Tuesday, December 3, 2019

TIPS WORK AT HOME MOM BERJAYA DALAM BISNES DALAM MASA SAMA ANAK TIDAK TERABAI



Setiap kali Nad open question dekat instagram story, atau dapat DM/PM daripada kawan-kawan dekat FB & IG, antara soalan yang palingggg fav ditanya ialah, 

“MACAM MANA NAD STILL BOLEH FOKUS KEPADA BISNES DALAM MASA YANG SAMA JAGA ANAK SENDIRI?”

Isu anak ni sebenarnya memang selalu jadi isu utama pada setiap peniaga yang juga seorang ibu..

Ramai yang selalu rasa, “macam mana nak fokus biz dalam masa yang sama anak still terjaga?”

Ada jugak yang rasa bersalah bila terpaksa fokus bisnes sampai abaikan anak..

So dekat sini Nad nak kongsi sedikit tips yang Nad sendiri amal dan apply selama ni..

But before tu, Nad nak buat satu pengakuan kepada semua yang NAD SENDIRI PERNAH RASA MACAM TU DULU.. 

Nad pernah rasa bersalah atau berbelah bahagi nak layan anak main ke nak fokus bisnes.. Nak join kelas yang terpaksa tinggalkan anak sekejap atau nak duduk rumah stay dengan anak.. 

But then Allah hantar jawapan melalui orang2 keliling Nad.. Nad pernah tanya seorang sahabat yang ada ramaiii anak.. Dalam masa yang sama, bisnes beliau maju and berkembang hebat.. Anak-anak pulak kalau dilihat sangat tertib, bijak dalam pelajaran, sayangkan mak ayah.. 

Nad tanya pada beliau apa tips yang beliau amalkan.. Dan beliau cakap pada nad, “PEMIKIRAN ANAK IKUT SANGKAAN KITA.. KALAU KITA BAIK SANGKA, ANAK MESTI BAIK2 SAHAJA DAN YAKIN ALLAH JAGA ANAK KITA, ALLAH PASTI JAGA ANAK KITA LEBIH BAIK DARIPADA KITA”

😭

Tertampar rasanya sebab kita ni selalu dok risau dan takut macam-macam.. Sedangkan anak baik-baik je sebenarnya.. 

Pemikiran seorang ibu adalah DOA.. Sebab tu jadi ibu ni hati kena kental, kena sangka dan fikir yang baik-baik sahaja.. 

Ever since that, setiap kali nana rasa nad perlu fokus sekejap bisnes dan tinggalkan sekejap anak, nad akan tanam dalam mindset

APA YANG AKU BUAT SEKARANG NI SEMUA UNTUK ANAK AKU.. ALLAH PASTI JAGA ANAK AKU LEBIH BAIK DARI AKU, ANAK AKU MEMAHAMI APA AKU BUAT SEMUA UNTUK DIA DAN PASTI MENGHARGAI AKU SATU MASA NANTI”

Sebab Nad lagi percaya, pada satu masa nanti anak akan lagi berterima kasih, kalau kita mampu sediakan apa keperluan dia bila mana dia betul-betul memerlukan.. 

Cumanya, kita sebagai ibu pun harus ingat, anak-anak masih memerlukan belaian dan kasih sayang daripada kita..

Kalau betul kita hendak berjaya dalam bisnes, dalam masa yang sama anak-anak masih terjaga, maka KITA YANG HARUS BERKORBAN..

So macam mana nak buat?

✅ BUAT JADUAL - yang ni sangat penting. Buat jadual bila masa nak fokus bisnes, bila masa nak fokus main dengan anak. Anggapkan diri kita BUKAN SURIRUMAH, tapi WORK AT HOME MOM.. Bermakna kita masih bekerja, cuma bekerja ikut jadual.. 

✅ PANDAI CURI MASA - nak jadi WAHM ni memang wajib pandai curi masa. Jangan leka atau buat benda yang tak berfaedah. Setiap saat tu penting. Kalau kita bijak curi masa, kadang2 sambil menyusu anak pun kita sempat je buat kerja bisnes. Alahai, biz di hujung jari je kan?

✅ ABAIKAN JUDGEMENT ORANG - sebenarnya, kalau nak diikutkan tips2 keibu bapaan dekat facebook ni, memang kita akan jadi stress. Memang kita akan jadi down sebab rasa kita bukan ibu bapa yang bagus. Nasihat nana, JANGAN BACA. Bukan tak bagus untuk ambil nasihat orang, kena jugak belajar ilmu keibu bapaan. Tapi setiap keluarga tak sama. So tak perlu judge keluarga orang lain. Situasi setiap orang tak sama, anak-anak pun tak sama. Maka buat cara yang kita rasa terbaik  untuk keluarga kita. 

✅ QUALITY TIME - kalau boleh, adakan satu masa yang kita betul2 fokus kepada anak sahaja. Masa tu, abaikan telefon, dan fokus layan mereka bermain dalam sejam macam tu. Sebenarnya, kalau nak dibandingkan sepanjang hari kita dengan anak, dengan sejam yang kita spend btol2 dengan dia, InshaAllah yg sejam itu yang akan melekat di hati mereka.

✅ TINGGALKAN ANAK SEBENTAR - benda ni Nad memang amalkan jugak, kalau nak fokus bisnes nad memang akan tinggalkan anak sekejap tapi bukan sepanjang masa. Nana akan fokus buat kerja nad.. Waktu tu nad biarkan Hannan tengok tv sambil main sorang2, ataupun tinggal dengan suami.. tapi kalau nak tinggal anak sorang2 make sure anak selamat la.. Then fokus buat kerja sejam, lepas tu pergi dekat anak balik.. 

✅ BERKORBAN - pada nad, kalau kata kita hendak berjaya, yang perlu berkorban sebenarnya adalah KITA bukannya anak. Kalau terpaksa, kita lah yang kena korbankan masa tidur kita, masa selesa kita, untuk kita fokus bisnes.. Kalau betul kita taknak ganggu masa dengan anak pada siang hari. Ambil masa lepas anak tidur untuk buat kerja bisnes, buat postings, so nanti siang just post saja.. 

✅ STOP OVERTHINKING- Masalah kebanyakkan mak-mak yang bekerja daripada rumah ni sebenarnya sebab selalu overthinking sangat.. Takut terabai anak.. Takut anak kurang kasih sayang.. Takut anak tak kenal kita.. Allahu, sepatutnya bersyukur sebab still boleh tengok anak membesar depan mata, Kalau nak bandingkan dengan mereka yang bekerja dekat luar sana tu.. Hakikatnya, kita sebagai mak kita tak mungkin lah nak abaikan anak sendiri pun right? Tinggalkan anak sekejap untuk fokus biz tak menjadikan kita ibu yang jahat pun, dont worry 😊

✅ SANGKA BAIK - Bersangka baik lah dengan Allah. Dengan diri sendiri dan dengan anak kita.. Bila kita banyak takut sebenarnya kita tengah buruk sangka pada Allah, pada diri dan pada anak kita.. Yakinlah anak kita baik-baik sahaja.. Sediakan jadual kerja di rumah, dan follow.. Kalau pun perlu fokus biz sekejap, sangka baik Allah sedang menjaga anak kita dan anak kita sayang dan memahami ibunya yang kena bekerja dan cari duit demi keluarga 💕

✅ DOA - doa paling mustajab bagi seorang anak ialah, doa ibunya.. Sentiasalah doakan semoga anak kita membesar menjadi seorang yang beriman, soleh/solehah, anak yang menyayangi kedua ibu bapanya, yang rapat dengan kedua ibu bapanya, memahami dan sentiasa mendoakak kedua ibu bapanya, cerdas pemikiran dan baik budi pekertinya InshaAllah.. 

____________________🥀

So ni antara tips yang nad boleh kongsi sebagai seorang WORK AT HOME MOM..

Nad akui, nad sendiri mungkin bukan ibu yang sempurna..

Tapi pada nad, kita manusia biasa yang memang tak akan mungkin mencapai tahap sempurna..

Yang kita mampu buat, buat yang terbaik  dalam setiap apa yang kita buat..

Kerana kita bekerja pun, semuanya untuk ANAK.. Untuk membahagiakan dan menyenangkan anak pada masa depan..

Yang paling penting, STOP OVERTHINKING.. Toksah banyak sangat fikir yang teruk-teruk sebab apa yang kita fikir tu la sebenarnya yang bakal jadi.. Sangka yang baik-baik sahaja.. 

Tapi kena ingat sama lah, jangan sampai abaikan anak kerana bisnes ya..

Pendek kata, semuanya kena BALANCE! 

InshaAllah kalau kita betul2 DISIPLIN, JAGA MASA, kita boleh buat InshaAllah..

SHOM Biz Mompreneur,
Nadiah Ahmad | 019.523.5560

@nadiahahmad__

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...