Tuesday, July 1, 2014

Eury Jack




Ramuan utama Eury Jack ialah Tongkat Ali dan Herba Cistanche. Tongkat Ali digelar sebagai harta Malaysia, juga merupakan tumbuhan hijau semulajadi yang dicadangkan oleh bidang perubatan antarabangsa sekarang. Eury Jack menggunakan ekstrak intipati bahagian akar Tongkat Ali sebagai ramuannya memandangkan bahagian akar mempunyai nilai nutrisi yang paling tinggi. Nilai perubatan Tongkat Ali amat tinggi, ia digunakan sebagai ubat tradisional dan tonik dalam masyarakat Asia Tenggara. Ia digunakan secara meluas untuk meningkatkan daya keimunan, menguatkan badan, tonik selepas bersalin, mengurangkan tekanan, menguatkan fungsi ginjal dan sebagainya. Herba Cistanche pula merupakan ubat yang berharga dari China dan diberi gelaran “ginseng gurun”. Ia adalah salah satu ubat yang paling kerap digunakan dalam preskripsi untuk menguatkan fungsi ginjal dan mengatasi masalah mati pucuk sejak dinasti dahulu.

Bolehkah wanita mengambil Eury Jack?
Walaupun Tongkat Ali dan Herba Cistanche yang terkandung dalam Eury Jack mempunyai kesan sebagai tonik untuk wanita selepas bersalin dan melancarkan kitaran haid, namun Hai-O Kacimah adalah lebih sesuai untuk penjagaan kesihatan wanita.

Bolehkah Eury Jack memperbaiki fungsi seksual lelaki?
Ramuan utama Eury Jack iaitu Tongkat Ali dan Herba Cistanche dapat menggalakkan penghasilan testosteron dalam badan, dan testosteron akan membangkitkan nafsu lelaki.

Adakah Eury Jack mengandungi unsur ubat barat dan bahan perangsang?
Eury Jack tidak mengandungi sebarang ubat-ubatan barat dan bahan perangsang. Tongkat Ali dan Herba Cistanche merupakan tumbuhan hijau semulajadi yang digunakan sebagai ramuan utama.

Apakah itu Tongkat Ali?
Tongkat Ali ialah sejenis tumbuhan belukar liar yang tumbuh di Asia Tenggara, digelar sebagai harta Malaysia. Menurut kajian, akar Tongkat Ali dapat meningkatkan penghasilan testosteron yang mana testosteron ialah hormon yang diperlukan untuk fungsi seks lelaki. Ekstraknya dapat meningkatkan stamina dan keaktifan, mengurangkan keletihan, membasmi bakteria, mencegah ulser dan menghilangkan kepanasan. Ia juga dapat melegakan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan  diabetes.

Adakah Tongkat Ali selamat diambil?
Tongkat Ali telah memperolehi pengiktirafan sebagai produk penjagaan kesihatan yang selamat daripada kerajaan Malaysia dan antarabangsa. Pelbagai kajian turut menunjukkan sifat Tongkat Ali yang tidak bertoksin dan boleh diambil secara selamat sepanjang masa. 

Apakah keberkesanan Herba Cistanche?
Herba Cistanche ialah ubat yang berharga dari China. Ia diberi gelaran  sebagai “ginseng gurun” yang merupakan salah satu ubat yang paling kerap digunakan dalam preskripsi untuk menguatkan fungsi ginjal dan mengatasi masalah mati pucuk. Menurut catatan China, Herba Cistanche ialah tonik untuk ginjal dan peredaran darah. Perubatan sains moden mendapati bahawa Herba Cistanche mempunyai kesan dalam menentang penuaan, menyelaras rembesan endokrin, menggalakkan metabolisme dan  meningkatkan daya keimunan.



KEBERSANAN


  • Menggalakkan rembesan testosteron dan pertumbuhan otot.
  • Meningkatkan stamina dan tenaga, mengurangkan tekanan dan ketegangan.
  • Menyelaras sistem endokrin, menggalakkan metabolisme.
  • Meningkatkan kesuburan badan, mengekalkan sistem pembiakan yang sihat.
  • Memperbaiki simptom kelesuan dan kesakitan pinggang, belakang dan lutut.
  • Melegakan sembelit bagi warga tua.

CARA PENGAMBILAN
Dua kali sehari pada waktu pagi dan malam, 1 hingga 3 kapsul setiap kali, diambil dengan perut kosong untuk kesan yang lebih baik.

Monday, June 30, 2014

KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA



Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Sunday, June 29, 2014

HAI O GARLIC



Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih, pada masa yang sama menyingkirkan rasa tajam dan bau yang tidak menyenangkan, serta mengekalkan keberkesanan dan nutrisi bawang putih. Bawang putih mengandungi puluhan ramuan yang berguna termasuk: 33 jenis sulfida, 17 jenis asid amino, mineral termasuk germanium, kalsium, besi, kalium, magnesium, selenium, zink dan vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin C dan sebagainya. Ia amat berguna untuk melawan kolesterol dalam badan dengan membekalkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) serta mengurangkan trigliserida. Hai-O Garlic tidak merangsangkan membran lendir perut, mudah diserap oleh usus kecil dan kesannya berlipat ganda.

Apakah kesan bawang putih?
Bawang putih kaya dengan nutrien, komponennya berfungsi untuk membantu menyelaras insulin, menurunkan lemak darah, melambatkan proses penuaan, mencegah artritis, membasmi kuman dan melegakan keradangan dan mencegah mutasi sel.

Adakah mulut berbau selepas mengambil Hai-O Garlic?
Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih untuk menyingkirkan rasa tajam dan baunya yang tidak menyenangkan. Maka mulut tidak akan berbau selepas mengambilnya.

Jika bawang putih ditambah dalam lauk seharian, adakah kita perlu mengambil lagi Hai-O Garlic?
Sebahagian besar nutrisi bawang putih telah dirosakkan selepas bawang putih dimasak dalam suhu tinggi. Namun, Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih, dapat mengekalkan nutrisi bawang putih dan lebih sihat untuk badan.

Adakah nilai nutrisi bawang putih lebih tinggi jika ia dimakan terus?
Jika bawang putih dimakan terus, ia perlu dihiris dan terdedah kepada udara kira-kira 15 minit supaya ia dapat bergabung dengan oksigen untuk menghasilkan allicin. Kemudian ia perlu dikunyah dengan seragam demi memastikan nilai nutrisi bawang putih dapat berfungsi sepenuhnya. Namun, rasa bawang putih yang tajam dan meninggalkan bau busuk dalam mulut, dan menyebabkan kebanyakan orang tidak dapat menerimanya.

Bolehkah kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil Hai-O Garlic?
Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke bawah tidak dicadangkan untuk mengambil, sementara kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas pula perlu mengurangkan saiz pengambilan kepada separuh. Nilai nutrisi bawang putih adalah tinggi, dapat menguatkan daya keimunan dan stamina bagi ibu mengandung. Jika ibu mengandung mempunyai tanda keguguran atau sering menghadapi masalah keguguran, terutamanya mereka yang bersusuk badan panas, adalah dicadangkan supaya mengelakkan makanan pedas seperti bawang putih dan cili.

KELEBIHAN GARLIC
  • Membantu menurunkan kandungan lemak darah dan kolesterol darah, mencegah penyakit kardiovaskular dan arteriosklerosis.
  • Menghalang pembekuan darah untuk  mencegah berlakunya trombosis.
  • Membantu dalam fungsi penghadaman dan membuka selera, melegakan perut kembung dan ulser peptik.
  • Membasmi kuman dan keradangan serta mencegah jangkitan penyakit.
  • Membantu menyelaras gula darah dalam badan.
  • Menggalakkan peredaran darah dan metabolisme.

Saturday, June 28, 2014

Lafaz Niat Sehari Puasa, Sebulan Puasa Dan Doa Berbuka Puasa.

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat sehari:

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu Berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan


Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)}}
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...