Showing posts with label stamina. Show all posts
Showing posts with label stamina. Show all posts

Tuesday, October 16, 2018

Satu untuk HUSBAND, satu untuk WIFE

Assalamualaikum readers semua 😉



Satu untuk HUSBAND, satu untuk WIFE 💑

Bila petang-petang macam ni memang terliur lah tengok air Min Kaffe dengan Min Cha ni💆🏻 Apetah lagi cuaca tengah panas harini. Alhamdulillah, selalunya setiap hari hujan je. Sejuk sampai tanak lepas dari bantal busuk. Hehe.



Bila buat kerja sama-sama dengan husband, dekat meja masing-masing berebut nak minum Min Kaffe dengan Min Cha ni. 



Selain Nad sendiri yang memang consume minuman Min Kaffe ni, Nad pun menghasut husband sekali untuk minum jugak ! Haha. Habis semua keturunan i hasutkan. Hihi. Tak nak sihat sorang-sorang ! Nak semua orang tersayang sihat jugak.

Siapa husband dia jenis yang suka minum teh tarik mamak tu, boleh ganti dengan Min Cha ni, setiap hari dah boleh bancuhkan . Macam Nad sendiri, sebelum husband keluar pergi keje, dah bancuhkan siap-siap Min Cha untuk dia. 

Mostly customer Nad yang selain beli untuk diri sendiri, mereka jugak tak lepas bertanya minuman apa yang sesuai nak bagi pada suami untuk TENAGA, STAMINA dan TAK MUDAH RASA LETIH semasa bekerja. 

Min Cha ni ialah minuman garam buluh yang kaya dengan bahan mineral, dan elemen mikro seperti magnesium, kalsium, kalium dan sebagainya. Ia juga bersifat alkali dan membantu mengimbangi pH badan. Yang bestnya, Min Cha ni boleh minum sejuk-sejuk dan nak letak ice lagi sedap. Macam Nad, sebelum husband keluar pegi kerja, buatkan minuman ni dulu untuk dia. So, kekal bertenaga dan tak mudah rasa letih bila seharian bekerja dekat luar. Antara yang disuggestkan ambil semasa bulan puasa👍🏻

Meh Nad cerita sikit siapa yang sesuai dan memerlukan Min Cha :

• Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother). Ia bukanlah milk booster tapi kita sendiri tau yg bila kita nk menyusukan baby perlukan tenaga yang mencukupi.

• Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.

• Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.

• Ibu mengandung yang perlukan tenaga

• Para pesakit yang menghidap gastrik.

• Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.

• Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.

•Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.

• Sebagai pengganti kepada minuman teh tarik mamak yang manis dan gula berlebihan .


Sekarang ni, husband sendiri yang request tiap-tiap pagi WAJIB bancuhkan untuk dia, sebab dia dapat rasa perbezaan antara minum dan tak minum. Ada satu hari tu, Nad terlupa nak buat tau. Husband cakap bila tak minum badan dia letih ! rasa lembik ! Bila minum, rasa  SEGAR badan.
🌸 Bila kita tengok husband tak letih, nampak muka fresh dan bertenaga bila balik dari kerja, mesti si isteri rasa lega kan ? ☺ 


NADIAH AHMAD,
Your Most Wanted 
PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

Saturday, April 26, 2014

Pil Tongkat Ali atau Eury Jack



Ramuan utama Eury Jack ialah Tongkat Ali dan Herba Cistanche. Tongkat Ali digelar sebagai harta Malaysia, juga merupakan tumbuhan hijau semulajadi yang dicadangkan oleh bidang perubatan antarabangsa sekarang. Eury Jack menggunakan ekstrak intipati bahagian akar Tongkat Ali sebagai ramuannya memandangkan bahagian akar mempunyai nilai nutrisi yang paling tinggi. Nilai perubatan Tongkat Ali amat tinggi, ia digunakan sebagai ubat tradisional dan tonik dalam masyarakat Asia Tenggara. Ia digunakan secara meluas untuk meningkatkan daya keimunan, menguatkan badan, tonik selepas bersalin, mengurangkan tekanan, menguatkan fungsi ginjal dan sebagainya. Herba Cistanche pula merupakan ubat yang berharga dari China dan diberi gelaran “ginseng gurun”. Ia adalah salah satu ubat yang paling kerap digunakan dalam preskripsi untuk menguatkan fungsi ginjal dan mengatasi masalah mati pucuk sejak dinasti dahulu.
Bolehkah wanita mengambil Eury Jack?

Walaupun Tongkat Ali dan Herba Cistanche yang terkandung dalam Eury Jack mempunyai kesan sebagai tonik untuk wanita selepas bersalin dan melancarkan kitaran haid, namun Hai-O Kacimah adalah lebih sesuai untuk penjagaan kesihatan wanita.

Bolehkah Eury Jack memperbaiki fungsi seksual lelaki?

Ramuan utama Eury Jack iaitu Tongkat Ali dan Herba Cistanche dapat menggalakkan penghasilan testosteron dalam badan, dan testosteron akan membangkitkan nafsu lelaki.

Adakah Eury Jack mengandungi unsur ubat barat dan bahan perangsang?

Eury Jack tidak mengandungi sebarang ubat-ubatan barat dan bahan perangsang. Tongkat Ali dan Herba Cistanche merupakan tumbuhan hijau semulajadi yang digunakan sebagai ramuan utama.

Apakah itu Tongkat Ali?

Tongkat Ali ialah sejenis tumbuhan belukar liar yang tumbuh di Asia Tenggara, digelar sebagai harta Malaysia. Menurut kajian, akar Tongkat Ali dapat meningkatkan penghasilan testosteron yang mana testosteron ialah hormon yang diperlukan untuk fungsi seks lelaki. Ekstraknya dapat meningkatkan stamina dan keaktifan, mengurangkan keletihan, membasmi bakteria, mencegah ulser dan menghilangkan kepanasan. Ia juga dapat melegakan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan  diabetes.

Adakah Tongkat Ali selamat diambil?

Tongkat Ali telah memperolehi pengiktirafan sebagai produk penjagaan kesihatan yang selamat daripada kerajaan Malaysia dan antarabangsa. Pelbagai kajian turut menunjukkan sifat Tongkat Ali yang tidak bertoksin dan boleh diambil secara selamat sepanjang masa.

Apakah keberkesanan Herba Cistanche?

Herba Cistanche ialah ubat yang berharga dari China. Ia diberi gelaran  sebagai “ginseng gurun” yang merupakan salah satu ubat yang paling kerap digunakan dalam preskripsi untuk menguatkan fungsi ginjal dan mengatasi masalah mati pucuk. Menurut catatan China, Herba Cistanche ialah tonik untuk ginjal dan peredaran darah. Perubatan sains moden mendapati bahawa Herba Cistanche mempunyai kesan dalam menentang penuaan, menyelaras rembesan endokrin, menggalakkan metabolisme dan  meningkatkan daya keimunan.

Ramuan utama
Eurycoma Longifolia Jack (Tongkat Ali), Cistanche Deserticola
 Keberkesanan
  • Menggalakkan rembesan testosteron dan pertumbuhan otot.
  • Meningkatkan stamina dan tenaga, mengurangkan tekanan dan ketegangan.
  • Menyelaras sistem endokrin, menggalakkan metabolisme.
  • Meningkatkan kesuburan badan, mengekalkan sistem pembiakan yang sihat.
  • Memperbaiki simptom kelesuan dan kesakitan pinggang, belakang dan lutut.
  • Melegakan sembelit bagi warga tua.
 Cara Pengambilan
Dua kali sehari pada waktu pagi dan malam, 1 hingga 3 kapsul setiap kali, diambil dengan perut kosong untuk kesan yang lebih baik.

LOVE,
NADIAH AHMAD
+0195235560 / +0124852365



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...