  • Sentiasa berada dalam jemaah atau kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama dengan anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...