Showing posts with label persahabatan. Show all posts
Showing posts with label persahabatan. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

KAWAN BAIK



Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.


Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.


Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan
kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.


Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita
menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.


Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang
baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman
oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada
kawan baik nya.


Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu
menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.


Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin. 

Monday, August 18, 2014

NILAI SEBUAH PERSAHABATAN ^-^


Dalam dunia ini kita tidak hidup bersendiri. Kita sebenarnya beruntung kerana mempunyai keluarga dan sekurang-kurangnya seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.


Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.

Tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan... Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan.

Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.
................................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...